Home Artis Korea Kenali So Yi Hyun, Bersinar Sebagai Perempuan Perampas dalam My Happy Ending

Kenali So Yi Hyun, Bersinar Sebagai Perempuan Perampas dalam My Happy Ending

0

So Yi Hyun merupakan salah seorang pelakon yang membintangi drama My Happy Ending (2023). Dalam drama ini, dia membawa watak sebagai Kwon Yoon Jin, pembantu profesor seni di sebuah sekolah seni.

Kwon Yoon Jin (So Yi Hyun) merupakan sahabat baik kepada Seo Jae Won (Jang Na Ra). Di akhir episod pertama, penonton menyaksikan Kwon Yoon Jin curang dengan Heo Soon Young (Son Ho Joon), suami kepada Seo Jae Won sendiri.

Curang dengan suami sahabatnya sendiri, berikut ini adalah sebelas perkara menarik tentang So Yi Hyun yang membawa watak tersebut!

 

b38f9974 6f54 4b43 b506 9737357cd534
1. Si cantik So Yi-hyun lahir dengan nama asal Jo Woo Jung pada 28 Ogos 1984. Artis yang dilahirkan di kota Jeonju ini genap berusia 39 tahun

 

 

So yi hyun
2. So Yi-hyun memulakan debut dalam seni lakon pada tahun 2003 melalui drama Yellow Handkerchief. Membawa watak pembantu

 

 

50ee38e9 a35a 415e b4ce e6ef6ce3301d
3. So Yi-hyun mula dikenali apabila muncul sebagai pelakon utama dalam drama Swallow the Sun (2009), Assorted Gems (2009) dan Gloria (2010)

 

 

4dc1f35e 16cd 4d22 b068 4ab102dc8024
4. So Yi-hyun membawa watak sebagai seorang balerina yang mengalami kemalangan dalam drama Heartstrings (2011). Bawa watak gadis idaman Jung Yong Hwa

 

 

945e48b7 1e5e 4fab 947e 49e1a27b2a3b
5. Dalam drama Who Are You? (2011), So Yi-hyun membawa watak sebagai detektif polis yang koma, apabila tersedar dari koma, dia boleh melihat hantu

 

 

1ce7bd72 2abf 4dd7 a04e 6fa6653abbad
6. So Yi-hyun merupakan salah seorang pelakon utama drama popular Three Days (2014). Bergandingan dengan Park Yoo Chun, Son Hyun Joo, dan Park Ha Sun

 

 

92af56da 7209 47e7 86cf 6a16e956d81e
7. Bercita-cita tinggi untuk berjaya, So Yi-hyun meninggalkan anak kandung hasil hubungannya dengan Lee Ki Woo dalam Fates & Furies (2018)

 

 

1ef69d78 1561 42c4 912e 2b9884eb5f91
8. Membawa genre aksi balas dendam, So Yi Hyun sekali lagi muncul sebagai pelakon utama dalam drama Red Shoes (2021) bersama Choi Myung Gil, Park Yoon Jae dan Jung Yoo Min

 

 

d7295b93 e2d5 4658 8633 7b9a5fbf23d5

9. Buat kemunculan sekali lagi dalam drama My Happy Ending (2023), So Yi Hyun curang dengan Son Ho Jung, suami sahabatnya sendiri

 

 

049e19f9 2f43 4e58 a908 cf494ab2d0b4
10. Dalam kehidupan sebenar, So Yi Hyun telah berkahwin dengan pelakon lelaki In Gyo Jin dan dikurniakan dua orang anak perempuan

 

 

cf9929ea 1b13 463e bf14 9ca5c8c9ea43
11. So Yi Hyun bernaung di bawah agensi H& Entertainment. Satu agensi dengan Ju Ji Hoon, Woo Do Hwan, dan juga Kwak Dong Yeon

So Yi Hyun telah berkecimpung dalam dunia seni selama 29 tahun. Dia kembali berlakon sebagai perempuan perampas dalam drama My Happy Ending. Berbeza dengan wataknya dalam drama tersebut, So Yi Hyun memiliki kehidupan berumah tangga yang harmoni dan bahagia dalam dunia sebenar.

Baca lagi: Bagaimanakah Versi Webtoon Marry My Husband berakhir? Samakah Dengan Versi Dramanya Nanti?
Baca juga: My Happy Ending Episod 8, Fakta dan Plot Twist Yang Mengejutkan Semua Penonton