Home Movie Penuh Dengan Adegan Pertarungan, 10 Filem Aksi Korea Paling Menarik Untuk Anda

Penuh Dengan Adegan Pertarungan, 10 Filem Aksi Korea Paling Menarik Untuk Anda

0

Bagi para peminat filem dan drama Korea, mungkin sudah tidak asing lagi dengan beberapa genre yang sering ditampilkan. Selain genre romantik yang membuatkan penontonnya terbuai emosi, ada juga genre aksi yang menjadi kesukaan ramai.

Filem aksi Korea sangat diminati kerana bukan hanya menampilkan aksi pertarungan, tetapi juga menonjolkan plot dan kisah juga menarik. Film aksi Korea, umumnya memiliki subgenre yang akan membuatkan filem menjadi lebih mendebarkan dan menarik.

Subgenre tersebut adalah thriller, komedi, jenayah, survival, dan pelbagai subgenre lain.
Berikut adalah cadangan filem aksi Korea menarik untuk anda tonton.

 

1. Memories of Murder (2003)

Filem aksiFilem aksi Memories of Murder menceritakan tentang seorang detektif dari bandar besar yang mendapat tugas untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan misteri. Detektif ini membantu dua orang poli untuk menyelesaikan kes pembunuhan bersiri. Filem ini berdasarkan kisah benar tentang pembunuhan bersiri yang pertama terjadi dalam sejarah Korea Selatan. Memories of Murder membawa latar tahun 1980 hingga tahun 1990-an.

 

2. The Good The Bad The Weird (2008)

c67a3e8c 3aa3 4421 a8a5 ed6c8ab872afFilem aksi The Good The Bad The Weird menceritakan tentang tiga orang lelaki yang mempunyai kerjaya yang berbeza. Ketiga-tiga mereka mempunyai misi yang berbeza tetapi misi tersebut saling berkaitan. The Good yang dibawa oleh Jung Woo Sung bertugas untuk memburu The Bad. The Bad yang dibawa oleh Lee Byung Hun adalah pembunuh upahan. Manakala watak The Weird yang dibawa oleh Song Kang Ho adalah seorang pencuri.

 

3. The Man From Nowhere (2010)

e951d9c8 7d4f 4547 a293 62aafc16791eFilem aksi The Man From Nowhere diarahkan oleh Lee Jung Beom. Filem ini menceritakan tentang bekas ejen khas yang berusaha untuk mencari seorang kanak-kanak dan ibunya. Ibu anak ini diculik oleh penjahat yang tidak diketahui identitinya. Tujuan penjahat itu adalah untuk mengambil semula dadah jenis heroin yang sebelum ini diselundup oleh ibu kanak-kanak tersebut. Di sinilah punca terjadinya semua masalah.

 

4. Train to Busan

c011701d a3c6 40b1 849f 260639c29496Train to Busan menceritakan tentang perjuangan seorang bapa dalam bertahan hidup melawan sekumpulan zombie dalam keretapi menuju ke Busan. Tujuan utama Seok Woo adalah untuk menemui isterinya yang berada di Busan. Sebuah peristiwa yang tidak pernah dibayangkan terjadi. Perjalanan Seok Woo dan anaknya berubah menjadi mimpi ngeri kerana terjebak dalam serangan zombie.

 

5. Midnight Runners (2017)

a97a1c42 c2b9 48d7 9b6c 64661bb2d7fd

Midnight Runner menceritakan tentang kehidupan dua orang kadet polis. Mereka berdua mempunyai latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Pada pertengahan cerita, adegan akan semakin menarik kerana mereka berdua menyiasat kes kehilangan gadis yang juga berkaitan dengan kumpulan mafia.

 

6. Rampant (2018)

de7e142b 4209 4dc7 b241 c5f181bf3089Filem aksi supernatural Rampant berlatarkan kerajaan Dinasti Joseon. Rampant menceritakan tentang seorang putera raja bernama Ganglim yang sangat prihatin tentang rakyatnya. Muncul makhluk-makhluk aneh yang diberi nama Night Demon. Putera Ganglim berusaha untuk menyelamatkan negara dan rakyatnya.

 

7. Extreme Job (2019)

8dfb075e 4891 4523 a0f9 f3c72e01308cFilem aksi ini menceritakan tentang sekumpulan detektif anti dadah yang sedang menyamar sebagai penjual ayam goreng. Selama menyamar, mereka mengintip kumpulan penjenayah yang dicurigai. Adegan yang terdapat dalam filem Extreme Job adalah sangat menarik. Bukan hanya menampilkan adegan aksi pertarungan sahaja, filem ini juga sarat dengan unsur komedi yang sangat menghiburkan.

 

8. Time to Hunt (2020)

276eb789 2e08 4870 90cb c4940abd1ed7Time to Hunt adalah sebuah filem garapan Yoo Sung Hyun. Filem ini menceritakan tentang sahabat-sahabat yang memutuskan untuk melakukan rompakan bersama. Namun, mereka bukannya merompak bank, mereka merompak sebuah rumah perjudian terbesar. Aksi mereka diiringi oleh banyak aksi pertarungan yang cukup mendebarkan.

 

9. Space Sweepers (2021)

493fe29c 6a50 4103 a7e8 7cd2dc665599Space Sweepers menceritakan tentang planet bumi yang sudah diambang kehancuran dan tidak boleh dihuni oleh manusia. Sebahagian manusia memutuskan untuk tinggal di dalam pesawat ruang angkasa. Sambil menunggu sebuah syarikat yang sedang membangunkan orbit baru sebagai tempat tinggal baru untuk manusia.

 

10. Phantom (2023)

6c39d62e c798 4e26 ab4b 53d7eeb62f82

Filem ini diarahkan oleh Lee Hae Young. Phantom menggunakan latar tahun 1933. Filem ini menceritakan tentang kumpulan pengintip gerakan kemerdekaan. Kumpulan pengintip tersebut dinamakan “Phantom”. Para pejuang dan pengintip ini berusaha untuk membunuh Gubenor Jeneral yang baru sahaja dilantik. 5 orang yang disyaki sebagai Phantom akhirnya dikurung dalam sebuah hotel terpencil.

Demikian sahaja 10 cadangan filem aksi Korea yang pasti membuatkan anda berdebar dan teruja. Jangan lupa untuk menonton ya! Bagi yang telah tonton, boleh “binge-watch” sekali lagi!

Baca lagi: “My Happy Ending” Kdrama Thriller Misteri 2023, Dibintangi Jang Na Ra
Baca juga: The Roundup No Way Out, Filem Terlaris Korea 2023, Tayang di Viu