Home Kdrama/Kmovie 7 Permaisuri Paling Kejam dalam Kdrama Sageuk, Jahat dan Berhati Iblis

7 Permaisuri Paling Kejam dalam Kdrama Sageuk, Jahat dan Berhati Iblis

0

Watak permaisuri paling kejam dalam drama Korea sageuk biasanya jatuh pada Bonda Permaisuri (Queen Dowager) atau bekas permaisuri dan juga gundik yang naik pangkat menjadi permaisuri.

Salah satu keunikan dan daya penarik untuk drama sageuk adalah kemunculan watak-watak antagonis yang biasanya sangat berkuasa dalam istana. Hanya kerana perebutan kuasa yang sengit, mereka yang tidak mahu kehilangan pengaruh dan mereka sanggup meraih kuasa dengan melakukan aksi-aksi mengerikan dan penuh kejahatan seperti mencipta fitnah, manipulasi, dan sanggup juga membunuh.

Berikut ini adalah beberapa watak permaisuri paling kejam yang pernah ditampilkan dalam drama Korea sageuk.

 

1. Permaisuri Hee-Bin – Dong Yi

Permaisuri paling kejamPermaisuri Hee-bin atau Jang Ok-jeong (Lee So-yeon) awalnya adalah seorang gundik pangkat bawahan yang terus naik pangkat hingga akhirnya menjadi permaisuri selepas permaisuri sebelumnya disingkirkan. Namun selepas raja mengambil gadis baru untuk dijadikan gundik, Hee-bin mula merasa kedudukannya terancam.

Dia menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan saingannya. Bukan hanya itu, Hee-bin sudah melakukan banyak kejahatan dan kekejaman sebelum dia menjadi permaisuri, semuanya dilakukan untuk naik takhta sebagai permaisuri.

 

2. Permaisuri Cho – Kingdom

f801814e 49cc 421c 853b 5076ad8deb0aSama seperti Hee-bin, Permaisuri Cho (Kim Hye-jun) pada awalnya juga adalah seorang gundik. Dia dinaikkan pangkat menjadi isteri raja yang bergelar permaisuri dan berusaha menjadikan anak lelakinya sebagai pengganti Putera Mahkota Lee Chang (Ju Ji-hoon) yang merupakan watak utama dalam siri ini.

Permaisuri Cho mempunyai sifat yang sama dengan ayahnya iaitu Cho Hak-ju (Ryu Seung-ryong) ketua penasihat istana yang memasang angan-angan mahu naik takhta sebagai raja dan menguasai istana. Dia mampu memanipulasi, menyusun rancangan untuk melakukan pemberontakan, termasuk melakukan pembunuhan.

 

3. Bonda Permaisuri Kang – The Last Empress

8a0d6ba0 afce 49ba 87ea d709667c60dfBonda Permaisuri Kang (Shin Eun-kyng) merupakan bonda kepada raja yang memerintah iaitu Raja Lee Hyuk (Shin Sung-rok). Dia adalah wanita yang mempunyai pengaruh yang kuat di istana dan sangat bersikap melindungi kuasanya.

Sebab itulah dia tidak menyukai Oh Sunny (Jang Na-ra), penyanyi yang dikahwini oleh anaknya. Dia menggunakan Sunny untuk rancangan gilanya. Sunny mengetahui perkara itu dan berusaha untuk memperbaiki keadaan dengan menghancurkan orang-orang yang berbuat jahat padanya.

 

4. Bonda Permaisuri – Moon Embracing The Sun

b3e2098e 4251 4a61 9999 414ad067ff2fNenek raja yang jahat ini adalah Bonda Permaisuri yang dilakonkan oleh Kim Young-ae. Watak ini adalah watak antagonis yang sangat dibenci, dia berusaha membunuh seorang putera raja supaya dapat meletakkan keluarganya sebagai permaisuri. Untuk menjalankan rancangan jahatnya itu, dia bekerjasama dengan salah seorang pegawai kerajaan tertinggi di istana.

 

5. Bonda Permaisuri – The Crowned Clown

PermaisuriBonda Permaisuri (Jang Young-nam) terlibat dalam berbagai-bagai konspirasi yang membuatkan Raja Yi Heon (Yeo Jin-goo) akhirnya mengupah orang lain yang penampilannya mirip dengannya untuk menggantikan tempatnya sebagai raja. Lelaki yang diupah tersebut sebenarnya lebih bijak daripada raja yang sebenar. Bonda Permaisuri akhirnya mendapat pembalasan setimpal selepas melakukan banyak kekejaman bersama dengan sekutu-sekutu jahatnya.

 

6. Bonda Permaisuri Sunwon – Mr. Queen

Permaisuri kejamBonda Permaisuri (Bae Jong-ok) merupakan salah satu watak paling jahat dalam Mr. Queen. Dia sanggup membunuh anaknya sendiri demi mempertahankan pengaruhnya di istana.

 

7. Bonda Permaisuri – Under The Queen’s Umbrella

Permaisuri paling kejamBonda Permaisuri (Kim Hae Sook) adalah watak antagonis yang paling jahat dan kejam dalam drama Under the Queen’s Umbrella. Segala tipu muslihat dan kejahatan dilakukannya untuk mempertahankan takhta. Bonda Permaisuri kalah melawan kebijaksanaan Permaisuri Im Hwa Ryeong (Kim Hye Soo). Tidak sanggup dihukum oleh sesiapa pun dan tidak mahu melepaskan takhtanya, Bonda Permaisuri memutuskan untuk bunuh diri.

Demikian sahaja 7 watak permaisuri paling kejam dalam drama Korea sageuk. Kemunculan watak-watak ini sangat dibenci oleh penonton, tapi pada masa yang sama para penonton juga tertunggu-tunggu penampilan mereka pada setiap minggu sewaktu drama-drama ini ditayangkan.

Watak-watak antagonis permaisuri paling kejam ini memang merupakan nilai tambah untuk kejayaan drama-drama tersebut. Siapakah permaisuri paling kejam pada pandangan mata anda?

Baca lagi: Park Shin Hye Muncul Sebagai Antagonis dalam The Judge From Hell, Drama Baru Selepas Doctor Slump
Baca juga: 8 Filem Seram Tentang Kejahatan Seorang Ibu