Home Artis Korea 12 Pelakon Korea Yang Diberi Jolokan “Sexy Villain” Dalam Drama Korea

12 Pelakon Korea Yang Diberi Jolokan “Sexy Villain” Dalam Drama Korea

0

Siapakah “Sexy Villain” dalam drama Korea yang menjadi kegemaran anda?

Bagi seseorang pelakon, pemilihan watak untuk dilakonkan amat penting untuk kelangsungan kerjayanya. Jika mereka hanya memilih watak biasa, maka kemahiran lakonan mereka hanya terhad dan terbatas disitu sahaja.

Oleh itu, pelakon amat menyukai cabaran melakonkan watak yang dapat menyerlahkan kemahiran lakonan mereka. Peranan penjahat atau watak antagonis sering dicari, kerana ia dianggap dapat membantu mereka meneroka kemahiran lakonan mereka.

Memainkan watak orang jahat, beberapa pelakon Korea ini sebenarnya mendapat jolokan “Sexy Villain” yang menawan dan kacak. Siapakah pelakon ini?

 

Sexy villain

1. Sebagai penjahat dalam “My Love from the Star”, Shin Sung Rok memenangi anugerah Hot Star Awards dari Korea Drama Awards 2014

 

IMG 6465

2. Sering membawa watak seorang lelaki yang baik hati, namun peranan antagonis Yo Seung Ho dalam drama “Korea Missing You” berjaya membuatkan penonton kagum

 

IMG 6466

3. Hanya sebagai cameo, peranan Gong Yoo dalam “Squid Game” membuatkan anda marah namun juga mengaguminya. Contoh “Sexy Villain” yang semakin tampan walaupun usianya meningkat

 

IMG 6467

4. Memainkan dua peranan sebagai watak kembar pembunuh dalam “You Are My Spring”, walaupun agak psiko, watak Yoon Park sebenarnya digemari penonton

 

IMG 6468

5. Sering dirujuk sebagai pelakon yang pakar dalam watak jahat, Ji Il Woo sebenarnya mempunyai personaliti yang baik dan sukar dibenci.

 

IMG 6469

6. Lakonan jahatnya dalam “The World of Married” dan “My Name” tidak menakutkan peminat, malah Lee Hak Joo digelar “Sexy Villain”!

 

IMG 6470

7. Penonton pernah dikejutkan dengan watak psikopat Lee Dong Wook dalam “Strangers From Hell”. Walaupun begitu, watak itu masih sukar untuk dibenci

 

IMG 6471

8. Kim Ji Hoon juga digelar “Sexy Villain” menerusi wataknya sebagai Baek Hee Sung dalam “Flower of Evil”

 

IMG 6472

9. Jika penjahat itu ialah Kim Jae Wook, adakah anda pasti anda tidak terpesona? Dalam drama “Voice” dia melakonkan watak jahat!

 

IMG 6473

10. Adakah anda masih ingat watak Jang Han Seok dalam “Vincenzo”? Teacyeon 2PM berjaya menghidupkan watak penjahat yang dilakonkannya dengan begitu berkesan sekali

 

IMG 6474

11. Peranan Ahn Bo Hyun dalam drama “Itaewon Class” membuatkan penonton berang. Walaupun dia seorang antagonis, daya tarikan pelakon ini sukar untuk ditolak penonton

 

IMG 6476

12. Siapa yang tidak akan terpesona dengan senyuman manis Byeon Woo Seok? Lakonannya sebagai watak villain dalam drama “Strong Girl Nam Soon” sememangnya sukar untuk dibenci walaupun banyak kejahatan yang dilakukannya

Watak dalam drama dan kehidupan sebenar tentunya sangat berbeza. Jolokan “Sexy Villain” juga diberikan kepada pelakon yang berlakon antagonis, namun masih mempunyai daya tarikan tersendiri.

Dari 11 pelakon diatas, siapakah watak villain kegemaran anda?

Baca lagi: Umur Sebenar 12 Pelakon Bawa Watak Pelajar Sekolah dalam Boyhood, Umur Dewasa Tapi Awet Muda
Baca juga: 12 Villain Paling Menyakitkan Hati dalam Kdrama 2017, Masih Ingatkah Anda?