Home Kdrama/Kmovie 9 Saranan Kdrama Komedi, Pasti Tak Kering Gusi

9 Saranan Kdrama Komedi, Pasti Tak Kering Gusi

0

Drama Korea masih merupakan tontonan popular dan kegemaran ramai hingga kini. Terdapat banyak pilihan Kdrama komedi yang sesuai untuk mengisi masa lapang seperti Mr. Queen dan juga Business Proposal.

Drama Korea menawarkan bermacam jenis genre seperti genre sageuk, aksi, komedi romantik, misteri, dan lain-lain lagi. Genre komedi adalah antara genre yang paling diminati ramai.

Berikut ini adalah cadangan beberapa buah Kdrama komedi terbaik sepanjang zaman yang langsung tidak membosankan dan sangat mencuit hati.

 

1. Mr. Queen

7783bfc8 d0ac 4f59 ba91 4317f6e21e71Drama Korea ini menceritakan kisah seorang lelaki dari zaman moden yang masuk ke dalam tubuh seorang permaisuri raja di zaman Joseon. Pelbagai adegan lucu dapat ditonton dari drama komedi ini.

 

2. Business Proposal

16bb23dc dec4 4329 bbd8 138102d0e405Business Proposal merupakan tontonan ringan dan santa menghiburkan. Cerita dalam drama ini adalah tentang seorang CEO yang secara tidak sengaja bertemu dengan pekerjanya ketika dia berjanji temu (blind date).

 

3. My Roommate is Gumiho

2449cf3d 83e6 4ee8 b0b2 f2b1619d9f1cMy Roommate is Gumiho adalah drama dimana wataknya diambil dari kisah legenda Korea iaitu Gumiho atau siluman musang berekor sembilan. Jalan cerita ini digarap dalam suasana moden.

 

4. Café Minamdang

ef4baa31 9637 4229 a1de 814f1d564df5Café Minamdang mengisahkan tentang penipu yang berpura-pura menjadi penilik nasib. Dia menipu para pelanggannya dan dalam masa yang sama dia turut membantu menyelesaikan masalah mereka.

 

5. Welcome to Waikiki 1

Kdrama komediDrama ini menceritakan kisah kehidupan tiga orang pemuda dari latar belakang berbeza yang mengusahakan sebuah rumah inap yang nyaris-nyaris muflis. Tiga watak utama tersebut kerap menampilkan adegan lucu dan mencuit hati.

 

6. What’s Wrong with Secretary Kim

Kdrama komediDrama Korea adaptasi Webtoon tentang seorang setia usaha yang bernama Kim Mi-so yang tiba-tiba memutuskan untuk berhenti kerja, tetapi ditentang oleh majikannya. Selain banyak adegan melucukan, drama ini juga menampilkan adegan romantik antara majikan dan pekerjanya.

 

7. The Sound of Your Heart

e47963ca 7671 4fd6 bfb6 bd94f2cead90Drama Korea slice of life ini adalah mengenai sebuah keluarga yang dipenuhi
dengan gelak tawa dan perkara melucukan dalam kehidupan mereka setiap hari.

 

8. Pegasus Market

IMG 8329Pegasus Market juga adalah drama adaptasi Webtoon tentang pekerja sebuah minimarket yang hampir muflis. Namun, kemudian datang seorang majikan baru yang membawa perubahan besar. Salah satu pengajaran dalam cerita ini menekankan bahawa seorang ketua yang baik boleh mengubah segala-galanya.

 

9. Doctor Cha

KomediDrama Korea ini mendapat sambutan hangat sewaktu ditayangkan. Drama ini menampilkan kisah menarik tentang suri rumah tangga yang kembali menyambung kerjayanya sebagai seorang doktor. Banyak adegan melucukan yang pasti menggelek hati semua.

Demikian sahaja cadangan beberapa buah drama Korea komedi terbaik yang menarik dan pasti mengundang tawa. Drama-drama di atas memang sesuai dijadikan tontonan waktu lapang anda! Selamat menonton ya!

Baca lagi: Penuh Dengan Adegan Pertarungan, 10 Filem Aksi Korea Paling Menarik Untuk Anda
Baca juga: “My Happy Ending” Kdrama Thriller Misteri 2023, Dibintangi Jang Na Ra