Home Kdrama/Kmovie IN COLD BLOOD, Kembar Yang Terpisah Melalui 2 Kehidupan Penuh Tipu Muslihat

IN COLD BLOOD, Kembar Yang Terpisah Melalui 2 Kehidupan Penuh Tipu Muslihat

0

Drama IN COLD BLOOD yang juga dikenali dengan tajuk lain “THE TWO SISTERS”, merupakan salah satu drama Korea KBS2 yang telah ditayangkan sejak 22 Januari baharu ini.

IN COLD BLOOD bergenre melodrama berkisah kekeluargaan ini mengisahkan sepasang adik-beradik yang terpaksa dipisahkan kerana kemiskinan keluarga yang dialami semasa kecil.

IMG 1779

Drama IN COLD BLOOD membawa genre percintaan, drama, kekeluargaan dan pelbagai isu konflik. Bagi anda yang sukakan drama tentang kekeluargaan, maka drama IN COLD BLOOD boleh menjadi pilihan.

Kisah drama kekeluargaan yang penuh dengan tipu muslihat ini merupakan antara drama keluarga 2024 yang memang wajib anda tonton.

Jadi, kepada anda yang ingin mengetahui kisah drama IN COLD BLOOD, berikut dibawah ini adalah sinopsis drama IN COLD BLOOD beserta senarai pelakonnya.

 

Tarikh Ditayangkan:  22 Januari 2024
Jumlah Episod: 103 episod (40 minit)
Hari Tayangan: Isnin-Jumaat
Platform: KBS2, Viki, Kocowa, Bilibili

Drama IN COLD BLOOD mengisahkan dua beradik yang terpisah dengan kehidupan berbeza. Drama ini berlatarkan Korea pada masa lalu yang penuh dengan konflik dan rahsia gelap.

In cold blood

Lee Hye Won tinggal bersama bapanya, dan Lee Hye Ji tinggal bersama ibunya.
Kehidupan mereka mengambil jalan yang berbeza. Sebagai anak pertama, Hye Won adalah seorang gadis yang hidup dalam kemewahan dan kekayaan. Dia dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan kebaikan dan kasih sayang.

Namun, di sebalik segalanya, ada rahsia besar yang akan mengubah hidupnya selamanya. Dan apabila dia membesar, Hye Won kelihatan sempurna, tetapi dia membawa parut emosi. Kehidupannya dikuasai oleh ibu tirinya. Tunangnya ialah Yoon Ji Chang, dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Yoon Ji Chang ialah anak kepada Yoon Yi Cheol, pemilik JY Group. Jadi, kemewahan tidak menggembirakannya.

Tidak seperti kakaknya, Hye Ji hidup dalam kemiskinan, kesunyian, dan keganasan rumah tangga kerana ibu dan bapa tirinya. Dia dibesarkan dalam persekitaran setinggan yang penuh dengan keganasan. Sehinggalah, takdir berkata sebaliknya apabila dia terlibat dalam dunia jenayah yang menyebabkan dia terpaksa bertarung untuk terus hidup.

Apabila dewasa, Hye Ji benar-benar ingin mengubah hidupnya dan menggunakan nama baharu Bae Do Eun. Dia kemudian bertemu dengan Yi Cheol, pemilik JY Group. Untuk memulakan semula hidupnya, dia mempunyai hubungan sulit dengan Yi Cheol. Kemudian, dia bertemu kakaknya, Hye Won, buat kali pertama sejak mereka masih kanak-kanak.

Kisah dua beradik yang terpisah ini akan saling bersambung apabila akhirnya mereka bertemu dalam kejadian tragis yang membuatkan mereka terpaksa berdepan dengan kisah silam. Konflik dan perbezaan hidup mereka akan menjadi fokus utama dalam drama IN COLD BLOOD ini.

Drama ini juga memaparkan bagaimana hubungan kekeluargaan boleh mempengaruhi hala tuju kehidupan seseorang. Drama IN COLD BLOOD bakal menjanjikan sebuah kisah yang penuh dengan emosi, konflik dan rahsia gelap. Dengan pelakon yang handal dan jalan cerita yang menarik untuk ditonton.

Senarai pelakon dalam drama IN COLD BLOOD

IMG 1778

1. Lee So Yeon dalam drama ini memegang watak Lee Hye Won (watak utama)
2. Ha Yun Joo dalam drama ini memegang watak Lee Hye Ji atau Bae Do Eun (watak utama)
3. Oh Chang Seok dalam drama ini memegang watak Baek Sung Yoon (watak utama)
4. Jang Se Hyun dalam drama ini memegang watak Yoon Ji Chang (watak utama)
5. Park Shin Woo dalam drama ini memegang watak Lee San Deul (watak utama)
6. Jung Chan dalam drama ini memegang watak Yoon Yi Cheol (watak utama)
7. Yoo Ji Yeon dalam drama ini memegang watak Kim Sun Kyung (ibu tiri Hye Won)
8. Yang Hye Jin dalam drama ini memegang watak Oh Soo Hyang (ibu Ji Chang)
9. Son Ye Ji dalam drama ini memegang watak Lee Hye Sung
10. Jung Hye Sun dalam drama ini memegang watak Kim Myung Ae (Nenek Ji Chang atau Pengerusi YJ Group)
11. Yoo Tae Woong dalam drama ini memegang watak Lee Min Tae (bapa Hye Won & Hye Ji)
12. Kim Ye Ryung dalam drama ini memegang watak Lee Min Sook (adik Min Tae)
13. Jung Soo Young dalam drama ini memegang watak Yoon Yi Ra (kakak Yi Cheol dan pengarah YJ Group)
14. Yoon Bok In dalam drama ini memegang watak Pi Young Joo (ibu kandung Hye Won dan Hye Ji)
15. Kang Sung Jin dalam drama ini memegang watak Bae Jang Goon (suami Young Joo)
16. Hyun Chul Ho dalam drama ini memegang watak Encik Kim (setiausaha Yi Cheol)

IN COLD BLOOD menjanjikan pengalaman yang tegang dan memukau dengan jalan cerita yang penuh dengan kejutan. Jangan ketinggalan menontonnya ya gais.

Baca lagi: 5 Pelakon Korea ini Pernah Bawa Watak Manusia dengan Kuasa Luar Biasa, Siapa Anda Paling Suka?
Baca juga: 4 Watak Perempuan Perampas dalam Kdrama Januari 2024, Kejahatan Makan Diri