Home Artis Korea Ju Ji Hoon Sibuk dengan 4 Karya Terbaru, Nantikan Kemunculannya

Ju Ji Hoon Sibuk dengan 4 Karya Terbaru, Nantikan Kemunculannya

0

Ju Ji Hoon baru-baru ini disahkan bakal membintangi drama baru dari penulis drama siri Moving (2023) iaitu Kang Full. Ju Ji Hoon akan bergandingan dengan Park Bo Young dalam drama bertajuk Light Shop.

Berita tentang drama terbaru menampilkan Ju Ji Hoon ini pun disambut dengan gembira oleh para peminat setia pelakon ini. Selain itu, pengumuman ini juga menambah senarai drama dan filem yang dibintangi oleh Ju Ji Hoon. Masih ada tiga karya lain yang belum ditayangkan hingga saat kini.

 

1. Project Silence

Ju ji hoonProject Silence merupakan salah satu karya hadiah dari mendiang Lee Sun Kyun yang sempat diundang ke Festival Film Cannes tahun 2023. Ju Ji Hoon merupakan salah seorang pelakon utama bersama dengan Lee Sun Kyun.

Menceritakan tentang mangsa-mangsa yang berjuang untuk bertahan hidup ketika terjebak di jambatan lapangan terbang yang berada di ambang kehancuran. Mereka juga perlu melawan ancaman misteri yang tidak disangka-sangka di tengah-tengah kabus tebal yang mengganggu jarak pandangan.

 

2. The Trauma Code: Heroes on Call

4eeeb197 e2cc 4a63 8e3a 79d552f7a7f4The Trauma Code: Heroes on Call merupakan drama Korea yang bertemakan perubatan terbaru yang dibintangi Ju Ji Hoon. Dia akan membawa watak sebagai Baek Kang Hyuk, pakar trauma yang genius. Mempunyai prinsip yang kuat, Baek Kang Hyuk tidak akan pernah mengundur diri selagi merasa tindakannya benar.

Baek Kang Hyuk akan menjadi ketua pasukan trauma dan kecemasan di sebuah hospital universiti. Dalam perjalanannya, dia akan bekerja sama dengan Yang Jae Won (Choo Young Woo), Cheon Jang Mi (Ha Young), dan Park Kyung Won (Jeong Jae Kwang). Namun, masih belum diketahui bilakah para penonton akan dapat menyaksikan pasukan Baek Kang Hyuk dalam drama ini.

 

3. Dominant Species

0a5ab0b4 0368 4a7e ad1c d7e7671efd1dJu Ji Hoon juga membintangi drama Korea baru dengan Han Hyo Joo. Mereka bergandingan dalam drama bergenre sci-fi dan thriller yang bertajuk Dominant Species. Lee Hee Jun, Lee Moo Saeng, dan Park Ji Yeon juga akan tampil dalam drama ini.

Dominant Species menggambarkan konflik di sekitar syarikat bioteknologi yang dikenali sebagai BF. Mereka mencipta daging hasil manipulasi genetik supaya manusia berhenti mengambil daging haiwan.

Namun, lama-kelamaan ramai orang dari dalam dan luar BF yang mula meragui jalan yang ditempuh oleh CEO Yoon Ja Yoo (Han Hyo Joo). Ju Ji Hoon akan membawa watak sebagai Woo Chae Won, pengawal Yoon Ja Yoo yang lulus dari Akademi Angkatan Laut.

 

4. Light Shop

f831a222 9fe5 4076 b4b9 967bf5eedca4Light Shop adalah drama siri adaptasi webtoon karya Kang Full yang dilancarkan pada tahun 2011. Ju Ji Hoon akan membawa watak sebagai pemilik kedai lampu kecil. Kedai itu mempunyai lampu istimewa walau kelihatan seperti kedai biasa.

Kedai tersebut adalah kedai yang dikunjungi oleh roh orang yang telah meninggal dunia. Beberapa roh juga adalah yang berada di antara hidup dan mati serta mereka yang mempunyai cerita tersendiri. Kisah kedai lampu misteri ini akan ditayangkan pada tahun 2024 ini.

Selain Light Shop, penayangan ketiga-tiga projek lakonan Ju Ji Hoon yang lain masih belum dapat dipastikan. Tetapi khabarnya tiga buah karya tersebut sudah selesai proses penggambaran.

Kita tunggu berita tentang Ju Ji Hoon seterusnya dari pihak penerbitan ya!

Baca lagi: 6 Watak Suami Curang dan Khianat dalam Kdrama Januari 2024, Buat Penonton Naik Darah
Baca juga: 9 Drama Korea Thriller Sci-Fi Misteri Khas untuk Anda, Penuh Tanda Tanya