Home Kdrama/Kmovie 11 Kdrama Misteri Terbaik, Penuh Persoalan dan Teka-Teki

11 Kdrama Misteri Terbaik, Penuh Persoalan dan Teka-Teki

0

Drama Korea yang membawa genre misteri tidak semestinya dipenuhi dengan adegan mendebarkan sahaja. Ada juga yang dihiasi dengan kisah romantik dan juga elemen komedi yang mencuit hati.

Genre misteri merupakan salah satu genre kegemaran peminat-peminat drama Korea. Genre ini selalu juga digabungkan dengan genre thriller atau suspen.

Kebelakangan ini, drama genre misteri juga banyak dihasilkan, rating tinggi dari penonton masih dikuasai drama-drama yang ditayangkan pada tahun 2010-an.

Berikut adalah senarai 10 drama Korea misteri dengan rating paling tinggi sepanjang zaman berdasarkan MyDramaList.

1. Mother (2018)

b1f44966 ae92 42ab 8a5b a3dbfdb8dee0Drama ini mendapat rating 9.0/10 dari 8319 orang pengguna MyDramaList. Drama ini adalah remake drama Jepun, iaitu tentang seorang guru yang menyedari pelajarnya adalah mangsa keganasan rumah tangga. Guru tersebut mengambil kanak-kanak tersebut untuk dijaga. Namun guru itu pula dituduh sebagai penculik kanak-kanak. Drama ini dibintangi oleh Lee Bo-young.

 

2. Healer (2014)

80a4f2a3 a524 4756 9cd8 bac98381c91aDrama yang dibintangi oleh Ji Chang-wook, Park Min-young, dan Yoo Ji-tae ini berjaya mendapat rating 8.9/10 dari 63140 orang pengguna. Kisah tentang seorang kurier dengan kod Healer yang boleh melakukan apa-apa sahaja untuk pelanggannya, kecuali membunuh. Dia terlibat dalam sebuah kes penuh misteri, dan berusaha menyelesaikannya bersama seorang selebriti televisyen terkenal dan wartawan tabloid.

 

3. Signal (2016)

dc193cfe 8fba 4dcd ac33 a9da6324ca86 1Drama Korea misteri ini dibintangi oleh Kim Hye-soo, Lee Je-hoon, dan Jo Jin-woong. Mendapat rating 8.9 dari 29514 pengguna. Cerita genre fantasi misteri ini mengisahkan tentang dua orang anggota polis yang secara ajaib boleh terhubung dengan detektif dari masa lalu. Ketiga-tiga mereka berusaha mengatasi kes pembunuhan terkini yang berkaitan dengan kejahatan yang terjadi pada masa lalu.

 

4. The Uncanny Counter (2020)

100c9e71 c002 435b be29 cfb1b3b82519Drama fantasi misteri ini mendapat rating 8.8/10 dari 36159 pengguna. Kisah tentang empat orang penghapus roh jahat yang menyamar menjadi pengusaha restoran masakan mee. Masing-masing memiliki kuasa luar biasa, contohnya kebolehan menyembuhkan hingga mampu menghidu roh jahat dan mengetahui lokasi mereka berada.

 

5. SKY Castle (2018)

96e89338 f3bf 4fbb adb7 22aa7e16962fSKY Castle meraih rating sebanyak 8.8 dari 25945 orang pengguna. Kisah tentang obsesi empat orang ibu dari keluarga kaya raya supaya anak-anak mereka boleh diterima di salah sebuah dari tiga universiti paling hebat di Korea Selatan. Untuk mencapai misi tersebut, mereka rela melakukan apa-apa sahaja, termasuk dengan menggunakan cara kotor dan manipulasi.

 

6. Stranger (2017)

KdramaDrama Korea dari Bae Doona dan Cho Seung-woo ini meraih rating 8.8/10 dari 20277 orang pengguna. Kisah misteri ini menampilkan dua watak utama iaitu seorang pendakwa raya dan seorang anggota polis. Pendakwa raya ini mengalami kesukaran dalam interaksi sosial dan tidak mempunyai perasaan empati selepas telinganya dibedah. Dia dibantu oleh seorang polis dalam menangani kes-kes pembunuhan, dan juga kes rasuah dan politik kotor di jabatan pendakwa raya.

 

7. The Devil Judge (2021)

e4961058 ceb7 4b4b a199 009788f0ef3dSiri ini dibintangi oleh Ji Sung, dan meraih rating sebanyak 8.8/10 dari 17715 orang pengguna. Cerita tentang hakim antihero yang berusaha menumpaskan orang-orang jahat dengan cara yang sama jahat dan kejam. Apabila sistem perundangan dilihat sangat tidak adil, dia dianggap sebagai pahlawan oleh masyarakat.

 

8. Mouse (2022)

f0d7953e 3f84 4eb7 bc2c de044e15d0f6Drama misteri ini menampilkan persembahan lakonan luar biasa dari Lee Seung-gi. Rating dari MyDramaList adalah 8.8/10 dari 17223 orang pengguna. Kisah tentang polis jujur yang hidupnya mula berubah selepas dia terhubung dengan seorang psikopat. Kisah ini mempersoalkan sama ada kelahiran seorang psikopat boleh dicegah sejak awal.

 

9. Life on Mars (2018)

3da9c42d 0aab 4efb b720 f5575cd2cf29Drama misteri komedi ini meraih rating 8.8/10 dari 9452 orang pengguna. Cerita tentang penyiasat jenayah yang terlempar ke tahun 1988, dan menjadi detektif di sebuah bandar kecil. Dalam kehidupan barunya itu, dia kembali terlibat dalam sebuah kes pembunuhan penuh misteri. Dia perlu menyelesaikan kes itu jika dia mahu kembali ke kehidupan adalnya sebelum ini.

 

10. Through the Darkness (2022)

KdramaDrama yang dibintangi oleh Kim Nam-gil ini juga memperoleh rating 8.8/10 dari 6013 orang pengguna. Kisah diambil dari kisah benar profiler (penganalisis jenayah) pertama di Korea Selatan iaitu Kwon Il-yong. Watak utama cuba menelusuri fikiran para penjenayah dan psikopat untuk dipetakan dan dianalisis, bagi mencegah atau menangkap penjenayah dengan lebih cepat.

 

11. Missing the Other Side Season 2 (2023)

47ac88aa 87d2 45ef 8e8f 9c1d43c78301Drama sekuel supernatural ini meraih rating 8.8/10 dari 1930 orang pengguna. Kisah tentang seorang penipu yang boleh berkomunikasi dengan roh orang mati yang meminta jasad mereka untuk ditemui. Dia bersama rakan-rakannya berusaha mencari jasad orang-orang yang mati secara tragis itu. Mereka juga menyiasat misteri kematian setiap roh tersebut. Drama Korea misteri ini dibintangi oleh Go Soo dan Huh Joon-ho.

Demikian sahaja drama siri Korea Selatan terbaik mengikut rating yang diperolehi dari laman MyDramaList. Drama-drama ini memang mempunyai jalan cerita yang unik dengan misteri-misteri yang sukar untuk diselesaikan jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 9 Saranan Kdrama Komedi, Pasti Tak Kering Gusi
Baca juga: Penuh Dengan Adegan Pertarungan, 10 Filem Aksi Korea Paling Menarik Untuk Anda