Home Anime 12 Anime dengan Ending Menyedihkan, Mengundang Air Mata

12 Anime dengan Ending Menyedihkan, Mengundang Air Mata

0

Dari dulu hingga sekarang, anime masih merupakan salah satu tontonan yang mempunyai ramai pengikut setia. Bukan sahaja dikalangan kanak-kanak, ramai orang dewasa juga menggemari anime.

Anime bukan sahaja bercerita tentang kisah fantasi dan imaginasi semata-mata. Ada juga beberapa buah anime yang realistik dan ada juga yang berakhir tragis dengan pengakhiran yang menyedihkan.

Berikut ini adalah anime-anime yang boleh membuatkan penonton terbawa-bawa perasaan:

 

1. GRAVE OF THE FIREFLIES

789a9f4f c652 4723 b923 d2c5a6651ff5GRAVE OF THE FIREFLIES disebut-sebut sebagai salah satu anime yang paling sedih sepanjang zaman. Anime ini berjaya menjentik emosi penonton untuk setiap adegannya, dan emosi terus memuncak hingga di bahagian ending yang sangat menyedihkan. Majoriti penonton yang telah menonton GRAVE OF THE FIREFLIES mengaku bahawa mereka menangis dan menumpahkan air mata mereka.

GRAVE OF THE FIREFLIES menceritakan tentang perjuangan dua orang adik beradik bernama Seita dan Setsuko. Kedua-dua kanak-kanak tersebut hidup di zaman Perang Dunia. Mereka adalah gambaran jelas kanak-kanak yang menjadi mangsa perang. Hidup di zaman perang, Seita dan Setsuko hidup dengan saling menyayangi dan melindungi. Bahkan sebagai abang, Seita sanggup menggadai nyawa demi adiknya.

 

2. YOUR LIE IN APRIL

AnimeAnime ini mengisahkan tentang seorang pemain piano bernama Kousei Arima yang berhenti bermain piano selepas ibunya meninggal dunia. Pada suatu hari, dia bertemu dengan Kaori Miyazono. Kaori merupakan seorang pemain biola yang lama memendam hasrat untuk bermain muzik bersama Kousei. Sama-sama cintakan muzik, Kousei Arima dan Kaori Miyazono perlahan-lahan menjadi semakin rapat. Kousei mula membuka hatinya untuk Kaori. Namun ternyata Kaori mempunyai rahsia iaitu dia sedang menderita penyakit kritikal. Kousei terpaksa mengalami kehilangan orang yang disayangi sekali lagi.

 

3. I WANT TO EAT YOUR PANCREAS

2ced663f 701a 4663 b8ef 784e8ace227eCerita anime ini berkisar pada watak yang bernama Haruki Shiga. Di kehidupannya, Haruki Shiga merasa kesepian. Dia merasa diabaikan oleh orang-orang di sekelilingnya. Dia menemui diari milik seorang pelajar perempuan yang popular di sekolahnya. Dalam diari itu, tertulis bahawa Sakura menghidap penyakit pankreas. Haruki merasa tersentuh. Dia mula menunjukkan perhatian pada Sakura. Persahabatan tulus terjalin di antara mereka begitu hangat dan menyentuh perasaan.

 

4. 5 CENTIMETERS PER SECOND

d1dd8313 e4c8 40ac 910f 5739ea08ba735 CENTIMETERS PER SECOND mengisahkan tentang hubungan persahabatan antara Tono Takaki dan Shinohara Akari. Mereka sudah berkawan sudah lama, tetapi hubungan mereka kian renggang setelah dewasa. Persahabatan mereka hampir ke penghujung apabila Akari perlu mengikut ibu bapanya pindah ke luar bandar. Sejak waktu itu, mereka sebenarnya tetap mencuba untuk menjaga hubungan dengan saling menulis surat. Sayangnya, jarak dan kesibukan menjadi penghalang untuk hubungan mereka.

 


5. HOTARUBI NO MORI E

2df7954d 6c6b 4603 a095 5c91f1af86abAnime ini menampilkan cerita yang sedih dan menyentuh perasaan tentang hubungan seorang manusia dengan roh hutan yang tidak dapat bersatu. Perbezaan dimensi membuatkan mereka tidak dapat melakukan sentuhan secara fizikal. Cerita bermula apabila pertemuan antara Hotaru Takegawa dengan roh hutan bernama Gin sewaktu dia berusia 6 tahun. Waktu itu, Gin yang merupakan roh telah membantu Hotaru yang tersesat untuk keluar dari hutan. Waktu itu juga, Gin sebenarnya berpesan kepada Hotaru supaya dia tidak lagi masuk ke hutan. Namun ternyata Hotaru mengabaikan pesanan itu. Dia terus mencari Gin.

