Home Anime Kematian Yang Dikenang, 7 Watak Anime Ini Adalah Pahlawan Sebenar

Kematian Yang Dikenang, 7 Watak Anime Ini Adalah Pahlawan Sebenar

0

Setiap kali watak-watak yang dekat di hati penonton dimatikan di tengah-tengah jalan cerita, pasti para penonton berasa sedih dan ramai juga yang mengalirkan air mata. Watak-watak ikonik seperti Jiraiya dan Rengoku Kyojuro sangat memberi kesan dalam hati penonton. Apabila watak-watak ini mati, satu kekosongan tiba-tiba muncul di dalam hati.

Berikut ini adalah beberapa watak dalam anime yang mati sebagai pahlawan sebenar. Berjuang hingga ke penghujung nyawa untuk melindungi orang-orang yang mereka sayangi dan juga demi mencapai misi dan impian mereka.

 

Erwin Smith

be0d6bf3 771a 4240 86f9 6fb4746289aaWatak yang memberi banyak inspirasi kepada watak-watak lain dalam anime Attack on Titan. Erwin Smith adalah orang yang bertanggung jawab mengetuai barisan hadapan sewaktu perang untuk tembok Maria terjadi. Mereka melawan Beast Titan yang pada waktu itu dipimpin oleh Zeke Yeager.
Selepas mengetahui rahsia yang terletak di ruang bawah tanah rumah Eren semasa zaman kanak-kanak, Erwin percaya bahawa rahsia dari dunia ini lebih penting berbanding memenangi perang melawan Titan. Tapi sayangnya, Erwin tidak boleh mencapai impian tersebut.

Sewaktu melawan Beast Titan milik Zeke, Erwin tewas. Oleh kerana dia adalah orang yang sangat penting, Levi ingin menjadikan Erwin sebagai pengguna Colossal Titan. Tapi tanpa sedar, Erwin menyuruh Levi untuk membangkitkan orang yang tepat iaitu Armin yang akan melawan Eren di akhir cerita ini.

 

Jiraiya

AnimeDalam anime ini, Jiraiya adalah watak penting dan figura seorang guru yang sangat dihormati oleh Naruto. Kematiannya yang terjadi secara tiba-tiba sangat menggemparkan dan sangat sukar diterima oleh Naruto dan juga Tsunade. Mereka berdua adalah watak yang mempunyai hubungan erat dengan Jiraiya.

Tidak mati dengan sia-sia, Jiraiya sebelum kematiannya sedang menjalankan misi untuk mencari ketua organisasi Akatsuki. Sebelum hidupnya diakhiri oleh muridnya sendiri, Jiraiya menulis pesanan tersembunyi yang di tulis di belakang katak tua yang bernama Fukasaku.

Kematian Jiraiya berjaya mengungkap rahsia yang akan membawa Konoha memenangi perang melawan Pain. Pesanan rahsia itu menyatakan bahawa tidak ada yang asli diantara mereka. Jiraiya tahu bahawa ada dalang disebalik semua mayat yang dikendalikan tersebut iaitu Nagato.

 

Neji Hyuuga

48d52cf4 45fa 4adb a39b 2eff6ce09526Kematian Neji Hyuuga memang langsung tidak disangka oleh para penonton anime Naruto. Sewaktu perang dunia ninja ketiga berlangsung, semua kawan-kawan masa kecil Naruto turun ke medan perang termasuklah Neji.

Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Obito mampu ditahan oleh para ninja. Selepas memanggil Gedo Mazo, Obito menjadi ancaman yang cukup mengerikan. Naruto kehabisan chakra untuk menyelamatkan orang-orang dari serangan Gedo Mazo yang membabi buta.

Sayangnya, Naruto makin lemah dengan serangan berikutnya dari Gedo Mazo. Hinata yang berada berhampirannya mahu melindungi Naruto dari serangan tersebut. Neji mengorbankan nyawanya demi kedua-dua orang yang dihormati. Tanpa pengorbanan Neiji, mungkin Hinata dan Naruto tidak akan bersama.

 

Portgas D. Ace

69107588 34d1 480a 92ed 14f6cb96ec0eDiperkenalkan sebagai abang kepada Luffy dalam anime One Piece, Ace adalah orang yang sangat penting untuk Luffy. Ace dikenali sebagai salah satu watak terkuat dalam anime One Piece. Kemunculan pertamanya sahaja sudah membuatkan ramai penonton menyukainya.

Tapi sayangnya, Ace telah dikalahkan oleh Blackbeard yang kemudian menyerahkannya kepada Marines yang mengumumkan hukuman mati baginya. Selepas itu, perang terjadi antara lanun laut, Marine, dan Akainu untuk membunuh Luffy. Ace tiba untuk menyelamatkan Luffy dan sayangnya dia menjadi korban demi menyelamatkan adiknya.

 

Rengoku Kyojuro

af200ffb 436c 4267 9262 36db0a09f606Watak yang berasal dari anime Demon Slayer ini berjaya mengambil hati para penonton dengan karisma dan sifat unik miliknya. Sewaktu pertarungan melawan Upper Demon Akaza, Rengoku tidak gentar walau sedikit pun. Dia menahan serangan demi serangan yang dilancarkan oleh Akaza kepadanya.

Kematian Rengoku menjadi kematian yang menyedihkan dan sangat berbekas di hati para peminat anime Demon Slayer. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Rengoku memastikan dia memberikan nasihat terakhirnya kepada Tanjiro dan Inosuke. Rengoku mati dengan senyuman bahagia di wajahnya.

 

Vegeta

5d8b7c66 be8c 4c90 9fb4 5504c9b0365a

Pada awalnya, Vegeta adalah watak antagonis yang mempunyai misi untuk membunuh Goku yang berada di bumi. Perjuangannya untuk berubah menjadi baik bukannya mudah, dia perlu melalui beberapa masalah dan cabaran semasa menuju jalan kebaikan.

Vegeta rela berkorban nyawa demi kebaikan. Majin Buu Saga menceritakan tentang Buu yang sangat kuat dan mungkin boleh mengalahkan Vegeta. Sebelum mengalahkan Buu, Vegeta berubah menuju sisi jahatnya kerana dia memerlukan kekuatan dari Babidi. Vegeta kemudian meletupkan dirinya dan mengucapkan selamat tinggal kepada Trunks demi mengalahkan Buu.

 

Jonathan Joestar

9963bfaa ff41 4cd3 b7c1 a1b7c684c0fbJonathan Joestar adalah salah satu watak dari anime Jojo’s Bizarre Adventure yang dikenali sebagai lelaki terhormat dan akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan semua orang. Di akhir arch Phantom Blood, Jonathan sudah menjalani hidup yang tenang bersama dengan Erina. Tapi semua itu tidak bertahan lama.

Selepas dikalahkan dan dicederakan oleh kepala milik Dio, kapal milik Jonathan dan Erina terbakar, mereka segera menyelamatkan diri. Jonathan berjaya menyelamatkan Erina dan penumpang lain, tapi dia perlu menahan kepala milik Dio tersebut bersamanya dan mati bersamanya demi meneruskan susur galur keturunan.

Kematian-kematian pahlawan hebat dalam siri-siri anime ini masih berbekas di hati para penonton setia. Jalan cerita sudah tidak sama lagi dengan ketiadaan watak-watak penting ini. Pengorbanan besar mereka membuka jalan kebebasan dan memberi makna hidup kepada orang lain.

Baca lagi: 5 Anime 2023 Ini Mungkin Kurang Diketahui Ramai, Rugi Tidak Ditonton
Baca juga: 12 Anime dengan Ending Menyedihkan, Mengundang Air Mata