Home Artis Korea Senarai Pelakon Utama yang Membintangi Flex X Cop, Kdrama Terbaru 24 Januari...

Senarai Pelakon Utama yang Membintangi Flex X Cop, Kdrama Terbaru 24 Januari Ini

0

SBS akan menayangkan drama terbaru mereka yang bertajuk Flex X Cop. Drama ini dijadualkan tayang pada 24 Januari 2024 nanti.

Flex X Cop mengisahkan mengenai anak chaebol yang menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk menyelesaikan masalah di jabatan polis.

Flex X Cop dibintangi oleh ramai artis muda popular, seperti Ahn Bo Hyun, Park Ji Hyun, Kang Sang Jun, dan Kim Shin Bi. Jom sama-sama kita lohat profil empat pelakon utama Flex X Cop berikut ini.

 

1. Ahn Bo Hyun

Flex X Cop● Nama asal: Ahn Bo Hyun
● Watak dalam Flex X Cop: Jin Yi Soo
● Tarikh lahir: 16 Mei 1988
● Tempat lahir: Busan, Korea Selatan
● Kewarganegaraan: Korea Selatan
● Pekerjaan: Pelakon, model
● Agensi: FN Entertainment
● Tahun aktif: 2014 – sekarang
● Instagram: @bohyunahn

Nama Ahn Bo Hyun sekarang memang lebih dikenali sebagai pelakon walaupun dia memulakan kerjayanya sebagai model. Dia juga seorang bekas petinju dan mempunyai impian untuk menjadi pelakon selepas menonton Yu Oh Seong semasa membawa watak petinju. Ahn Bo Hyun debut dalam dunia lakonan melalui drama Golden Cross pada tahun 2014.

Kemudian, namanya semakin dikenali sejak dia membintangi Descendants of the Sun (2016) sebagai pelakon pembantu. Beberapa drama popular yang pernah dibintangi oleh Ahn Bo Hyun adalah Itaewon Class (2020), My Name (2021), Yumi’s Cells (2021), dan See You in My 19th Life (2023).

 

2. Park Ji Hyun

fc947001 98ff 4b1d 99cf f1aa60ca92d2● Nama asal: Park Ji Hyun
● Watak dalam Flex X Cop: Lee Gang Hyun
● Tarikh lahir: 26 November 1994
● Tempat lahir: Chuncheon, Korea Selatan
● Kewarganegaraan: Korea Selatan
● Pekerjaan: Pelakon, Model
● Agensi: Namoo Actors
● Tahun aktif: 2017 – sekarang
● Instagram: @voyavivirel

Park Ji Hyun dikenali sebagai pelakon wanita yang aktif membintangi drama dan filem hingga sekarang. Dia debut pada tahun 2017 melalui drama dan filem, iaitu Saimdang, Memoir of Colors dan The Chase. Sejak saat itu dia aktif tampil dalam drama dan filem lain.

Nama Park Ji Hyun semakin dikenali sejak dia membintangi Yumi’s Cells pada tahun 2021. Wataknya dalam drama tersebut berjaya membuatkan penonton terpukau, sehingga wataknya berbekas di hati sampai sekarang.

 

3. Kang Sang Jun

385ee6a1 0235 4589 963e 8f69c949362d● Nama asal: Kang Sang Jun
● Watak dalam Flex X Cop: Park Joon Young
● Tarikh lahir: 28 Februari 1991
● Tempat lahir: Korea Selatan
● Kewarganegaraan: Korea Selatan
● Pekerjaan: Pelakon
● Agensi: Cré Company
● Tahun aktif: 2021 – sekarang
● Instagram: @cre_sangjun.k

Kang Sang Jun ialah pelakon muda yang merupakan pendatang baru yang memulakan debutnya pada tahun 2021. Walau masih baru, tapi dia aktif membintangi berbagai-bagai drama siri.

Pada tahun 2024 ini dia terlibat dalam tiga buah projek sekaligus. Di antaranya adalah Marry My Husband, Flex X Cop, dan Doctor Slump.

 

4. Kim Shin Bi

02c80363 8c5a 4ddd adfc 401baec01a3e● Nama asal: Kim Shin Bi
● Watak dalam Flex X Cop: Choi Kyeong Jin
● Tarikh lahir: 11 Februari 1993
● Tempat lahir: Korea Selatan
● Kewarganegaraan: Korea Selatan
● Pekerjaan: Pelakon
● Agensi: Prain TPC
● Tahun aktif: 2021 – sekarang
● Instagram: @__tlsql

Kim Shin Bi juga adalah pelakon muda yang merupakan pendatang baru yang debut pada tahun 2021. Drama pertamanya adalah Taxi Driver(2021). Selepas itu dia mula terlibat dalam drama-drama popular. Di antaranya adalah Hometown (2021), Cheer Up (2022), dan Revenant (2023). Kim Shin Bi juga membintangi beberapa buah filem seperti Through My Midwinter dan Fairy pada tahun 2022.

Baca juga: Kdrama Thriller Mac 2024, “Let’s Get Grabbed by the Collar” Menampilkan Kim Ha Neul

Flex X Cop memang merupakan drama yang dinanti-nantikan. Pasti plot cerita untuk drama ini sangat menarik dan barisan pelakon utama juga sangat terkenal dan mempunyai bakat lakonan yang luar biasa.

IMG 0448

Jangan lupa untuk menonton episod perdana drama ini yang akan ditayangkan pada 26 Januari 2024 nanti ya!

Baca lagi: Siri Netflix Baru “A Killer Paradox” Bakal Tayang 9 Februari 2024
Baca juga: 12 Watak Paling Ikonik Lee Dong Wook, Antara Pelakon Lelaki Paling Menawan di Korea