Home Kdrama/Kmovie 12 Drama Korea Ditayangkan Pada Januari 2024, 3 Dari Adaptasi Webtoon

12 Drama Korea Ditayangkan Pada Januari 2024, 3 Dari Adaptasi Webtoon

0

Walaupun tahun 2023 belum berakhir, beberapa buah drama Korea Selatan diumumkan akan menyambut para peminat setia pada Januari 2024 nanti.

Menariknya lagi, senarai drama Korea tersebut juga menyaksikan kemunculan beberapa orang pelakon terkenal dalam dunia drama siri.

Ada Doctor Slump yang merupakan kemunculan julung kali Park Shin Hye selepas melahirkan anak pertamanya, berikut ini adalah senarai drama Korea yang bakal ditayangkan pada Januari 2024 nanti.

 

1. Marry My Husband

IMG 7360

Marry My Husband merupakan drama Korea pembukaan bagi tahun 2024. Drama siri yang dibintangi oleh Park Min Young dan Lee Yi Kyung ini akan ditayangkan di Prime Video dan tvN menggantikan slot drama A Bloody Lucky Day, tepat pada 1 Januari 2024. Diadaptasi dari webtoon bertajuk sama karya Sung So Jak, Marry My Husband mengikuti kisah tragis Kang Ji Won (Park Min Young) sebagai pesakit kanser yang dikhianati oleh suaminya dan kawan baiknya. Tetapi akhirnya, Kang Ji Won dibunuh oleh suaminya sendiri. Kang Ji Won mendapat peluang untuk kembali 10 tahun lalu dan mengubah hidupnya.

 

2. Love Song for Illusion

3c5074b5 a390 42b7 8b35 ba411c06e1d1Sama juga dengan Marry My Husband, Love Song for Illusion juga diangkat dari webtoon bertajuk sama. Drama genre fantasi sageuk ini menceritakan tentant putera mahkota dengan perwatakan berganda yang dilakonkan oleh Park Ji Hoon. Konflik bermula apabila takdir menemukannya dengan wanita yang memiliki masa lalu yang kelam. Drama garapan pengarah Lee Jung Seop ini akan ditayangkan secara perdana di KBS2 pada 2 Januari 2024 setiap Isnin dan Selasa.

 

3. Gyeongseong Creature 2

IMG 7361

Gyeongseong Creature mengisahkan tentang Jang Tae Sang (Park Seo Joon) dan Yoon Chae Ok (Han So Hee) yang menghadapi monster yang lahir dari nafsu serakah manusia pada tahun 1945. Mereka berjuang untuk bertahan hidup dan menghadapi raksasa. Drama Gyeongseong Creature (2023) merupakan drama terbaru Netflix yang bergenre sageuk, thriller, misteri, aksi, dan juga seram. Bahagian 1 siri ini telah ditayangkan sebanyak 7 episod pada 22 Disember, dan Bahagian 2 dengan baki 3 episod pada 5 Januari 2024.

 

 

4. A Shop for Killers

3b2b0caf 01e2 4aa6 bbf7 683339ab1f25Pada 17 Januari 2024 akan datang, Lee Dong Wook bakal beraksi dalam drama Korea terbaru bertajuk A Shop for Killer. Drama dengan genre thriller misteri ini menceritakan kisah mencengkam yang dialami oleh gadis bernama Jung Ji An yang dijaga oleh bapa saudaranya, Jung Ji Man, yang dilakonkan oleh Lee Dong Wook. Namun selepas dia pergi untuk menyambung pelajaran, Jung Ji An tiba-tiba mendapat berita bahawa bapa saudaranya telah meninggal dunia. Setelah pulang, dia mula mengetahui identiti shopping mall misteri yang diusahakan oleh bapa saudaranya selama ini.

 

5. Long Time No Sex

IMG 7362

Drama komedi LTNS akan datang mengisahkan Woo-jin (Esom) dan Samuel (Ahn Jae-hong), pasangan tanpa anak yang telah berkahwin selama lima tahun. Woo-jin sangat bersemangat, tetapi bekerja sebagai penyambut tetamu di hotel tiga bintang dengan gaji yang sederhana. Sementara itu, Samuel lulus dari universiti berprestij dan pernah bekerja di sebuah syarikat besar, tetapi akhirnya mengalami gangguan mental dan berhenti menjadi pemandu teksi. Beban kewangan dan tekanan akibat kerja, perkahwinan mereka telah kehilangan semua keseronokan. Apabila keadaan kewangan mereka berubah menjadi yang paling teruk, Woo-jin dan Samuel memutuskan untuk memeras ugut pasangan yang mempunyai hubungan luar nikah untuk mendapatkan wang tambahan. Pada masa yang sama, mereka mula memikirkan hubungan mereka sendiri. Drama siri sebanyak 6 episod ini akan disiarkan pada 19 Januari.

 

6. The Bequeathed

IMG 7338

THE BEQUEATHED, siri webtoon popular di Korea, akan diadaptasi menjadi siri Netflix. Kisah ini akan berlaku apabila satu siri peristiwa yang tidak menyenangkan dan pendedahan rahsia keluarga terbongkar apabila seorang wanita mewarisi kubur di sebuah gunung berikutan kematian mengejut bapa saudaranya yang kewujudannya telah dilupakan. Filem thriller misteri ini, dibintangi oleh Kim Hyun Joo, Park Hee Son, Park Byung Eun dan Ryu Kyung Soo, akan ditayangkan di seluruh dunia pada 19 Januari.

