Home Disney+ 4 Watak Penting Yang Melindungi Jeong Jian dalam A Shop for Killers

4 Watak Penting Yang Melindungi Jeong Jian dalam A Shop for Killers

0

A Shop for Killers yang merupakan drama aksi thriller yang dibintangi Lee Dong Wook dan Kim Hye Jun ini telah ditayangkan sebanyak 4 episod. Menampilkan banyak misteri di sebalik kematian Jeong Jinman (Lee Dong Wook), drama ini makin lama makin banyak menonjolkan aksi pertarungan dan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi Jeong Jian (Kim Hye Jun) untuk bertahan hidup untuk lepas dari buruan pembunuh upahan yang mengancamnya. Musuh-musuh bapa saudaranya itu mula memburu dan berniat membunuh gadis itu untuk menguasai pusat beli belah senjata milik Jeong Jinman.

Kematian Jeong Jinman dipenuhi misteri. Selepas kematian Jeong Jinman, Jeong Jian menemui banyak kebenaran dan bahaya yang mengejutkan. Namun, perkara ini rupa-rupanya telah dijangkakan oleh bapa saudara Jeong Jian sebelum dia meninggal dunia lagi. Jeong Jinman sudah menyiapkan ramai orang untuk membantu Jeong Jian jika hari ini tiba. Hari di mana musuh-musuh Jeong Jinman berkumpul untuk membunuh Jeong Jian demi menguasai perusahaan haram miliknya.

Siapakah orang yang dihantar oleh Jeong Jinman untuk membantu Jeong Jian? Berikut ini penjelasannya.

 

1. So Minhye

Jeong jianSo Minhye (Geum Hannah) adalah rakan sekerja Jeong Jinman. Dia adalah anggota kod merah dan ungu dalam pusat niaga Jeong Jinman. Bererti dia adalah anggota yang bertugas sebagai pembunuh upahan dan juga pengintip. Dia adalah veteran kelas S, dimana kebolehannya dalam bidang ini sangat digeruni.

Pada hari anak buah Lee Seong Jo (Seo Hyun Woo) menyerang rumah Jeong Jinman selepas majlis pengebumian Jeong Jinman, So Minhye datang pada masa yang tepat. Dia sudah mempersiapkan dirinya untuk menyelamatkan Jeong Jian. Dia membantu mengawal Jeong Jian untuk sampai ke gudang rahsia bawah tanah milik Jeong Jinman. Dengan kehebatannya, dia berjaya melumpuhkan ramai anak buah Lee Seong Jo.

Baca lagi: Lee Dong Wook Tampil Dingin Dalam Drama Aksi Thriller ‘A Shop for Killers’ 17 Januari 2024

2. Brother

f8126150 72b3 49a7 b9ef 657cb933c73fBrother (Lee Tae Young) adalah salah seorang orang kepercayaan Jeong Jinman. Dia bertugas sebagai penjaga gudang bawah tanah Jeong Jinman. Sewaktu Jeong Jian dan Bae Jeong Min berjaya masuk ke gudang penyimpanan, Brother segera melindungi Jeong Jian dari Bae Jeong Min (Park Bi Jin). Rupa-rupanya Brother sudah mengetahui identiti sebenar Bae Jeong Min. Bae Jeong Min adalah orang terakhir yang bertemu Jeong Jinman sebelum kematiannya.

Baca juga: Kim Hye Jun Hampir Mengundur Diri dari “A Shop For Killers” Kerana Latihan Aksi Yang Terlalu Sukar


3. Honda

cf3266ce a152 4708 834c 1b06691bd330Honda juga merupakan kaki tangan Jeong Jinman sejak dulu lagi. Honda adalah orang yang melindungi Jeong Jian semasa kecil, waktu itu dia nyaris dibunuh oleh Lee Seong Jo.

Baca lagi: Selain A Shop for Killers, Kim Hye Jun Turut Memukau dalam 2 Kdrama Popular Ini

4. Pasin

A shop for killersPasin (Kim Min) merupakan rakan Jeong Jinman yang paling rapat dengan Jeong Jian. Sejak dulu, Pasin memang membantu Jeong Jinman bekerja dan menguruskan gudang penyimpanan barangan pertanian yang merupakan penyamaran untuk kedai senjata Jeong Jinman.

Semasa di sekolah menengah, Jeong Jian belajar seni bela diri Muay Thai dari Pasin. Hasil latihan yang diberikan Pasin, kebolehan bela diri Jeong Jian menjadi luar biasa. Jeong Ji An boleh melindungi dirinya sendiri. Namun kejadian aneh terjadi, dimana Pasin menghilang selepas dia menyelesaikan latihan Muay Thai untuk Jeong Ji An. Adakah Pasin akan kembali dan membantu Jeong Ji An?

A Shop for Killers setakat ini disahkan mempunyai jumlah 8 episod sahaja. Sudah berada di separuh jalan, kini Jeong Ji An menghadapi cabaran baru, dimana dia perlu mengambil alih seluruh tugas yang ditinggalkan oleh Jeong Ji Man. Terus dibantu oleh orang-orang kepercayaan Jeong Ji Man, adakah mampu Jeong Ji An menggalas tugas ini? Jangan lupa untuk menonton drama siri ini ya!

Baca juga: 4 Drama Korea Tentang Bapa Saudara dan Anak Saudara, Terbaru A Shop For Killers
Baca lagi: A Shop for Killers, Musuh Dalam Selimut Muncul dalam Episod 4