Home Artis Korea Jeon Do Yeon Bintangi The Price Of Confession Gantikan Song Hye Kyo

Jeon Do Yeon Bintangi The Price Of Confession Gantikan Song Hye Kyo

0

Jeon Do Yeon diberi kepercayaan sebagai salah seorang pelakon drama The Price Of Confession menggantikan Song Hye Kyo yang menarik diri.

Dipetik dari media Starnews pada 20 Disember 2023, berita tersebut juga telah disahkan oleh pihak agensi pelakon wanita terbabit. Management Soop menyatakan bahawa pihak mereka juga sedang meninjau projek drama yang datang.

Sebelum ini, watak utama diberikan kepada Song Hye Kyo dan Han So Hee. Namun, kedua-duanya sepakat untuk menarik diri sebelum projek ini dimulakan. Bukan itu sahaja, pengarah yang akan mengarahkan drama tersebut juga turut menarik diri bersama.

1. Dimulakan dengan penarikan diri Song Hye Kyo, Han So Hee dan pengarah secara serentak

The price of confessionSebelum ini pada bulan Mei lalu, keputusan mengejut Song Hye Kyo dan Han So Hee yang menarik diri dari The Price Of Confession adalah sangat menggemparkan.

Media melaporkan bahawa kedua-dua pelakon tersebut tidak dapat mencapai kesepakatan dengan pihak penerbitan. Sehingga ada perbezaan pandangan diantara kedua-dua belah pihak.

Pada awalnya The Price Of Confession akan diarahkan oleh Lee Young Bok, namun kerana masalah kesihatan dia memutuskan tidak dapat meneruskan komitmen untuk drama siri ini. Akhirnya Shim Na Yeon yang dipilih untuk menggantikannya dan mengarah drama tersebut. Tetapi, dia juga kemudian memutuskan untuk menarik diri projek drama ini pada masa yang sama dengan munculnya situasi mengejutkan dari dua pelakon utama.

 

2. Jeon Do Yeon akan menggantikan tempat Song Hye Kyo dalam The Price Of Confession

Jeon do yeonSelepas tujuh bulan berlalu. Pada 20 Disember 2023, dilaporkan bahawa pengganti Song Kye Kyo adalah pelakon wanita terkenal Jeon Do Yeon. Pihak pengurusan Management Soop juga membuka bicara dengan mengatakan, “Dia menerima tawaran (untuk membintangi drama) waktu ini dia masih meninjaunya.” Sementara itu untuk tempat Han So Hee belum diputuskan nama pelakon manakah yang akan menggantikannya.

The Prince Of Confession mengisahkan tentang seorang guru seni bernama Ah Yon Soo. Dia menjalani hidup yang tenang dan damai, namun dia tiba-tiba terlibat dengan kes pembunuhan. Sewaktu orang lain mula menjauhinya, Mo Eun wanita misteri yang dikatakan anti sosial datang mendekatinya.

Drama tersebut akan diarahkan oleh pengarah baru iaitu Lee Jeong Hyo. Lee Jeong Hyo merupakan pengarah untuk drama Crash Landing On You dan Doona.! Sementara Jeon Do Yeon pernah bertemu Lee Jeong Yoo dalam projek drama The Good Wife.

Baca lagi: Song Hye Kyo, Han So Hee Tarik Diri Dari “The Price Of Confession”

3. Profil ringkas Jeon Do Yeon

034a664f e604 4b4b ac5a d6c8424e6197Nama : Jeon Do Yeon
Lahir : 11 Februari 1973
Umur : 50 tahun
Agensi : Management Soop

Jeon Do Yeon merupakan salah seorang pelakon wanita yang aktif sejak tahun 1990 hingga kini. Pelakon ini juga merupakan artis yang bergelar Chungmoro Korea Selatan. Chungmoro adalah istilah untuk pelakon-pelakon yang lebih banyak membintangi filem daripada drama.

Melalui kebolehan lakonannya yang sangat memukau, dia telah menggondol banyak anugerah dalam negara Korea dan juga di peringkat global. Salah satu anugerah paling berprestij adalah anugerah dari Cannes Film Festival pada tahun 2007 melalui wataknya dalam filem Secret Sunshine.

Baca lagi: Filem “The Moon”, D.O EXO Terdampar Keseorangan Di Bulan, Strim di Viu
Baca juga: 3 Kdrama Sageuk Tayang Januari 2024