Home Artis Korea Jang Na Ra Memukau Dalam My Happy Ending, Bawa Watak Sebagai Wanita...

Jang Na Ra Memukau Dalam My Happy Ending, Bawa Watak Sebagai Wanita Teraniaya

0

Seo Jae Won (Jang Na Ra) Na Ra) adalah watak utama dalam Kdrama My Happy Ending. Watak ini digambarkan sebagai seorang wanita yang berjaya dalam karier dan juga dalam kehidupan berkeluarga.

IMG 8625

Jang Na Ra seperti biasa berjaya memukau para penonton dengan lakonannya yang mantap. Kali ini membawa watak Seo Jae Won yang seolah-olah dalam kepompong fikirannya, mengenal pasti antara kebenaran dan penipuan setelah satu demi satu kejahatan terbuka di depan matanya sendiri.

Suami Seo Jae Won, Heo Soon Young (Son Ho Jun) adalah seorang profesor. Seo Jae Won merasa bersyukur kerana mempunyai suami yang dapat diharapkan. Suaminya selalu ada untuknya dan buah hati mereka, Arin (Choi So Yul).

Namun, dalam dua episod pertama My Happy Ending, penonton dipersembahkan dengan keadaan Seo Jae Won yang diliputi dengan ketakutan dan amarah.

Apakah masalah dan konflik yang dialami Seo Jae Won (Jang Na Ra)? Jom baca ulasan ringkasnya dibawah gais!

1. Ayah tiri Seo Jae Won disyaki terlibat dengan kes kematian ibunya

Jang na raSeo Chang Seok (Kim Hong Fa) adalah ayah tiri Seo Jae Won (Jang Na Ra). Dia disyaki ada kaitan dengan kematian ibu Seo Jae Won. Pegawai insurans, Nam Tae Joo (Park Ho San), menceritakan kecurigaan tentang kematian ibu Seo Jae Won. Seo Jae Won menjadi gelisah dan mula rasa serba tidak kena dengan perangai ayah tirinya. Kecurigaannya bertambah-tambah dengan wujudnya bukti pembelian apartment oleh ayahnya.

 

2. Seo Jae Won menjadi mangsa stalker yang mengancam nyawanya

IMG 8633Seo Jae Won (Jang Na Ra) diintip dan diganggu oleh orang misteri selama 7 tahun. stalker (pengintip) ini sering menghantar pesanan ringkas dan hadiah kepada Seo Jae Won. Kejadian pertama, stalker menakutkan ini mengejar Seo Jae Won dengan merosakkan ruang pejabat wanita tersebut. Paling mengerikan, Seo Jae Won dicekik dan dihumban ke dalam Sungai Han.

Secara tidak sengaja, dia menemui tiket parkir kenderaan. Wanita itu segera memeriksa dan menyiasat, dia mendapati kenderaan yang dicari adalah milik rakan sekerja yang rapat dengannya iaitu Yoon Tae O (Lee Ki Taek). Dalam ketakutan, Seo Jae Won berhati-hati semasa berhadapan dengan lelaki tersebut.

 

3. Suaminya disyaki berlaku curang dengan Kwon Yoon Jin

IMG 8634Dalam hati Seo Jae Won mula timbul rasa tidak percaya pada sesiapa pun, termasuk suaminya sendiri, Heo Soon Young. Di semakin curiga apabila mengetahui bahawa suaminya sudah tidak mengunjungi gimnasium yang selalu dikunjunginya untuk bersenam. Bukan hanya itu, dia menemui pesanan ringkas yang tiba-tiba sahaja terpadam dalam telefon pintar suaminya. Dia melihat suaminya dan kawan baiknya,Kwon Yoon Jin (So E Hyun) saling bermesraan dan rapat seperti pasangan kekasih.

 

4. Seo Jae Won memaksa diri untuk bersikap seperti biasa sahaja

80f59da4 63da 44f5 902b c7af0e7cf151 1Kejadian malang yang menimpa dirinya tentu sahaja mengakibatkan keadaan fizikal dan mentalnya tidak stabil. Walaupun begitu, dia tetap berusaha dan tidak mahu segala yang didirikan selama berbelas tahun menjadi buruk kerana masalah peribadinya. Wartawan sentiasa ingin mencari sisi buruk Seo Jae Won. Dalam segala keterpaksaan dan kepayahan, Seo Jae Won bertahan dan bersikap seperti tiada apa-apa yang berlaku.

f07ee43b fbcd 4e60 aaa6 47d8e8d6244aDua episod awal My Happy Ending mempunyai konflik yang sangat padat. Seo Jae Won sudah melakukan gerakan kecil secara rahsia dengan memeriksa latar belakang ayahnya dan Yoon Tae O dengan bantuan Nam Tae Joo. Nantikan episod baru My Happy Ending, jangan lupa ya!

Baca lagi: “My Happy Ending” Kdrama Thriller Misteri 2023, Dibintangi Jang Na Ra
Baca juga: 13 Pelakon Drama Captivating The King, Jo Jung Suk Buat Comeback