Home Kdrama/Kmovie 3 Kdrama Januari 2024, Bawa Kisah Jatuh Cinta dengan Sahabat Lama

3 Kdrama Januari 2024, Bawa Kisah Jatuh Cinta dengan Sahabat Lama

0

Kdrama Welcome to Samdal-ri tamat pada 21 Januari 2024. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan Cho Sam Dal (Shin Hye Sun) yang bertemu kembali dengan Cho Yong Pil (Ji Chang Wook), bekas kekasihnya, sewaktu dia pulang ke kampung halaman di Jeju.

Kisah cinta mereka juga sangat fenomenal dan banyak dibicarakan di kampung itu. Tambahan pula, sebab mereka putus menjadi misteri sedangkan kedua-duanta tampak masih saling cinta.

Bukan hanya Welcome to Samdalri, dua kdrama lain ini yang ditayangkan pada bulan Januari 2024 mengisahkan tentang jatuh cinta dengan sahabat lama.

 

1. Welcome to Samdalri

5c3e2c80 9963 4801 a293 c03915f04ffeCho Sam Dal (Shin Hye Sun) dan Cho Yong Pil (Ji Chang Wook) dalam kdrama Welcome to Samdal-ri merupakan sahabat dari kecil. Ibu mereka bersahabat dan hamil pada waktu yang sama. Begitu juga dengan Cho Sam Dal dan Cho Yong Pil yang seolah-olah tidak boleh dioisahkan hingga mereka bercinta.

Walau begitu, mereka sudah putus 8 tahun yang lalu dan langsung tidak pernah bertemu. Cho Sam Dal menyibukkan diri mengejar kerjaya sebagai juru gambar di Seoul. Dia berjaya muncul sebagai salah seorang juru gambar ternama yang karyanya sangat dipuja-puja. Namun, dia terperangkap dengan skandal di tempat kerja dan menyebabkan kerjayanya musnah.

Bukan hanya itu, rumahnya juga dikunjungi ramai wartawan hingga dia tidak mendapat privasi. Akhirnya, Cho Sam Dal memutuskan untuk pulang ke kampung halaman.

Baca juga: Marry My Husband Mengungguli Carta, Berikut 10 Kdrama Terbaik Pada Minggu Ini

Sementara itu, Cho Yong Pil merupakan ahli kani cuaca di Jabatan Meteorologi Jeju. Dia sangat bagus dalam pekerjaannya dan dia mendapat tawaran untuk berpindah ke pusat kawalan cuaca. Namun, Cho Yong Pil selalu menolak tawaran tersebut kerana dia ingin tinggal di Jeju.

Cho Sam Dal yang pulang ke kampung bertemu lagi dengan Cho Yong Pil. Mereka berjuang dengan kisah cinta yang bersemi sekali lagi, sekaligus bersama-sama mencari cara untuk mengatasi penyebab utama mereka putus dahulu.

Baca juga: Song Joong Ki Bakal Kembali Membintangi Kdrama Baharu

2. Doctor Slump

6e60657d 0253 4a44 b85f 0be1e3311cecKdrama Doctor Slump akan ditayangkan pada 27 Januari 2024 akan datang. Drama ini merupakan drama yang menampilkan gandingan antara Park Hyung Sik dan Park Shin Hye yang pernah membintangi The Heirs (2013). Selain itu, Doctor Slump juga merupakan drama pertama Park Shin Hye selepas dia berkahwin dan melahirkan anak.

Kdrama Doctor Slump merupakan drama Korea yang membawa genre romcom yang mengisahkan tentang kehidupan dua orang doktor yang berada di titik terendah dalam kehidupan mereka. Yeo Jung Woo (Park Hyungsik) merupakan doktor bedah plastik terkenal.

Namun, hidupnya berubah selepas mengalami insiden perubatan yang misteri.
Nam Ha Neul (Park Shin Hye) merupakan pakar bius yang mengalami sindrom kepenatan. Dia juga menyedari selama ini dia terlalu sibuk bekerja dan tidak pernah berehat. Waktu itulah, Nam Ha Neul bertemu dengan Yeo Jung Woo yang merupakan musuhnya semasa di sekolah dahulu.

Baca juga: Penampilan 3 Pelakon Lelaki ini Paling Dinantikan dalam Kdrama 2024, Peminat Dah Tak Sabar

3. Like Flower in Sand

KdramaKdrama Like Flower in Sand akan tamat pada 25 Januari 2024. Drama ini mengisahkan tentang perjuangan atlet ssireum untuk bangkit dari kegagalan. Dia adalah Kim Baek Du (Jang Dong Yoon) yang berniat untuk pencen sebelum ini.

Kim Baek Du bertemu dengan kawan masa kecilnya, Oh Yu Gyeong (Lee Moo Young). Oh Yu Gyeong merupakan ketua untuk pasukan pengurusan ssireum yang nyaris-nyaris dibubarkan. Pertemuan itu membuatkan mereka kembali berjuang demi cinta dan cita-cita.

Tiga drama Korea yang tayang pada bulan Januari 2024 di atas mengisahkan tentang kisah jatuh cinta dengan kawan lama. Selepas lama tidak bertemu, mereka saling membantu dan berjuang bersama untuk bangkit dari kegagalan mereka.

Baca lagi: Filem dari Webtoon popular “Omniscient Reader” Telah Memulakan Sesi Pembacaan Skrip Pertama
Baca juga: Menggamit Memori, Filem dan Drama Mendiang Lee Sun Kyun Yang Boleh Ditonton di Viu