Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Romantik Tahun 2023 yang Menarik, Sudahkah Anda Tonton?

5 Drama Korea Romantik Tahun 2023 yang Menarik, Sudahkah Anda Tonton?

0

Kisah dan genre romantik adalah antara genre yang diminati dalam drama Korea. Ada banyak pilihan drama Korea romantik yang ditayangkan pada tahun 2023 yang lalu.

Kisah dalam drama Korea bukan semata-mata memaparkan kisah asmara yang penuh babak percintaan, tapi ada juga sentuhan komedi dan misteri yang boleh anda nikmati.

Berikut dibawah ini adalah beberapa buah drama Korea romantik yang menarik yang telah ditayangkan pada tahun 2023.

 

1. LOVE TO HATE YOU

8a75b56b bfea 4631 af2b 3e0b141586fdLOVE TO HATE YOU adalah salah sebuah Drama Korea dengan jalan cerita yang ringan untuk anda tonton. Selain boleh dicari di Netflix, Kdrama yang dibintangi oleh Yoo Teo dan Kim Ok Bin ini cuma mengandungi 10 episod sahaja. Watak Yeo Mi Ran (Kim Ok Bin) dalam Love to Hate You digambarkan sebagai seorang wanita yang tidak mempercayai lelaki, ini adalah kerana dia pernah dicurangi oleh kekasihnya pada masa lalu.

Manakala watak Nam Gang Ho (Yoo Teo) pula sukar untuk jatuh cinta selepas bekas kekasihnya meninggalkan dia dan sanggup memilih lelaki lain. Drama ini berjaya mendapat rating IMDb sebanyak 7.9/10.

 

2. OUR BLOOMING YOUTH

86fe13dd 9e52 4889 afa5 b4f1a535a99aOUR BLOOMING YOUTH adalah pilihan seterusnya untuk drama Korea romantik 2023. Drama sageuk ini mengisahkan tentang Min Jae-yi (Jeon So-nee). Dia dituduh melakukan pembunuhan menjelang hari perkahwinannya. Dia meminta bantuan Putera Mahkota Yi-hwan (Park Hyung-sik) yang sebenarnya juga terkena sumpahan. Akhirnya, mereka saling membantu dalam menyelesaikan masalah. Drama yang terdiri dari 20 episod ini boleh disaksikan di Prime Video.

 

3. CRASH COURSE IN ROMANCE

30fdf69d fa84 41c5 91fa 8366a03af6ddCRASH COURSE IN ROMANCE menceritakan tentang Chi-yeol (Jung Kyung-ho), seorang guru yang jatuh cinta pada seorang pengusaha warung makanan bernama Haeng-seon (Jeon Do-yeon). Selain itu, ada kisah pelajar-pelajar sekolah yang mengalami persaingan sengit untuk melanjutkan pelajaran dan juga kes misteri yang melibatkan guru. Anda boleh menonton drama ini di Netflix.

 

4. CALL IT LOVE

772928d4 785f 4462 9818 03fa5ba96b66Jika anda menyukai drama tentang kisah percintaan yang penuh rintangan, drama ini boleh dijadikan pilihan utama. Drama ini menceritakan tentang Shim Woo-joo (Lee Sung-kyung). Dia ingin membalas dendam pada wanita yang curang dengan mendiang ayahnya. Kemudian, dia mengajak Han Dong-jin (Kim Young-kwang) iaitu anak wanita itu untuk melengkapkan aksi balas dendamnya.

 

5. TRUE TO LOVE

Drama koreaTRUE TO LOVE atau BO RA! DEBORAH juga merupakan drama Korea romantik 2023 yang perlu ditonton. Drama ini mengisahkan tentang Yeon Bo-ra (Yoo In-na), sebagai pakar hubungan cinta atau juru latih dating. Dia juga sangat berjaya dengan novel-novel romantik yang ditulisnya.

Walaupun begitu, Bo Ra sebenarnya tidak mengetahui tentang cinta sebenar. Kisah ini berkembang apabila dia bertemu dengan seorang perancang penerbitan bernama Soo-hyeok (Yoon Hyun-min). Berbeza dari Bo Ra, lelaki itu mempunyai pandangan negatif tentang cinta juga novel-novelnya. Jika ingin menonton, anda boleh menonton drama ini di layanan streaming Prime Video.

Demikian sahaja 5 buah drama Korea yang membawa genre romantik 2023 yang menarik untuk anda tonton. Jika anda belum menonton drama-drama dalam senarai ini, jangan lupa meluangkan masa untuk menonton ya!

Baca lagi: 9 Drama Korea Thriller Sci-Fi Misteri Khas untuk Anda, Penuh Tanda Tanya
Baca juga: 13 Kdrama tvN dari Januari-Disember 2024, Ada Wi Ha Joon dan Shin Min Ah