Home Movie 5 Pilihan Filem Seram Korea Yang Menakutkan dan Mengerikan

5 Pilihan Filem Seram Korea Yang Menakutkan dan Mengerikan

0

Para peminat filem seram pasti sudah terbiasa dengan karya filem-filem seram dari negara Korea Selatan. Jalan cerita yang berjaya memerangkap minda, menegangkan, dan misteri.

Filem-filem seram ini menghadirkan rasa tegang yang mendebarkan dan meninggalkan persoalan-persoalan mengerikan.

Berikut ini adalah 5 buah filem seram dari Korea Selatan yang sangat menakutkan dan sesuai buat anda peminat-peminat filem seram!

1. The 8th Night (2021)

f45a00db 866b 4a8f 9385 456318b98deeThe 8th Night mengisahkan tentang roh mata merah dan roh mata hitam yang diceritakan telah membuka gerbang negara dan Sang Buddha datang untuk menangkapnya. Selepas mengetahui bahawa Sang Buddha tidak dapat membunuhnya, kedua-dua makhluk tersebut disimpan di dalam peti mati yang berbeza.

Namun, 2500 tahun selepas peristiwa tersebut, Kim Jong-chul (Choi Jin-ho), seorang ahli arkeologi melakukan ritual pemanggilan syaitan dan berjaya menemui roh mata merah dan roh mata hitam kembali.
Sami Ha-jung (Lee Eol), salah seorang pelindung peti mati tersebut menyedari bahawa makhluk jahat dari abad lalu telah datang kembali. Sami Ha-jung meminta sami Chung-seok (Nam Da-reum) untuk mencari Park Jin-soo bagi melenyapkan roh jahat tersebut.

 

2. The Wailing (2016)

a7402d32 2f04 474e 93ef 50839c3da2feThe Wailing adalah sebuah filem seram Korea Selatan tahun 2016 garapan Na Hong-jin dan menampilkan Kwak Do-won, Hwang Jung-min, Chun Woo-hee. Filem The Wailing mengisahkan tentang seorang pegawai polis yang sedang menyiasat kes pembunuhan dan penyakit misteri di sebuah kampung terpencil di Korea yang bernama Gokseong dan dalam masa yang sama pegawai polis itu perlu menyelamatkan anak perempuannya. Filem tersebut berjaya meraih kejayaan secara komersial.

 

3. A Blood Pledge (2009)

dfd820d6 816c 4737 8179 fab76003819eFilem seram A Blood Pledge dimulakan ketika Eun-joo, So-hee, Yoo-jin dan Eun-young berjanji bahawa mereka akan mati bersama-sama pada satu malam. Mereka berjanji jika di antara mereka ada yang masih hidup, mereka bersedia dihantui oleh mereka yang bunuh diri. Namun, dari keempat-empat gadis tersebut yang benar-benar bunuh diri adalah Eun-joo seorang sahaja. Sejak waktu itu, terdapat banyak ketakutan dan gangguan yang dialami oleh tiga orang gadis lain yang tida memenuhi janji dan tidak membunuh diri.

 

4. The Evil Twin (2007)

c91fb21a 6d36 421c 964e 35079280d18aFilem seram The Evil Twin mengisahkan tentang pembunuhan-pembunuhan yang terjadi pada era Dinasti Joseon. Filem ini mengisahkan tentang adik beradik kembar yang mendapat layanan berbeza dari kedua-dua ibu bapa dan juga keluarga mereka.

Suatu ketika, Hyo-jin jatuh ke dalam tasik dan tidak dapat diselamatkan. Sementara itu So-yeon pula berjaya diselamatkan dengan keadaan yang membuatnya koma selama 10 tahun. Sewaktu So-yeon sedar dari komanya yang panjang, Hyo-jin juga kembali dan menjadi hantu yang mengganggu keluarga Dinasti Joseon dengan serangan yang menakutkan.

 

5. Cinderella (2006)

Filem seramFilem seram Cinderella mengisahkan tentang Yoon-hee, seorang doktor bedah plastik yang mengalami kejadian aneh selepas Hyeon-su mengalami luka terbakar yang sangat teruk. Pada suatu hari, Yoon-hee bertemu dengan kanak-kanak kecil dan mengajaknya pulang serta menyuruh kanak-kanak tersebut memanggilnya ibu.

Sejak anak tersebut tinggal di rumah itu, Yoon-hee selalu mengalami kejadian aneh dan misteri. Beberapa kali muncul penampakan wanita yang mengenakan gaun biru dan wanita itu pernah melakukan pembedahan plastik dengannya.

Buat anda peminat filem seram yang belum berkesempatan menonton 5 pilihan filem seram yang kami rangkumkan di atas, jangan lupa untuk meluangkan masa anda bagi menonton pilihan-pilihan tontonan tersebut. Jangan tonton sendirian ya!

Baca lagi: 11 Kdrama Bertemakan Politik dan Perebutan Kuasa, Kisah Tikam Belakang
Baca juga: 13 Kdrama Sageuk Kelakar dan Penuh Komedi, Sangat Menghiburkan