Home Artis Korea 12 Watak Paling Ikonik Lee Dong Wook, Antara Pelakon Lelaki Paling Menawan...

12 Watak Paling Ikonik Lee Dong Wook, Antara Pelakon Lelaki Paling Menawan di Korea

0

Lee Dong Wook merupakan salah seorang pelakon popular Korea Selatan yang telah memulakan kerjaya lakonannya sejak tahun 1999. Pelakon yang dilahirkan pada tahun 1981 ini memulakan debut lakonannya melalui drama School 2 (1999) dengan membawa watak sebagai pelakon pembantu.

Sudah berkecimpung dalam dunia seni selama 25 tahun, Lee Dong Wook telah membintangi banyak drama dan filem Korea. Pelakon ini sudah membawa pelbagai watak dalam drama dan filem yang dibintanginya.

Berikut ini adalah beberapa watak yang paling ikonik yang pernah dibawa oleh Lee Don Wook.

 

777296bf e893 463e acd0 1fe3994329521. Lee Dong-wook membawa watak sebagai Park Moo Yeol dalam drama Wild Romance (2012). Dia adalah seorang pemain besbol yang sangat berbakat

 

 

1ebcc0d0 4be8 46be bcb4 b3627ebd26bf2. Dalam drama Hotel King (2014) Lee Dong-wook adalah seorang pengemis yang tiba-tiba menjadi kaya raya dan bekerja sebagai pengurus HOTEL CIEL

 

 

c851c53b 260b 482f 999f 6efe4ca22d343. Bergandingan dengan Shin Se Kyung, Lee Dong-wook membawa watak sebagai seorang CEO syarikat permainan video yang sangat sombong dalam drama fantasi Blade Man (2014)

 

 

c0c4c3a1 fed9 4729 ba90 d4d12fb364a94. Wajahnya akan berubah setiap kali dia bangun tidur dalam filem Beauty Inside (2015), Lee Dong-wook membawa watak sebagai seorang pereka perabot

 

 

68ffb90f 2553 46d8 be67 acdfa26e1fa15. Lee Dong-wook membawa watak sebagai seorang pengarah di sebuah hospital dan dia mempunyai hubungan terlarang dengan adik tirinya dalam drama Bubble Gum (2015)

 

 

af00e89e f799 4762 81ad 1e7ac980e60f6. Lee Dong-wook membawa watak sebagai malaikat maut dalam drama Goblin (2016). Dia sanggup menyimpan duit selama bertahun-tahun untuk membeli rumah mewah impiannya

 

 

5313cc7b 2870 4d01 ae6a 1426c8cf2f997. Dalam drama siri Life (2018), Lee Dong-wook membawa watak sebagai doktor jabatan kecemasan. Dia berebut kuasa dengan CEO hospital di sana

 

 

82469cf4 c355 411c bbba f791352b9966

8. Kembali bergandingan dengan Yoo In Na selepas bersama-sama berlakon dalam Goblin, kali ini Lee Dong-wook membawa watak sebagai seorang peguam dalam drama Touch Your Heart (2019)

 

 

8877e6d5 6543 44ea afa4 ecdb91c195e79. Lee Dong-wook membawa watak sebagai Yong Jin, CEO Hotel Emross yang sangat obses dengan nombor genap dalam filem A Year-End Medley (2021)

 

 

95cf7b7b a463 4249 8810 c3bf3e1681e510. Dalam drama Bad and Crazy (2021) Lee Dong-wook membawa watak sebagai detektif yang sangat hebat, tapi sangat materialistik. Dia menampilkan bromance bersama Wi Ha Joon

 

 

89372d8e 3241 4b8c add3 c9da021b9b5c11. Bekerja sebagai seorang pensyarah, Lee Dong Wook sangat menikmati hidup bersendirian sebagai seorang lelaki bujang dalam filem Single in Seoul (2023)

 

 

Lee dong wook12. Selain 11 watak yang tersenarai di atas, banyak lagi watak ikonik lain yang menampilkan lakonan hebat Lee Dong Wook, antaranya adalah sebagai seorang doktor gigi psiko dalam Strangers from Hell (2019), yang menampilkan lakonan hebatnya dengan sisi gelap yang sangar menyeramkan!

Tidak lama lagi, drama terbaru lakonan Lee Dong Wook iaitu drama A Shop for Killers akan ditayangkan. Drama tersebut akan ditayangkan pada 17 Januari 2024. Dalam drama yang diadaptasi dari novel karya Kang Ji Young ini, Lee Dong Wook bergandingan dengan Kim Hye Joon sebagai pasangan bapa saudara dan anak saudara.

IMG 0444

Baca lagi: Kenali Pelakon dan Watak “A Shop for Killers”, Bakal Menemui Anda 17 Januari 2024
Baca juga: Lee Dong Wook Tampil Dingin Dalam Drama Aksi Thriller ‘A Shop for Killers’ 17 Januari 2024