Home Anime 5 Anime 2023 Ini Mungkin Kurang Diketahui Ramai, Rugi Tidak Ditonton

5 Anime 2023 Ini Mungkin Kurang Diketahui Ramai, Rugi Tidak Ditonton

0

Banyak anime yang ditayangkan sepanjang tahun 2023. Para peminat anime pasti tidak asing lagi dengan anime-anime baru seperti Oshi no Ko, Hell’s Paradise, Angel Next Door, dan Zom 100.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi anime 2023 lain yang mempunyai jalan cerita yang sangat bagus, tetapi kurang mendapat perhatian.

Berikut ini adalah lima anime 2023 underrated yang boleh anda tonton.

1. Undead Girl Murder Farce

Anime 2023Anime ini menceritakan tentang seorang detektif separuh iblis yang bernama Tsugaru Shinuchi dan rakannya iaitu Aya Rindou. Mereka selalu ditemani oleh pembantu mereka yang bernama Shizuku Hasei. Ketiga-tiga mereka pergi meninggalkan Jepun dan menuju ke Eropah untuk mencari orang yang mencuri tubuh Aya Rindou dan mengambilnya kembali.

Siri anime 2023 ini menarik untuk ditonton buat anda yang menggemari genre misteri. Selain itu, perjalanan dan aksi mereka dalam menyiasat sesebuah kes sangat menarik.

 

2. My Home Hero

9d164d6a bfe1 44d5 b9b1 337cf276c947Tetsuo Tosu terkejut apabila anaknya yang bernama Reika dipukul dengan teruk. Kemudian Tetsuo mencari siapakah orang yang telah menganiaya anaknya dan orang tersebut adalah Nobuto Matori iaitu kekasih Reika sendiri. Tetsuo terpaksa membunuh Nobuto dan bekerja sama dengan isterinya untuk menyembunyikan perkara ini.

Siri anime 2023 ini mempunyai cerita yang cukup berbeza berbanding anime-anime lain pada umumnya. Anda akan melihat kelicikan dan kepintaran Tetsuo bersama isterinya dalam “menghindari” para yakuza yang mengesyaki Tetsuo sebagai dalang kehilangan Nobuto.

 

3. A Galaxy Next Door

45e2211e f4e9 47c7 9437 bc29940bcfc6Anime ini menceritakan tentang seorang pemuda yang bernama Ichirou Kuga yang bekerja sebagai penulis manga. Dia baru sahaja ditinggalkan oleh ayahnya. Kuga melantik Shiori Goshiki sebagai pembantunya. Shiori dan Kuga bertunang kerana sebuah insiden yang tidak dapat dielak. Mereka memutuskan untuk cuba menjalani hubungan sebagai pasangan.

Siri anime 2023 ini menarik dan khas untuk anda yang sukakan komedi romantik. Memang suntikan komedi tidak terlalu banyak, tetapi elemen romantik yang ditonjolkan adalah kisah percintaan yang manis dan tidak berlebihan. Selain itu, banyak unsur kekeluargaan dalam A Galaxy Next Door.

 


4. Insomniacs After School

91bf0dba dff2 4f6e 803e 97d385f2a97dGanta Nakami merupakan seorang pelajar sekolah yang mengalami kesukaran untuk tidur pada malam hari. Perkara ini membuatnya menjadi sensitif dan selalu mencari tempat tersembunyi di sekolah untuk tidur. Suatu hari, sewaktu dia ingin tidur di bilik kelab astronomi, dia melihat Isaki Magari yang sedang tidur. Rupa-rupanya mereka berdua mempunyai masalah yang sama iaitu insomnia. Siri ini merupakan salah satu anime komedi romantik paling underrated pada tahun 2023.

 

5. Ao no Orchestra

AnimeAnime yang membawa genre drama dan muzikal ini menceritakan tentang Aono Hajime, seorang pemain biola terkenal yang terpaksa berhenti bermain biola kerana ayahnya terlibat dengan skandal. Sewaktu di sekolah, dia mendengar germersik biola yang dimainkan oleh Akine Ritsuko. Kemudian, Akine berjaya mendorong Aono untuk bermain biola kembali. Akine juga membantunya belajar supaya lulus ujian masuk ke Sekolah Umimaku bersama dan masuk ke kelab orkestra.

Lima buah anime 2023 yang tersenarai di atas sepatutnya mendapat lebih perhatian kerana jalan cerita yang bagus dan menarik. Namun, selera seseorang juga menentukan tontonan pilihan mereka. Jangan lupa untuk menonton siri anime ini ya!
Baca lagi: Siapakah Geto? Choso Mendedahkan Identiti Sebenar Geto Dalam Episod Terbaru Jujutsu Kaisen Musim 2
Baca juga: 12 Anime dengan Ending Menyedihkan, Mengundang Air Mata