Home Artis Korea Penampilan 3 Pelakon Lelaki ini Paling Dinantikan dalam Kdrama 2024, Peminat Dah...

Penampilan 3 Pelakon Lelaki ini Paling Dinantikan dalam Kdrama 2024, Peminat Dah Tak Sabar

0

Pada tahun 2024 ini, industri perfileman dan drama Korea Selatan kembali menghasilkan pelbagai karya menarik. Bukan hanya itu sahaja, beberapa orang pelakon lelaki terkenal Korea Selatan akan mewarnai dunia drama Korea yang akan ditayangkan pada tahun 2024 ini.

Beberapa orang pelakon lelaki ini sudah cukup lama tidak melakukan kemunculan dalam dunia lakonan, kali ini mereka bakal menyinari tahun 2024 dengan persembahan mereka.

Baca juga: 12 Watak Paling Ikonik Lee Dong Wook, Antara Pelakon Lelaki Paling Menawan di Korea

Berikut ini adalah 3 orang pelakon lelaki terkenal yang paling ditunggu-tunggu kemunculannya pada tahun ini:

 

1. Kim Soo Hyun

IMG 1278

Pelakon Korea yang akan membuat kemunculan pada tahun 2024 ini ialah Kim Soo Hyun. Pelakon lelaki yang dilahirkan pada 16 Februari 1988 tersebut akan membintangi drama yang membawa genre melodrama yang bertajuk Queen of Tears bersama pelakon wanita cantik Kim Ji Won.

Drama dari tvN tersebut dikhabarkan akan ditayangkan pada bulan Mac 2024 akan datang. Queen of Tears mengisahkan tentang Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) dan Hong Hae In (Kim Ji Won) yang merupakan pasangan suami isteri yang sedang menghadapi krisis.

IMG 1277Baek Hyun Woo bekerja sebagai pengarah undang-undang untuk Queens Group, manakala Hong Hae In merupakan anak kepada keluarga chaebol yang memiliki Queens Group.

Queen of Tears merupakan drama yang menyaksikan kemunculan semula Kim Soo Hyun dalam dunia lakonan selepas kali terakhir membintangi drama One Ordinary Day (2021) 3 tahun yang lepas.

 

2. Lee Min Ho

IMG 1273

Lee Min Ho yang kini berusia 36 tahun terakhir kali membintangi drama The King: Eternal Monarch(2020) dan bermakna sudah empat tahun dia tidak menemui para peminat melalui projek lakonan.

Pada tahun 2024 ini, Lee Min Ho akan tampil dalam drama komedi romantik yang bertajuk Ask the Stars bersama pelakon jelita Gong Hyo Jin. Siri ini mengikuti perjumpaan nasib seorang pelancong angkasa dan angkasawan di stesen angkasa. Ia adalah jadual untuk tayangan di tvN.

Pelakon lelaki

Ask The Stars akan menampilkan kisah tentang Eve Kim (Gong Hyo Jin), seorang angkasawan wanita yang berketurunan Korea-Amerika dan Gong Ryong (Lee Min Ho) iaitu doktor OBGYN yang muncul sebagai ‘pelancong luar angkasa’. Kedua-duanya bertemu secara tidak sengaja ketika Gong Ryong sedang menikmati masanya sebagai pelancong luar angkasa.

 

3. Park Bo Gum

IMG 1276

Telah menyelesaikan latihan wajib ketenteraan pada Februari 2022, Park Bo Gum kembali ke industri hiburan Korea Selatan dengan pelbagai aktiviti seperti menjadi MC dan juga terlibat dalam kempen untuk jenama-jenama fesyen. Kemunculannya dalam dunia lakonan sangat dirindui oleh para peminat setia dan memang dinanti-nantikan.

Pada tahun 2024 ini, Park Bo Gum akan membintangi drama bertajuk You Have Done Well (tajuk sementara). Dipetik dari My Drama List, drama ini menceritakan tentang Ae Soon (IU) yang dikenali sebagai seorang gadis yang ceria dan positif namun suka memberontak. Dia bercita-cita mahu menjadi seorang penyair walaupun dia tidak bersekolah.

IMG 1275Dalam diam, pesona Ae Soon membuatkan Gwan Shik (Park Bo Gum) menaruh perasaan terhadap gadis tersebut dan dia sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menunjukkan rasa cintanya pada Ae Soon.

Walau belum ada tarikh tayangan rasmi tentang penayangannya, projek lakonan ini akan merupakan kemunculan Park Bo Gum yang sangat dinantikan selepas kali terakhir membintangi drama Record of Youth pada tahun 2020.

Kita sabar sahaja menunggu tayangan drama-drama baru dari mereka bertiga ya! Nantikan maklumat lanjut tentang drama-drama ini tidak lama lagi.

Baca lagi: Marry My Husband Mengungguli Carta, Berikut 10 Kdrama Terbaik Pada Minggu Ini
Baca juga: 7 Pelakon Lelaki Kdrama Paling Popular Menurut MyDramaList