Home Kdrama/Kmovie 9 Drama Korea Thriller Sci-Fi Misteri Khas untuk Anda, Penuh Tanda Tanya

9 Drama Korea Thriller Sci-Fi Misteri Khas untuk Anda, Penuh Tanda Tanya

0

Bukan hanya filem-filem dan drama Hollywood yang boleh menampilkan kecanggihan teknologi dalam karya mereka, drama Korea sudah maju dan mampu memaparkan kisah sama hebat seperti Hollywood.

9 buah pilihan drama Korea thriller sci-fi dibawah ini ternyata sangat berjaya dan mempunyai jalan cerita yang unik dengan kehebatan dan kecanggihan teknologi.

 

1. TUNNEL (2017)

Drama koreaTunnel menceritakan tentang penyiasatan seorang detektif terhadap seorang psikopat hingga ke masa depan. Cerita dimulakan pada tahun 1986 dan fokus pada seorang detektif berbakat iaitu Park Gwang Ho (Choi Jin Hyuk). Suatu hari, dia mengejar seorang pembunuh bersiri yang berlari ke arah sebuah terowong.

Namun, ketika Gwang Ho tiba di hujung terowong, dia tiba-tiba terlempar ke tahun 2017. Di masa depan, pembunuh bersiri yang dikejar oleh Gwang Ho ternyata belum tertangkap dan masih melakukan pembunuhan bersiri. Bersama rakan barunya di masa depan, Gwang Ho mengejar psikopat tersebut untuk kembali ke masa lalu.

 

2. RUGAL (2020)

77ed30a8 0dd7 42da 8d1f fbc379ee58f8Choi Jin Hyuk juga memukau para penonton melalui lakonannya dalam drama adaptasi webtoon karya Rel.mae. Diarahkan oleh Kang Cheol Woo, drama siri Korea Rugal (2020) menceritakan tentang dendam Kang Ki Beom (Choi Jin Hyuk) terhadap organisasi Argos yang telah menghancurkan hidupnya.

Kang Ki Beom melihat isterinya terbunuh hingga dia turit diperangkap dalam kes tersebut. Tidak mahu berdiam diri, dia bergabung dan memimpin pasukan khas Rugal yang berada di bawah didikan NIS. Selama bertugas, dia diberi bola mata buatan yang memberinya kekuatan luar biasa.

Baca juga: 6 Drama Korea ini Tampilkan watak Wanita yang Bijak Malangkaui Zaman Mereka

3. SWEET HOME (2020)

5a551459 68db 461c 9a93 bbd5c96a4d47Sweet Home merupakan drama korea dari Netflix yang ditayangkan pada 18 Desember 2020. Beberapa orang pelakon popular seperti Song Kang, Lee Jin Wook, Lee Si Young, Lee Do Hyun, Kim Nam Hee, Park Gyu Young, Go Youn Jung, Kim Gab Soo, dan juga Kim Sang Ho, membintangi drama siri ini. Drama siri ini hadir dengan 10 episod, dengan durasi sekitar 52 minit untuk satu episod.

Drama siri Sweet Home menceritakan tentang Cha Hyun Soo yang berpindah ke sebuah apartment baru setelah kematian keluarganya. Kehidupan yang pada awalnya tenang mula terganggu dengan berbagai-bagai kejadian aneh yang muncul, ramai penghuni apartment mula berubah menjadi raksasa. Hyun Soo dan penghuni yang lain cuba sedaya upaya untuk bertahan hidup.

 

4. ALICE (2020)

92d6ab7e e7e6 4f4d bcc6 2dc1329cdfd3

Drama ALICE ini mengisahkan tentang penjelajahan waktu melalui sebuah ruangan bernama Alice. Fokus utama pada watak Park Jin Gyeom dan Yoon Tae Yi. Watak Park Jin Gyeom merupakan seorang detektif yang bertemu dengan Yoon Tae Yi. Pertemuan tersebut membawa mereka pada sebuah perjalanan yang menarik dan penuh misteri melibatkan masa depan dan masa sekarang.

Baca lagi: 4 Filem dan Drama Korea ini Mendapat Kritikan Buruk, Dianggap Paling Teruk

5. MOUSE (2021)

a03698ab 8f9e 40f0 a586 ad593675eabfMouse merupakan drama korea yang hangat dibincangkan di sosial media selama penayangannya. Drama ini menceritakan tentang watak utama yang merupakan seorang psikopat.

