Home Kdrama/Kmovie Kdrama Thriller Mac 2024, “Let’s Get Grabbed by the Collar” Menampilkan Kim...

Kdrama Thriller Mac 2024, “Let’s Get Grabbed by the Collar” Menampilkan Kim Ha Neul

0

Kdrama terbaru, Let’s Get Grabbed by the Collar adalah drama terbaru dari KBS2 yang bakal ditayangkan pada tahun 2024 ini.

Pada 10 Januari 2024, pihak KBS2 ini telah mengumumkan barisan pelakon yang membintangi drama ini yang menyaksikan Kim Ha Neul, Yeon Woo Jin, dan Jang Seung Jo bakal tampil sebagai bintang utama.

Let’s Get Grabbed by the Collar akan diarahkan oleh Lee Ho. Ia akan menceritakan kisah seorang wartawan yang dituduh sebagai pembunuh. Drama ini akan mempamerkan prosesnya mencari kebenaran untuk membersihkan namanya. Siri ini adalah berdasarkan novel web Naver yang popular.

Mengangkat genre melodrama thriller, berikut ini adalah lima fakta menarik tentang kdrama Let’s Get Grabbed by the Collar.

 

1. Adaptasi novel web tentang seorang wartawan yang dituduh melakukan pembunuhan

KdramaKdrama Let’s Get Grabbed by the Collar adalah melodrama thriller yang diadaptasi dari novel web bertajuk sama karya New Luck. Drama ini mengikuti kisah seorang wartawan yang dituduh melakukan pembunuhan.

Mangsa pembunuhan tersebut adalah seorang wanita yang merupakan perempuan simpanan suaminya. Untuk bebaskan diri dari tuduhan, wartawan tersebut bekerjasama dengan seorang detektif demi mencari kebenaran di sebalik kes pembunuhan tersebut.

 

2. Kim Ha Neul membawa watak sebagai wartawan Seo Jung Won

Let’s Get GrabbedKim Ha Neul diberi kepercayaan untuk membawa watak sebagai Seo Jung Won, seorang wartawan dan juga pengacara program televisyen popular bertajuk Let’s Get Grabbed by the Collar. Dia mendapat perhatian besar dari masyarakat. Sebab utama dia sering mendapat perhatian adalah kerana caranya yang unik dan tegas dalam mengungkap segala jenis perbuatan yang melanggar undang-undang.

Dalam kehidupan peribadinya, dia berkahwin dengan Seol Woo Jae yang berasal dari keluarga kaya. Hidup Seo Jung Won berubah apabila dia menjadi suspek dalam kes pembunuhan yang melibatkan perempuan simpanan suaminya.

 

3. Yeon Woo Jin membawa watak sebagai detektif Kim Tae Heon

6dc60d14 129c 4ca7 b5af 4f5f15557073

Yeon Woo Jin membawa watak sebagai detektif Kim Tae Heon yang bertugas di jabatan Jenayah Berat dan Kekerasan. Di masa lalu, Kim Tae Heon pernah mencintai Seo Jung Won. Dia akhirnya bertemu kembali dengan Seo Jung Won melalui kes pembunuhan. Sambil mencari kebenaran tentang kes tersebut, dia juga terpaksa menghadapi badai perasaannya sendiri.

 

4. Jang Seung Jo membawa watak sebagai Seol Woo Jae, novelis dan chaebol generasi kedua

aa9a81ae 3676 4a03 a15b fd2d8b337782Suami kepada Kim Ha Neul iaitu Seol Woo Jae dilakonkan oleh Jang Seung Jo. Seol Woo Jae adalah seorang novelis dan juga chaebol generasi kedua. Dia digambarkan sebagai watak yang tampak sempurna dari luaran, tetapi sebenarnya menyimpan rahsia hitam. Seol Woo Jae percaya bahawa dia akan selalu menjalani kehidupan yang stabil bersama isterinya. Namun, kerana konflik yang tidak dapat dielak, kehidupan rumah tangga mereka mula mengalami keretakan.

 

5. Tayang perdana pada bulan Mac 2024

Get grabbed by the collarLet’s Get Grabbed by the Collar digarap oleh pengarah Lee Ho. Penulis asal novel web New Luck turut terlibat dalam penulisan skrip bersama Bae Soo Young.

Walaupun belum mengumumkan tarikh tayangan rasmi, Let’s Get Grabbed by the Collar dijadualkan ke udara pada bulan Mac 2024 akan datang. Drama ini akan mengisi slot Isnin dan Selasa KBS2 yang sebelum ini diisi oleh Love Song for Illusion.

Baca lagi: Sajo Seung Lelaki Paling Kejam dalam Love Song For Illusion, Watak Bengis Yang Dibenci
Baca juga: Jang Na Ra Dibelenggu Pelbagai Masalah dalam My Happy Ending, Sakit Bertubi-tubi Ditikam Belakang