Home Kdrama/Kmovie Jang Na Ra Dibelenggu Pelbagai Masalah dalam My Happy Ending, Sakit Bertubi-tubi...

Jang Na Ra Dibelenggu Pelbagai Masalah dalam My Happy Ending, Sakit Bertubi-tubi Ditikam Belakang

0

Walaupun masih di awal episod dan baru sahaja ditayangkan, drama siri Korea Selatan iaitu “My Happy Ending” sudah menampilkan jalan cerita yang penuh misteri yang terjadi pada watak utamanya iaitu Seo Jae Won (Jang Na Ra).

Walaupun dari luar wanita ini tampak sangat bahagia, namun sebenarnya anggota keluarga wanita berjaya ini menyimpan banyak rahsia yang tersembunyi dan ditutup kemas supaya tidak diketahui oleh orang lain.

Satu demi satu rahsia mereka terbuka ketika Seo Jae Won menyedari banyak keanehan berlaku dalam hidupnya dan dia merasakan seolah-olah selama ini orang-orang yang disayanginya telah memijak-mijak kepercayaannya dengan permainan tikam belakang.

Masalah apakah yang perlu dihadapi oleh Seo Jae Won dalam menghadapi keluarganya yang penuh dengan rahsia ini? Adakah takdir sangat kejam hingga membuatkan Seo Jae Won berjuang sendirian untuk menuntut keadilan?

 

500a8eb4 b82d 4936 bbea d29c498b9d3b1. Seo Jae Won pada awalnya sangat mempercayai suaminya yang tersayang iaitu Heo Soon Young (Son Ho Jun). Semuanya musnah apabila dia melihat suaminya bermesra bersama sahabat baiknya sendiri

 

 

daa4f174 94d6 4604 95ab b225c77da9ca2. Selepas berfikir dalam-dalam, Seo Jae Won akhirnya percaya bahawa bukan suaminya yang berlaku curang tetapi lelaki yang dilihat mesra dengan suaminya adalah saudara kembar suaminya yang bernama Heo Chi Young

 

 

c7c9e955 2bb1 4e54 aa54 d31768f837bc3. Heo Soon Young selama ini merahsiakan keberadaan Heo Chi Young yang sebenarnya sudah meninggal dunia

 

 

995b072a 6410 4a70 a0c3 713478de55494. Seo Jae Won semakin percaya bahawa Heo Soon Young memang benar-benar curang. Heo Soon Young sanggup mengajak anak mereka untuk menemui wanita simpanannya

Baca lagi: “My Happy Ending” Kdrama Thriller Misteri 2023, Dibintangi Jang Na Ra

 

7a09a5bc 3419 4bdc 9a1e 43ba4735c47b5. Bukan hanya itu, Heo Soon Young merupakan salah seorang suspek yang paling mencurigakan disebalik kes cubaan pembunuhan Seo Jae Won

 

 

My happy ending6. Ayah tiri Seo Jae Won yang selama ini dilihat sangat menyayangi wanita itu juga turut menyimpan rahsia hitam berkaitan kematian ibu kandung Seo Jae Won yang tragis

 

 

Jang na ra

7. Ayah tiri Seo Jae Won disyaki telah meracuni ibunya dan juga sanggup membunuh untuk mendapatkan wang insuran nyawa

Rupa-rupanya disebalik senyuman dan kasih sayang yang diberikan oleh keluarga Seo Jae Won padanya, sebenarnya mereka menyimpan rahsia gelap yang mengerikan.

Adakah Seo Jae Won dapat bertahan dan melawan kejahatan mereka? Atau adakah bakal muncul fakta mengejutkan yang lain yang akan membuatkan penonton tercengang? Jangan lupa saksikan episod seterus “My Happy Ending” yang anda juga boleh tonton di Bilibili.

Baca lagi: 9 Konflik Suami Isteri Paling Dahsyat dalam Kdrama, Mengejutkan dan Penuh Helah
Baca juga: Jang Na Ra Memukau Dalam My Happy Ending, Bawa Watak Sebagai Wanita Teraniaya