Home Kdrama/Kmovie 13 Pelakon Drama Captivating The King, Jo Jung Suk Buat Comeback

13 Pelakon Drama Captivating The King, Jo Jung Suk Buat Comeback

0

Jo Jung Suk/Cho Jung Seok dan Shin Se Kyung bakal menemui para peminat setia dengan watak baru mereka dalam Kdrama Captivating The King.

Captivating The King adalah drama Korea terbaru tvN menampilkan kisah romantik diselangi dengan kisah politik istana, sebuah Kdrama sageuk yang memang ditunggu-tunggu. Latar masa yang digunakan adalah era Dinasti Joseon.

Selepas mengumumkan kedua-dua pelakon utama, senarai pelakon lain Captivating The King sudah disahkan menjelang tayangan perdananya nanti. Wajah-wajah yang muncul pasti sudah tidak asing bagi para peminat drama Korea.

Jom sama-sama kita lihat senarai pelakon dan watak-watak yang dibawa oleh mereka dalam Captivating The King!

 

14e06487 a453 4c14 ad89 538dfbd89994
1. Cho Jung Seok membawa watak sebagai Lee In, putera yang dituduh merancang pengkhianatan. Dia naik takhta selepas raja terdahulu meninggal kerana sakit

 

f2b183a6 47e0 45a1 a9a2 498fcbde3baa
2. Shin Se Kyung membawa watak sebagai Kang Hee Soon. Dia menyamar menjadi lelaki supaya dapat meraih kekayaan dengan bermain baduk. Dia ingin menebus para tawanan di Qing

 

b9ad880d bc7d 4e57 a000 aabec0cf9695
3. Lee Sin Young membawa watak sebagai Kim Myung Ha, seorang bangsawan yang sempurna. Namun, cintanya pada Kang Hee Soon hanya bertepuk sebelah tangan

 

ed1035be c1e1 4436 ade1 f69c10d2a2ff
4. Raja terdahulu dan abang tiri Lee In, iaitu Lee Sun, dilakonkan oleh Choi Dae Hoon. Dia dulu sangat sayang pada Lee In, tetapi berubah kerana merasa terancam

 

a4f5c5b3 b797 4de3 8541 41e48a6f94c1
5. Lee Gyu Hoe membawa watak sebagai Park Jong Hwan, pegawai kerajaan yang juga merupakan bapa saudara Lee In

 

adde52ee 6358 42b0 87ec cae7b422d666
6. Cho Sung Ha membawa watak sebagai Menteri Pertahanan dan ayah Kim Myung Ha, Kim Jong Bae. Setia pada Lee Sun, dia juga menganggap Lee In pengkhianat

 

f376b4d5 8a18 4e5f a77b 0de48c8e6a52

7. Orang bawahan Kim Jong Bae iaitu Yoon Hyun Bo dilakonkan oleh Yang Kyung Won. Dia memiliki sifat yang licik dan akan melakukan apa-apa sahaja demi kekayaan

 

35822745 dcea 40e5 8fb4 2a051a2ae0f2
8. Son Hyun Joo membawa watak sebagai ayah Kang Hee Soo dan juga perdana menteri Joseon yang menjadi guru bagi Lee In bernama Kang Hang Soon

 

6a1ca698 a4e5 4ea6 b3d4 2273276d8537
9. Watak yang dibawa Kang Hong Suk adalah Joo Sang Hwa, pengawal setia Lee In. Dia telah berada di samping Lee In sejak dijadikan tebusan di Qing hingga menjadi raja

 

1f4342bd c20c 413e b70c b7394bf5c15c
10. Park Ye Young membawa watak sebagai Dayang Dong, pelayan Lee Sun yang beralih ke Lee In apabila menaiki takhta. Hanya dia yang mengetahui rahsia besar Lee In

 

fcb3613f 66b1 4039 994b 5f97f57f7669
11. Hong Jang yang dilakonkan oleh Han Dong Hee adalah tawanan Qing yang dibebaskan Kang Hee Soo. Dibuang keluarganya, dia akhirnya menjadi gisaeng

 

Captivating the king
12. Jeong Seok Young membawa watak sebagai Se Dong, pengikut Kang Han Soon yang kerap membantu Kang Hee Soo. Dia disebut-sebut sebagai orang yang paling cekap di Joseon

 

The capviting
13. Jang Young Nam membawa watak sebagai ibu Lee In. Dia berharap agar Lee In memjadi pewaris takhta, walau Lee Sun sudah menjadi putera mahkota waktu itu

Konflik antara cinta dan dendam Lee In dan Kang Hee Soo serta setiap watak lain bakal bermula tidak lama lagi. Drama ini akan ditayangkan secara perdana pada 21 Januari 2024. Untuk sementara waktu ini, belum ada pengumuman mengenai OTT global yang menayangkan Captivating The King. Kita tunggu maklumat seterusnya nanti ya!

Baca lagi: 10 Drama Korea Saeguk dengan Happy Ending, Cerita Menarik dan Menghiburkan
Baca juga: 12 Drama Korea Ditayangkan Pada Januari 2024, 3 Dari Adaptasi Webtoon