Home Artis Korea 11 Pelakon Korea Ini Bawa Watak Makhluk Bukan Manusia dalam Kdrama 2023

11 Pelakon Korea Ini Bawa Watak Makhluk Bukan Manusia dalam Kdrama 2023

0

Pelakon Korea terkenal Song Kang mencuri perhatian para peminat Kdrama melalui penampilannya dalam dua buah Kdrama di akhir tahun 2023 ini. Kedua-dua drama siri Korea tersebut adalah My Demon dan Sweet Home musim 2.

Menariknya, watak-watak yang dibawa oleh pelakon Korea ini dalam kedua-dua Kdrama ini adalah watak makhluk yang bukan manusia.

Selain Song Kang, ada beberapa orang pelakon Korea lain yang membawa watak bukan manusia dalam berbagai-bagai drama Korea terbaru.

Contohnya adalah pelakon-pelakon Korea berikut ini. Siapakah mereka?

 

662e6f81 7f76 4b36 9caf 9bfb977b76851. Dalam My Demon, Song Kang menjadi iblis yang kehilangan kuasa. Sementara itu, dia membawa watak raksasa dalam Sweet Home musim 2

 

111e120a 2533 4090 a2d3 81089c8adc012. Pelakon Korea muda kacak Kim Young Dae membawa watak berganda dalam Moon in the Day. Salah satu wataknya adalah sebagai roh yang tinggal di bumi selama lebih dari 1500 tahun

 

3aa066b0 5b7a 4f27 9b8e d0077966bf563. Lee Jin Wook dalam Sweet Home musim 2 membawa watak sebagai lelaki misteri yang berubah menjadi raksasa dalam situasi yang menakutkan

 

06578977 5dd5 48d5 ad5f 5fc0529fe6984. Kim Nam Gil tampil memukau dalam drama siri Island dengan wataknya sebagai iblis yang kesepian dan menanti kekasihnya untuk dilahirkan semula

 

6a347c4f f88a 4ce8 9aaf 0ff1141a66dd5. Sung Joon dalam drama siri yang sama iaitu Island juga turut membawaa watak sebagai iblis. Namun, wataknya digambarkan jahat dan sangat membenci manusia

 

4924b771 63cc 4903 b5c9 e56082c170a46. Watak yang dibawa oleh Choi Tae Joon dalam Island adalah iblis yang mencari organ manusia kerana dia dipaksa memindahkan ginjalnya

 

18bc400f bb65 480c 9887 bac55a585cc87. Lee Dong Wook kembali dengan wataknya sebagai gumiho lelaki yang hanya mencintai seorang gadis sahaja dalam Tale of the Nine Tailed 1938

 

220e1019 0841 462c 8545 16b0f17e20908. Kim Bum membawa watak sebagai adik Lee Dong Wook dalam drama siri yang sama iaitu Tale of the Nine Tailed 1938. Wataknya adalah gumiho yang jatuh cinta pada puteri duyung

 

Pelakon korea

9. Lee Hyun Woo membawa watak sebagai guru sejarah yang mempunyai identiti asal sebagai dewa gunung dalam drama siri A Good Day to be a Dog

 

dc6adf2e 6eab 468c a313 e1e5f490661610. Lakonan hebat Ok Taecyeon sebagai vampire yang baru bangun dari tidur selama hampir seabad boleh anda tonton dalam drama siri Heartbeat

 

Kdrama11. Selepas muncul sebagai sad boy dalam Daily Dose of Sunshine, pelakon Korea Jang Dong Yoon muncul sebagai pari-pari cinta yang sukakan manusia dalam drama siri My Man is Cupid

Semua sebelas orang pelakon Korea yang tersenarai di atas berjaya tampil memberi persembahan yang meyakinkan sewaktu membawa watak sebagai makhluk bukan manusia. Sebahagian besar dari mereka perlu mengenakan makeup effect yang tebal untuk watak mereka.

Baca lagi: Im Siwan menjadi Budak Kampung yang Naif dan Kelakar dalam “Boyhood”
Baca juga: 7 Makhluk Supernatural Kdrama 2023, Jatuh Cinta dengan Manusia