Home Artis Korea 5 Pelakon Korea ini Pernah Bawa Watak Manusia dengan Kuasa Luar Biasa,...

5 Pelakon Korea ini Pernah Bawa Watak Manusia dengan Kuasa Luar Biasa, Siapa Anda Paling Suka?

0

Tema manusia dengan kuasa luar biasa dalam drama Korea memang selalunya berjaya menarik perhatian ramai kerana watak-watak mereka yang serba unik.

Drama yang menampilkan pelakon korea dengan watak manusia luar biasa lebih memikat dengan sentuhan fantasi dan juga sains fiksyen.

Berikut ini adalah 5 orang pelakon korea lelaki terkenal yang pernah membawa watak manusia luar biasa dalam drama Korea yang mereka bintangi.

 

1. Ryu Seung Ryong

1004c243 b2db 4f48 a68c 0497aeb69e75Ryu Seung Ryong lahir di Seocheon, pada 29 November 1970. Dalam drama siri popular yang sangat mendapat sambutan iaitu Moving (2023), Ryu Seung Ryong membawa watak sebagai Jang Joo Woon iaitu bapa kepada Jang Hee Soo yang dibawa oleh Go Yoon Jung. Jang Joo Woon adalah watak yang mempunyai kekuatan fizikal yang luar biasa dan boleh bertarung tanpa henti kerana dia mempunyai kuasa untuk memyembuhkan kecederaannya sendiri. Tubuhnya tidak akan cedera walau seteruk mana pun dia diserang.

Baca juga: Kdrama Disember 2023: 12 Pelakon Korea Ini Tampilkan Adegan Aksi Memukau

2. Jo Bok Rae

361e2e82 ddc2 49dd bce2 373a882087ccJo Bok Rae lahir pada 18 Julai 1986. Pelakon lelaki Korea Jo Bok Rae muncul sebagai cameo, kemunculan istimewa dengan watak kecil yang sangat diingati dalam drama Moving. Dia muncul dalam episod 13 dan membawa watak sebagai Park Chan Il yang mempunyai kuasa sangat luar biasa. Dalam drama Moving, wataknya digambarkan boleh bergerak dengan sangat pantas dan kekuatan fizikalnya mampu menandingi Jang Joo Woon (Ryu Seung Ryong).

Baca lagi: 15 Pelakon Korea Yang Dikecualikan Daripada Perkhidmatan Tentera

3. Yoo Seung Ho

7e663525 3f52 4124 98e7 51472deb12b8Pelakon ini dilahirkan pada 17 Ogos 1993. Yoo Seung Ho membawa watak sebagai Dong Baek dalam Memorist (2020). Dia ialah seorang detektif yang sangat berbakat dan dia mampu menyelesaikan kes pembunuhan bersiri. Bakat luar biasa Yoo Seung Ho adalah dia boleh membaca ingatan orang lain, dia menggunakan kuasa luar biasanya itu semasa menjalankan penyiasatan. Kuasanya itu menyebabkan dia cepat rasa simpati dan empati terhadap para mangsa dengan merasakan penderitaan mereka.

Baca juga: 12 Pelakon Korea Yang Diberi Jolokan “Sexy Villain” Dalam Drama Korea

4. Taecyeon 2PM

a115a9cf 68e4 40d5 ba9d d53cc20abbc4Taecyeon lahir pada 27 Disember 1988. Pelakon ini membintangi The Game: Towards Zero (2020) sebagai Kim Tae Pyung. Dia mempunyai kebolehan luar biasa iaitu boleh meramal kematian seseorang hanya dengan menatap mata mereka. Taecyeon lahir dengan kuasa dapat melihat saat-saat terakhir sebelum seseorang meninggal dunia. Dia juga mendapat penglihatan tentang kematian dirinya sendiri.

Baca juga: 11 Pelakon Korea Ini Bawa Watak Makhluk Bukan Manusia dalam Kdrama 2023

5. Jinyoung GOT7

Pelakon koreaPelakon popular ini dilahirkan pada 22 September 1994. Jinyoung GOT7 membintangi He Is Psychometric (2019) sebagai Lee Ahn yang mempunyai kebolehan luar biasa iaitu mampu membaca rahsia seseorang atau sesuatu benda dengan sentuhan. Namun, dia tidak dapat menguasai kuasanya sepenuhnya dan dia selalu menghadapi masalah. Jinyoung mempelajari wataknya itu dengan tekun untuk menggambarkan kebolehan watak tersebut dengan tepat menggunakan cara semulajadi dan lebih realistik.

Selain 5 pelakon ini, masih terdapat ramai lagi pelakon lain yang pernah membawakan watak-watak manusia dengan kuasa luar biasa dalam drama Korea. Walau bagaimanapun, watak-watak mereka ini dianggap sangat ikonik dan berbekas di hati hingga sekarang. Sudahkah anda menonton drama-drama yang membawa tema manusia luar biasa ini?

Baca lagi: 4 Watak Perempuan Perampas dalam Kdrama Januari 2024, Kejahatan Makan Diri
Baca juga: 10 Pelakon Korea yang Kecap Populariti Selepas Muncul Sebagai Second Lead dalam Kdrama 2023