Jung Ba Reum, watak utama yang menjalani kehidupannya dengan bekerja sebagai polis. Dia dikenali sebagai seorang pemuda yang ramah dan baik budi pekerti. Menariknya, tidak seperti drama-drama lain, Mouse menampilkan episod istimewa yang bertajuk Mouse: The Predator yang mana dalam episod ini diceritakan dari sudut pandangan yang berbeza.

Sepanjang episod Mouse, cerita mengalir berdasarkan sudut pandangan Go Mu Chi, pegawai atasan Jung Ba Reum yang sedang menyiasat kes pembunuhan dan berusaha menangkap pembunuh sebenar. Sedangkan dalam Mouse: The Predator, sudut pandangan diambil dari cerita Jung Ba Reum sebagai seorang psikopat.

Dalam episod ini, penonton akan melihat tentang proses Jung Ba Reum membunuh setiap mangsanya. Seorang psikopat biasanya akan menjadi watak antagonis, namun dalam drama Mouse, psikopat menjadi watak protagonis dan anda akan melihat mengapa dan bagaimana seorang manusia hidup tanpa mempunyai emosi dalam diri, serta faktor-faktor yang menjadikan Jung Ba Reum seorang pembunuh.

 

6. THE SILENT SEA (2021)

777053e4 686f 433b b381 0fee748c612dSiri drama sci-fi dari Korea Selatan ini wajib ditonton. Bintang Squid Game Gong Yoo turut sama berlakon sebaris dengan pelakon-pelakon lain dalam The Silent Sea adalah kisah misteri mengenai sekumpulan angkasawan yang melakukan pengembaraan ke sebuah fasiliti terbiar di bulan. Target mereka adalah untuk mengenalpasti sampel sejenis bahan yang tidak diketahui juga untuk sebuah tujuan yang tidak jelas. Pengembaraan dan misi mereka dicemari dengan pembelotan, penipuan dan rahsia-rahsia gelap.

Baca juga: Menantikan Kemunculan Kim Nam Gil, Ji Sung? Ini 8 Drama Korea SBS pada 2024

7. TIMES (2021)

ae6e800b 68d2 47ff a83a 7588975c0a23Drama TIMES menceritakan kisah misteri apabila dua masa berbeza iaitu tahun 2020 dan 2015 saling terhubung antara satu sama lain melalui panggilan telefon. Lee Jin Woo adalah lelaki yang hidup pada tahun 2015, dia adalah wartawan yang selalu mengejar kebenaran. Seo Jung In pula adalah anak perempuan kepada presiden Korea Selatan Seo Gi Tae.

Keajaiban berlaku apabila gadis ini mampu berkomunikasi dengan Lee Jin Woo dari lima tahun lalu melalui panggilan telefon. Seo Jung In berusaha untuk mencegah kematian ayahnya, namun menemui kebenaran yang berbahaya dalam proses tersebut.

 

8. GRID (2022)

af070f41 5f42 42d0 9dd9 b7375680484f

Drama Korea tentang psikopat ini berpusat kepada kumpulan yang memburu satu sosok misteri yang disebut The Ghost. The Ghost ini bertanggungjawab mencipta sistem Grid untuk menyelamatkan planet dari bencana angin suria pada 24 tahun yang lalu. Namun sayangnya kini, dia terlibat dalam kes pembunuhan.

 

9. CONNECT (2022)

290d04c4 721a 4905 a874 d34c8937e2c5Drama Korea CONNECT menceritakan tentang seorang lelaki yang bernama Ha Dong Soo yang merupakan salah satu bahagian dari keturunan manusia baru yang disebut dengan connect. Keturunan ini adalah makhluk penghubung yang tidak pernah mati.

Suatu malam, Ha Dong Soo diculik oleh kumpulan pedagang organ manusia dan dia kehilangan sebelah matanya. Matanya yang dicuri tersebut digunakan oleh seseorang yang ternyata merupakan pembunuh bersiri.

Ha Dong Soo terpaksa melihat perkara-perkara yang pembunuh tersebut lihat. Pembunuh itu adalah Oh Jin Seob yang mempunyai identiti berganda iaitu menjadi pekerja yang sopan dan cekap di tempat kerja, tetapi identiti lain dirinya adalah dia merupakan pembunuh bersiri yang sangat kejam.

Demikian sahaja 9 pilihan drama Korea yang membawa genre thriller dan sains fiksyen (sci-fi) yang sangat menarik untuk anda tonton. Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: 13 Kdrama tvN dari Januari-Disember 2024, Ada Wi Ha Joon dan Shin Min Ah
Baca juga: 5 Pilihan Filem Komedi Korea Lucu dan Penuh Lawak Jenaka