 

6. WOLF CHILDREN

678adedb 2a2b 41c6 9cee f7c237899a9bWOLF CHILDREN mengisahkan tentang perjuangan seorang ibu yang membesarkan dua orang anak istimewa keturunan serigala jadian. Seorang wanita bernama Hana jatuh hati dengan lelaki serigala jadian. Dari hubungannya dengan lelaki itu, Hana mendapat dua orang anak yang mempunyai ciri-ciri seperti suaminya iaitu memiliki telinga dan ekor serigala. Sayangnya, selepas anak-anaknya lahir lelaki yang merupakan ayah kepada kedua-dua anak itu meninggal dunia. Sejak itu, Hana menjalani hari-harinya dengan penuh pilu bersama kedua-dua anak istimewanya.

 

7. KIMI NO NA WA

634f28cc c804 4406 b8e3 29096cf1e1d1Anime ini mempunyai cerita yang menarik tentang sepasang kanak-kanak lelaki dan perempuan iaitu Mitsuha dan Taki. Mitsuha dan Taki yang hidup di tempat dan waktu berbeza tiba-tiba sahaja bertukar tubuh. Mereka kemudian saling menyiasat dan meninggalkan pesanan.

Akhirnya terungkap bahawa kejadian bertukar tubuh mereka berkaitan dengan sebuah peristiwa besar yang akan terjadi. Selepas peristiwa itu terjadi, Mitsuha dan Taki sudah tidak dapat berkomunikasi. Secara perlahan-lahan, ingatan tentang satu sama lain juga menghilang. Namun, sewaktu bertemu, Mitsuha dan Taki tetap menyedari ada ikatan di antara mereka.

 

8. KOE NO KATACHI/A SILENT VOICE (2016)

a2eca709 2917 460d 81e6 3912e06f7b56Anime ini berkisah tentang gadis pekak yang bernama Shouko Nishmiya. Dia menjadi mangsa buli oleh Shouya Ishida. Shouko akhirnya berpindah sekolah. Selepas itu, giliran Shouya pula yang menjadi mangsa buli. Dia terus dibayangi rasa bersalah yang mendalam pada Shouko. Selepas masuk ke sekolah menengah, mereka bertemu di sekolah yang sama dan Shouya berusaha memperbaiki dirinya.

 

9. THE WIND RISES (2013)

516ef457 44f9 4859 a920 fa56eb34b542Fokus filem ini mengikuti perjalanan Jirou, seorang pemuda yang ingin membuat pesawat tempur. Jirou pun berjaya mencapai impiannya dengan mencipta pesawat tempur Mitsubishi A6M Zero. Karyanya itu menjadi salah satu pesawat paling ikonik dalam sejarah negara Jepun.

 

10. THE PLACE PROMISED IN OUR EARLY DAYS (2004)

53fd9853 2fa9 49b7 908f ee18955a1d6dAnime dengan kisah menyentuh hati ini menceritakan tentang pembahagian Jepun menjadi dua bahagian iaitu Hokkaido di bawah pemerintahan Union dan pulau-pulau di selatan berada di bawah seliaan Amerika Syarikat. Menariknya, ada tiga orang pelajar sekolah berjanji untuk menyeberangi sempadan dengan pesawat ringan yang mereka cipta sendiri. Kisah yang terjadi pada musim panas tahun 1996 ini menggambarkan perjuangan sahabat yang sangat menyayat hati.

 

11. SPIRITED AWAY (2001)

75df0fea 194d 4055 83be c7b4adb050d7Anime ini mengisahkan tentang perjalanan dan perjuangan kanak-kanak kecil bernama Chihiro. Keluarganya terperangkap dalam dunia misteri dan ibu bapa Chihiro telah disihir menjadi khinzir. Dia cuba menyelamatkan ibu bapanya dengan menghadapi berbagai-bagai cabaran. Kisahnya yang penuh penderitaan telah berjaya mengundang rasa simpati para penonton.

 

12. PERFECT BLUE (1998)

AnimeAnime ini mengisahkan tentang Mira Kirigoe. Dia menyertai kumpulan idola J-Pop terkenal. Namun, dia juga mencuba untuk memulakan karier sendiri sebagai artis. Dia mengalami cabaran besar kerana kebolehan lakonannya selalu dipersoalkan, sementara itu para peminat fanatik terus menerus mengganggunya. Perjalanan karier Mira menyentuh hati para penonton hingga menitiskan air mata di bahagian akhir penceritaan.

Demikian sahaja anime terbaik dengan ending yang boleh mengundang air mata. Selamat menonton gais!

Baca lagi: MAPPA Menjadikan Kematian Mahito Dalam Jujutsu Kaisen Musim 2 Jauh Lebih Kejam Daripada Manga
Baca juga: 10 Siri Anime Klasik Terbaik Sepanjang Zaman, Mesti ditonton