Home Movie 5 Kesengsaraan Dahsyat Dialami Manusia dalam Badland Hunters

5 Kesengsaraan Dahsyat Dialami Manusia dalam Badland Hunters

0

Selepas sekian lama dinantikan, Netflix akhirnya menayangkan filem Korea bertajuk Badland Hunters pada 26 Januari 2024. Filem yang membawa genre distopia ini menampilkan Ma Dong Seok dan Lee He Joon sebagai pelakon utama. Filem ini merupakan projek pertama Heo Myung Haeng sebagai pengarah. Selama ini dia dikenali sebagai martial art director untuk filem-filem aksi terkenal seperti New World dan The Roundup.

IMG 2189

Badland Hunters mengisahkan tentang kehidupan di bandar Seoul selepas terjadinya gempa bumi yang dahsyat. Huru hara dan kacau bilau berlaku di merata tempat. Penduduk yang masih hidup mengalami banyak kesengsaraan.

Bagaimanakah bentuk kesengsaraan yang manusia alami dalam filem Badland Hunters? Berikut ulasan lengkapnya di bawah ini.

 

1. Kesukaran mendapatkan bekalan air bersih

BadlandSelepas kejadian gempa dahsyat, bandar Seoul dilanda kemarau yang panjang. Sudah lebih dari enam bulan, hujan langsung tidak turun. Keadaan ini menyebabkan ketiadaan bekalan air bersih. Untuk mendapatkan air bersih mereka perlu menempuh perjalanan yang jauh dan berbahaya.

Takut mati kerana dehidrasi, ramai orang yang terpaksa menyuling air kotor untuk diminum. Keadaan semakin teruk kerana ada pihak yang tidak bertanggung jawab memonopoli sumber mata air.

 

2. Kekurangan bahan makanan membuatkan manusia kelaparan

e8325784 1ecc 4d23 ba3a 68b3706955ecKemarau yang panjang dan keadaan permukaan bumi yang hancur menyebabkan sayur-sayuran dan tanaman tidak boleh tumbuh subur. Daging menjadi sumber makanan yang juga sukar dicari. Mereka perlu berburu untuk memadatkan daging. Daging merupakan simbol kemewahan, para penduduk Seoul yang sedang kelaparan rela menukar barangan berharga milik mereka untuk mendapatkan sepotong daging.

 

3. Keadaan tempat tinggal yang sangat teruk

7acdd0fb 5bb6 41e6 9e74 fbbd06c7ea4bTiada lagi bangunan-bangunan tinggi pencakar langit, yang tinggal hanyalah kesan runtuhan yang berserakan. Ada kumpulan manusia yang terselamat dari bencana itu, tetapi mereka kehilangan harta benda termasuk rumah. Akibat dari kekurangan bahan pembinaan, manusia terpaksa membina rumah dengan apa-apa sahaja barang yang ada. Rumah yang mereka bangunkan juga sebenarnya tidak selamat untuk diduduki.

 

4. Banyak jenayah terjadi

c099353f b7a0 4e8f 92f0 55d28da8a7a5

Keadaan darurat dan huru hara menyebabkan jumlah jenayah kejahatan meningkat. Manusia yang sedang kelaparan dan dahaga ini sanggup melakukan segala cara untuk mendapatkan makanan dan air. Samseng dan penjahat seperti pihak berkuasa. Mereka mempergunakan orang-orang yang tidak berdaya.

 

5. Tidak ada fasiliti dan kemudahan kesihatan

161f96e5 08ac 4cc7 b0c8 01daa5e61783Gempa bumi yang dahsyat tersebut meranapkan semua fasiliti dan kemudahan awam, tidak terkecuali hospital dan klinik. Golongan warga emas yang sudah tidak berdaya dan menghadapi penyakit sangat sukar mencari klinik untuk mendapatkan ubat-ubatan.

Penderitaan manusia dalam filem Badland Hunters boleh dikatakan sangat menyedihkan. Mereka perlu berjuang bermati-matian untuk mendapatkan sebotol air bersih. Bagi anda yang belum tonton, jangan lupa untuk menonton filem yang baru sahaja ditayangkan ini di Netflix ya!

Baca juga: Badland Hunters, Filem Penuh Aksi Ma Dong Seok Menemui Peminat 26 Januari Ini Di Netflix
Baca lagi: Ju Ji Hoon Sibuk dengan 4 Karya Terbaru, Nantikan Kemunculannya