Home Disney+ A Shop For Killers, 4 Pembunuh Upahan yang Memburu Jeong Jian

A Shop For Killers, 4 Pembunuh Upahan yang Memburu Jeong Jian

0

Menjelang episod akhir drama A Shop for Killers, pembunuh upahan yang memburu Jeong Jian (Kim Hye Joon) semakin bertambah. Ada yang ingin menguasai perniagaan milik bapa saudara gadis itu, dan ada juga yang ingin membalas dendam. Mereka bersaing untuk melihat siapakah yang dapat menangkap Jeong Jian.

Baca lagi: 4 Watak Penting Yang Melindungi Jeong Jian dalam A Shop for Killers

Di antara semua pembunuh-pembunuh upahan ini, terdapat empat pembunuh upahan kejam yang tidak mengenal erti putus asa untuk menangkap Jeong Jian. Siapakah mereka?

 

1. Lee Sung Jo (Seo Hyun Woo)

IMG 3146Lee Sung Jo pada awalnya adalah anak buah Jeong Jinman (Lee Dong Wook) semasa menjadi tentara upahan. Namun mereka tidak pernah sebulu. Dia merasa nyawanya selalu terancam ketika bersama Jeong Jinman. Hingga akhirnya dia merancang pengkhianatan.

Selepas Jeong Jinman meninggal dunia, Lee Sung Jo terus menyerang rumahnya. Dia bekerjasama dengan tentera upahan yang memiliki senjata canggih dan Lee Sung Jo berjaya menghancurkan sistem pertahanan di rumah Jin Man.

 

2. Pengarah Tentera Upahan (Ahn Gil Kang)

IMG 3156 scaledPengarah Tentera Upahan merupakan orang yang Jeong Jinman hormati ketika menjadi tentera dahulu. Namun sayangnya dia memilih keluar dari perkhidmatan tentera upahan kerana sudah muak diajak bersekongkol tentang kejahatan salah seorang tentera yang bernama Bale. Dia memilih untuk mengundurkan diri selepas membunuh Bale.

Sayangnya pengarah ini kembali muncul pada episod 5. Dia menjadi salah seorang ketua kumpulan Babylon. Kumpulan yang bermusuhan dengan Mutherhelp. Pengarah ini juga yang menjadi dalang disebalik aksi pengintipan ke atas Bae Jung Min (Park Ji Bin).

 

3. Bale (Jo Han Sun)

A shop for killersBale merupakan musuh yang paling ditakuti. Dia memiliki jiwa psikopat yang tidak takut membunuh sesiapa pun. Jeong Jinman selalu berwaspada pada setiap gerak-gerinya. Bale juga yang menjadi dalang kematian ibu bapa Jeong Jian.

Pada akhir episod, Bale akan muncul untuk bertarung dengan Jeong Jian. Nyawa terakhir yang ditagihnya dalam misi balas dendam.

 

4. Si Kembar

IMG 3155 scaledPembunuh upahan yang tampak pendiam tapi sebenarnya sangat kejam adalah pasangan Kembar yang selalu berada berdekatan dengan Bale. Kemampuan seni bela diri si Kembar juga tidak boleh dipandang sebelah mata. Mereka menjadi pengikut paling setia dan bertarung bermati-matian disisi Bale. Selepas situasi semakin tidak terkawal, si Kembar menjadi utusan terakhir yang akan menyerang Jeong Jian.

Keempat-empat penjahat di atas memiliki cara tersendiri untuk membunuh keluarga Jeong Jinman. Adakah mereka akan berjaya atau bakal gagal dalam misi mereka? Nantikan episod terakhir A Shop for Killers pada Rabu, 7 Februari 2024 nanti!

Baca lagi: A Shop For Killers, Misteri 3 Watak Utama Yang Membantu Jinman
Baca juga: A Shop for Killers Episod 6 Menyaksikan Kemunculan Bale, Musuh Paling Kejam Yang Paling Digeruni