Home Kdrama/Kmovie 13 Kdrama Sageuk Kelakar dan Penuh Komedi, Sangat Menghiburkan

13 Kdrama Sageuk Kelakar dan Penuh Komedi, Sangat Menghiburkan

0

Kdrama sageuk dengan genre komedi adalah gabungan genre yang disukai para peminat drama Korea.

Kdrama sageuk dan komedi biasanya memang menarik untuk ditonton kerana jalan cerita yang dipaparkan mempunyai unsur kejahatan politik, walaupun terdapat unsur perebutan kuasa dan tikam belakang, banyak juga drama sageuk yang sangat menghiburkan kerana dipenuhi adegan-adegan komedi yang menggeletek hati.

Berikut dibawah ini adalah pilihan beberapa buah kdrama sageuk genre komedi menghiburkan untuk anda tonton!

 

1. The Forbidden Marriage (2022)

37587027 9f7a 4a77 9ed7 589621d6f922Kdrama sageuk ini menceritakan tentang raja yang melarang semua rakyat berkahwin kerana dia berduka atas kematian isterinya. Muncul seorang gadis penipu yang mengaku boleh berkomunikasi dengan roh isteri raja. Raja jatuh cinta pada penipu tersebut. Siri yang ditayangkan di Prime Video ini dibintangi oleh Kim Young-dae dan park Ju-hyun.

 

2. Secret Royal Inspector & Joy (2021)

828ae175 cd78 4e67 8b87 6504cbc61707Kdrama sageuk bertajuk Secret Royal Inspector & Joy menceritakan tentang seorang pemuda yang dilantik sebagai inspektor kerajaan yang bekerja secara rahsia untuk menyiasat kes rasuah. Dia bertemu dengan seorang balu yang sedang mencari kebahagiaannya. Kedua-duanya bekerja sama untuk melawan rasuah. Drama ini dibintangi oleh Ok Taecyeon dan Kim Hye-yoon dan ditayangkan di Viu.

 

3. Flower Crew: Joseon Marriage Agency (2019)

d8d2fa15 09fb 4974 9095 68423f7f72f1Kdrama sageuk komedi ini menceritakan tentang ejen pencari jodoh terbaik yang tidak percayakan cinta. Namun apabila dia bertemu dengan wanita unik bernama Gae-ddong, dia mula berubah fikiran. Drama ini dibintangi oleh Kim Min-jae dan Gong Seung-yeon.

 

4. The Tale of Nokdu (2019)

33c1357b cdd5 4710 a929 3ec4f7751f13Siri sageuk ini menceritakan tentang seorang lelaki yang bernama Nokdu yang menyamar sebagai wanita. Dia masuk ke dalam perkampungan yang dihuni oleh wanita untuk membalas dendam atas pembunuhan keluarganya. Di sana, dia bertemu dengan gadis yang disukainya, tapi Nokdu juga dikejar oleh lelaki yang menyukainya (kerana dia menyamar sebagai wanita). Drama yang dibintangi oleh Jang Dong-yoon dan Kim So-hyun ini ini ditayangkan di Netflix dan WeTV.

 

5. Live Up to Your Name (2017)

e38274b4 0d3b 42e8 b8bc 304c74529d8bDrama sageuk komedi ini dibintangi oleh Kim Nam-gil dan Kim Ah-joong. Kisah tentang seorang pakar akupuntur dari abad ke-17. Namun kejayaannya terhalang kerana dia bukan dari keluarga kaya. Suatu hari, dia jatuh ke sungai dan terbawa ke terowong masa hingga hidup pada masa kini. Dia bertemu dengan seorang doktor dan jatuh cinta padanya. Siri ini boleh ditonton di Netflix.

 

6. Queen and I (2012)

1b8204dc 9197 49b0 87ae c975132c81f4Cerita tentang bangsawan Joseon yang masuk ke terowong masa dan terbawa ke tahun 2012. Dia bertemu dengan seorang pelakon wanita yang tidak berjaya yang mendapat watak besar sebagai permaisuri dalam drama Korea. Siri ini dibintangi oleh Ji Hyun-woo dan Yoo In-na.

 

7. 100 Days My Prince (2018)

306398d8 4690 45f5 8707 ee8bf044e5d8Dibintangi oleh D.O EXO dan Nam Ji-hyun. Putera mahkota Lee Yul jatuh ke gaung sewaktu sedang berburu dan hilang ingatan. Dia terpaksa berkahwin dengan Hong Shim, gadis yang sebenarnya adalah cinta pertamanya.

 

8. Sungkyunkwan Scandal (2010)

583aaf64 0d05 468a b01a ee17ad79c0c3Siri ini tentang seorang wanita yang menyamar menjadi lelaki untuk mendapatkan pendidikan di sekolah yang hebat. Dia berkawan dengan tiga orang pelajar lelaki yang merupakan kaki perempuan. Dibintangi oleh Park Min-young, Song Joong-ki, Park Yoo-chun, dan Yoo Ah-in.

 

9. Rookie Historian Goo Hae-Ryung (2019)

56964b1a 1865 4a56 837d d3bc832666a9Kisah tentang Goo Hae-ryung, wanita yang mempunyai cita-cita tinggi dan menjadi sejarawan di istana era Dinasti Joseon. Siri ini dibintangi oleh Shin Sae-kyeong, Cha Eun-woo, dan Park Ki-woong.

 

 

10. Love in the Moonlight (2016)

SageukDrama Korea ini mengisahkan tentang kisah cinta antara putera mahkota Lee Young dengan wanita yang menyamar menjadi lelaki. Dibintangi oleh Park Bo-gum dan Kim Yoo-young. Love in the Moonlight merupakan drama yang mendapat rating yang menembusi angka 20% sewaktu penayangannya.

Baca lagi: 6 Kdrama Misteri Thriller ini Menonjolkan Watak Unik Adik Beradik, Kisah Jenayah Licik

11. Hwarang (2016)

KdramaDibintangi oleh Park Seo-jun, Park Hyung-sik, V BTS, dan Go Ara. Siri ini tentang sekumpulan lelaki yang mengabdikan diri untuk kerajaan era Dinasti Silla.

 

12. Mr Queen (2020)

Kdrama sageukDrama ini mengisahkan tentang roh seorang chef dari masa kini yang masuk ke tubuh permaisuri Kim So-yong. Dia terlibat dalam perbalahan perebutan kuasa dan jatuh cinta pada raja yang dianggap boneka. Siri ini dibintangi oleh Shin Hye-sun, Kim Jung-hyun, dan Seol In-ah. Anda boleh menonton siri ini di Netflix.

 

13. Under The Queen’s Umbrella (2022)

Drama koreaKdrama ini menceritakan tentang permaisuri Im Hwa-ryeong yang sangat pakar dalam merancang strategi dan seorang ibu yang luar biasa untuk empat orang anaknya yang nakal. Untuk melihat anaknya menjadi raja, dia melatih mereka dengan keras. Drama Korea sageuk komedi ini juga digabungkan dengan cerita perebutan kuasa dan kisah cinta. Dibintangi oleh Kim Hye-soo, Moon Sang-min, dan Bae In-hyuk. Siri ini boleh ditonton di Netflix.

Demikian sahaja pilihan 13 buah kdrama sageuk yang turut mengangkat tema komedi yang sangat menghiburkan. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: IN COLD BLOOD, Kembar Yang Terpisah Melalui 2 Kehidupan Penuh Tipu Muslihat
Baca juga: 7 Permaisuri Paling Kejam dalam Kdrama Sageuk, Jahat dan Berhati Iblis