 

 

7. Captivating the King

dc12bbce 206c 433e 92aa ce5a1c6263d8Jo Jung Suk juga akan berlakon bersama Shin Se Kyung dalam drama siri Captivating the King. Drama dengan genre romantik ini menyajikan kisah seorang raja bernama Lee In yang terjebak di antara perasaan cinta dan balas dendam terhadap wanita bernama Kang Hae Soo. Khabar gembira, pada 6 Disember lalu, tvN telah mengesahkan bahawa Captivating the King akan tayang secara perdana pada 21 Januari 2024.

 

8. Flower That Blooms at Night

IMG 7359Flower That Blooms at Night atau Knight Flower direncanakan tayang di MBC pada 12 Januari 2024. Drama Korea garapan pengarah Jang Tae Yoo ini mengikuti kisah Lee Honey yang membawa watak sebagai Jo Yeo Hwa. Sebagai seorang balu, Jo Yeo Hwa menjalani kehidupan yang aman damai dan sederhana. Namun dalam diam, dia memiliki kehidupan yang berbeza pada waktu malam hari demi untuk membantu orang-orang yang memerlukan bantuannya. Selain Lee Honey, Flower That Blooms at Night juga dibintangi oelh Lee Jong Won dan Lee Ki Woo.

 

9. Doctor Slump

7614ff2f 1bb0 418c a4a7 bf2d45e6396aDoctor Slump merupakan salah satu drama Korea yang sangat dinantikan. Drama yang membawa genre rom-com ini menyaksikan kemunculan Park Sin Hye selepas melahirkan anak pertamanya dan juga merupakan drama gabungan semula bersama Park Hyung Sik selepas The Heirs 10 tahun yang lalu. Drama ini akan dtayangkan secara perdana pada 27 Januari 2024 akan datang di Netflix dan JTBC setiap Sabtu dan Ahad. Doctor Slump menceritakan tentang Yeo Jung Woo dan Nam Ha Neul yang cuba bangkit kembali selepas mengalami titik terendah dalam hidup mereka. Awalnya saling membenci, kedua-duanya akan mengalami perubahan dengan saling menyokong antara satu sama lain.

 

10. Chaebol X Detective

Drama korea Penulis My Name, Kim Bada, kembali berkolaborasi dengan Ahn Bo Hyun melalui Chaebol X Detective. Drama Korea dengan genre misteri romantik ini mengisahkan tentang konglomerat yang belum cukup dewasa dari segi sikap, tetapi bergabung dengan pasukan penyiasatan di balai polis Kangha. Berita baiknya, SBS telah mengesahkan bahawa Chaebol X Detective akan ditayangkan pada 26 Januari 2024 setiap Jumaat dan Sabtu. Drama ini juga merupakan kemunculan semula Lee Na Eun selepas hampir 4 tahun menyepikan diri dari dunia lakonan.

 

11. In Cold Blood

IMG 7363

Drama Korea In Cold Blood mengisahkan dua beradik perempuan yang berpisah ketika kecil akibat perceraian ibu bapa bersatu semula sebagai ibu dan menantu 20 tahun kemudian. Sebanyak 100 episod, drama siri ini akan ditayangkan pada 22 Januari.

 

12. Queen of Divorce

IMG 7364

Dibintangi oleh Lee Ji-ah dari Penthouse dan Kang Ki-young dari The Uncanny Counter, drama Korea penutup bulan Januari Queen of Divorce mengikuti duo “penyelesai masalah” dan peguam perceraian yang menghukum pasangan jahat pelanggan mereka. Lee memainkan watak Sara Kim, ketua syarikat penyelesaian perceraian. Dahulu sebagai menantu sebuah keluarga dengan latarbelakang undang-undang terkemuka, dia kehilangan segala-galanya dan memulakan syarikat selepas dikhianati oleh suaminya. Sementara itu, Kang memainkan peranan sebagai rakan kongsi perniagaannya, peguam Dong Ki-joon. Seorang bekas pendakwa raya dengan salah satu kadar pendakwaan tertinggi di wilayahnya, secara misteri dia berundur dari jawatannya. Bersama-sama, mereka berdua berusaha untuk mendapatkan penyelesaian terbaik untuk pelanggan mereka yang ingin menceraikan pasangan mereka. Drama siri ini akan ditayangkan pada 31 Januari.

Demikian sahaja senarai drama Korea yang bakal ditayangkan secara perdana pada Januari 2024. Bukan hanya menyajikan plot yang menarik, drama-drama tersebut juga dibintangi oleh para pelakon terkenal Korea Selatan. Nantikan ya!

Baca lagi: 6 Drama Viu Original Pelbagai Genre Bakal Tayang 2024. Tak Sabar Tunggu No.6
Baca juga: 7 Fakta Watak Lee Jong Won dalam Kdrama Knight Flower, Jalankan Misi Rahsia
Baca lagi: 24 Drama Korea Thriller Terbaik 2023, Suspens dan Mendebarkan