Home Movie Filem “The Moon”, D.O EXO Terdampar Keseorangan Di Bulan, Strim di Viu

Filem “The Moon”, D.O EXO Terdampar Keseorangan Di Bulan, Strim di Viu

0

The Moon ialah sebuah filem thriller drama survival angkasa lepas Korea Selatan yang ditulis dan diarahkan oleh Kim Yong-hwa dan dibintangi oleh D.O EXO, Sol Kyung-gu, Kim Hee-ae dan ramai lagi.

Filem bertema sains fiksyen ini mengikuti kisah dramatik misi penjelajahan bulan pertama Korea dan pengasingan di angkasa lepas yang menuju ke bulan.

Jom kita lihat beberapa fakta menarik mengenai filem The Moon seperti berikut ini:

1. Sinopsis filem The Moon

The moon

The Moon mengisahkan tentang ekspedisi pertama Korea Selatan ke Bulan. Sun Woo (D.O EXO) merasa sangat bertuah dan gembira kerana terpilih sebagai salah seorang warga Korea pertama yang akan mendarat di bulan. Namun, terjadi satu kemalangan akibat angin Matahari (Solar Wind) yang menyebabkan rakan sekerjanya, Sun Woo terbunuh. Sun Woo keseorangan dan mula merasa betapa ngeri dan sunyinya terdampar di bulan sendirian.

Sementara itu, Jae Guk (Sol Kyung Gu) yang merupakan bekas ketua pusat angkasa berusaha untuk menyelamatkan Sun Woo yang kini berada jauh 384, 000 kilometer dari bumi.

Jae Guk tidak menyedari bahawa sebenarnya ada campur tangan politik di sebalik misi yang sedang dijalankan Sun Woo. Moon Young (Kim Hee Ae) yang merupakan pengarah NASA adalah salah seorang dalang permainan politik tersebut.

 

2. Dibintangi Para Pelakon Ternama

IMG 7611

The Moon merupakan karya hasil arahan pengarah ternama Kim Yong Hwa. Selain pengarahnya yang hebat, The Moon juga menampilkan barisan artis hebat Korea yang lain sebagai pelakon.

Berikut merupakan senarai pelakon yang membintangi filem The Moon:

  • D.O EXO sebagai Hwang Sun Woo, angkasawan Korea Selatan pertama yang berjaya mendarat di Bulan
  • Sol Kyung Gu sebagai Kim Jae Guk, bekas ketua pusat angkasa yang membantu Sun Woo
  • Kim Hee Ae sebagai Moon Young merupakan pengarah umum NASA 
  • Jo Han Chul, Hong Seung Hee dan Park Byung Eun membawa watak sebagai kakitangan 
pusat angkasa

 

3. Salah sebuah filem blockbuster Korea

IMG 7613

Filem The Moon adalah salah satu filem blockbuster di Korea, kerana pembiayaan pengeluaran filem ini mencapai 28 juta won. Dengan proses pengeluaran yang maksimum, penonton akan menikmati kualiti visual mahupun bunyi yang memuaskan untuk filem ini.

Pengarah Kim Yong Hwa juga mengatakan bahawa The Moon adalah filem pertama Korea yang diterbitkan sepenuhnya dalam kualiti 4K. Penonton akan merasakan pengalaman hiper realistik keadaan permukaan bulan ketika menyaksikan filem ini.

Kim Yong Hwa sendiri merupakan pengarah yang turut menghasilkan filem Along With the Gods: The Two Worlds (2017) dan Along with the Gods: The Last 49 Days (2018) dengan kualiti visual yang menakjubkan.


4. Filem Korea pertama tentang ekspedisi Korea Selatan ke bulan

IMG 7685

The Moon juga merupakan filem pertama keluaran Korea yang menceritakan tentang ekspedisi ke bulan. Untuk membuat filem ini, pengarahnya meminta pendapat daripada Institut Kajian Angkasa Korea selama 2-3 tahun. Perkara tersebut dilakukan supaya konsep saintifik dalam filem ini akan cukup untuk membuat penonton merasakan kisah yang lebih realistik.

The Moon kini anda boleh saksikan dengan strim di Viu ya! Pastikan anda tidak terlepas dari menonton filem ini.

Langgan Viu Premium juga untuk menonton pelbagai genre filem tanpa sebarang gangguan iklan.


Baca lagi: 6 Drama Viu Original Pelbagai Genre Bakal Tayang 2024. Tak Sabar Tunggu No.6
Baca juga: Lee Kwang Soo Jadi Lelaki Kurang Upaya dalam Filem “Inseparable Bros”, Adaptasi dari Kisah Benar