Home Movie 5 Pilihan Filem Komedi Korea Lucu dan Penuh Lawak Jenaka

5 Pilihan Filem Komedi Korea Lucu dan Penuh Lawak Jenaka

0

Filem komedi Korea Selatan yang lucu dan kelakar memang selalu memaparkan babak-babak penuh gelak tawa dalam setiap perjalaanan jalan cerita.

Filem-filem komedi korea ini mampu membuatkan para penonton hanyut dalam jalan cerita dan boleh menikmati keindahan komedi setiap cerita hingga ke hujung. Filem komedi Korea memang sesuai untuk menemani anda di setiap masa terluang.

Genre komedi sangat dekat dengan peminat-peminat setianya. Jalan cerita yang ditampilkan tidak terlalu berat dan tidak memaparkan konflik yang terlalu kompleks.

Berikut ini adalah 5 pilihan filem komedi Korea khas untuk anda.

 

1. Baby and Me (2008)

Filem komedi koreaFilem komedi Korea pertama ini menceritakan tentang Joon-soo, seorang pelajar sekolah yang suka memberontak, popular dengan gadis-gadis, tetapi dia adalah mimpi buruk bagi ibu bapa dan gurunya.
Suatu hari, Joon-soo membuat ibu bapanya marah hingga ibu bapanya pergi meninggalkan Joon-soo. Tidak menyesal, Joon-soo ingin mengadakan pesta dengan menjemput kawan-kawannya.

Sewaktu Joon-soo pergi ke kedai untuk membeli makanan dan minuman yang akan disajikan untuk pesta, dia terkejut melihat bayi di dalam bakul berisi makanan tersebut. Pada awalnya Joon-soo memikirkan berbagai-bagai cara untuk meninggalkan bayi tersebut. Namun rancangan Joon-soo sering kali gagal, hingga akhirnya Joon-soo perlahan-lahan rasa dekat dan terikat dengan bayi tersebut.

 

2. Twenty (2015)

65d683ff d468 4717 bc17 17368e009f37Filem komedi korea kedua ialah Twenty, menceritakan kehidupan tiga orang lelaki yang menghadapi kerasnya kehidupan dan bernasib malang. Ketiga-tiga mereka mempunyai perwatakan yang berbeza. Chi Ho mempunyai teman wanita tetapi dia suka mencari wanita lain. Sebuah kemalangan membuatkan Chi Ho menghabiskan waktu dengan seorang calon pelakon iaitu Eun Hye.

Dong Woo berharap untuk bekerja sebagai penulis komik, tetapi situasi kewangan keluarganya yang teruk membuatkan Dong Woo melakukan banyak kerja sambilan. Gyung-Jae adalah pelajar baru di sebuah kolej. Dia berharap boleh mendapat pekerjaan di sebuah syarikat besar. Gyung-Jae bertemu dengan seorang senior, Jin Joo yang tertarik padanya dan dia jatuh cinta.

 

3. Citizen Deok Hee (2021)

e87cfff8 7f86 40af 9c61 8b4e079d3f77

Citizen Deok Hee diinspirasikan dari kisah benar yang fokus pada suri rumah tangga bernama Deok Hee. Deok Hee menjadi mangsa penipuan. Dia kehilangan puluhan ribu dolar dalam sekelip mata. Dengan bantuan Jae Min, Bong Rim dan Sook Ja, Deok-Hee mengejar kumpulan penipu tersebut. Jae Min adalah ahli kumpulan penipu dan pemberi maklumat rahsia Deok-Hee. Bong Rim adalah kawan dan rakan sekerja Deok Hee.

 

4. What Happened to Mr. Cha? (2021)

d7f616ab d402 43ae b82b 21050649d2b7Filem Korea komedi seterusnya adalah What Happened to Mr. Cha? Menceritakan tentang kehidupan selebriti yang belum mendapat tawaran untuk membintangi filem hingga kariernya semakin menurun seiring dengan bertambahnya usia.

 

5. Samjin Company English Class (2020)

Filem korea komediFilem korea komedi terakhir ini adalah Samjin Company English Class, menceritakan tentang Lee Ja-young, Jung Yoo-na dan Sim Bo-ram yang merupakan kawan baik dan rakan sekerja di Syarikat Samjin. Mereka telah bekerja di sana selama 8 tahun. Mereka sangat mahir dan bagus dalam pekerjaan mereka, tetapi kerana latar belakang pendidikan sekolah menengah mereka sahaja dan tidak mempunyai pendidikan tinggi, mereka masih berada di jawatan bawah di syarikat tersebut.

Demikian sahaja 5 buah filem komedi Korea Selatan yang mungkin belum pernah anda tonton. Setiap filem ini menampilkan jalan cerita yang lucu dan penuh komedi. Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: 13 Kdrama Sageuk Kelakar dan Penuh Komedi, Sangat Menghiburkan
Baca juga: 5 Pilihan Filem Seram Korea Yang Menakutkan dan Mengerikan