Home Disney+ 24 Drama Korea Thriller Terbaik 2023, Suspens dan Mendebarkan

24 Drama Korea Thriller Terbaik 2023, Suspens dan Mendebarkan

0

Trend drama Korea pada tahun 2023 ini semakin menarik. Jika dibandingkan dengan Kdrama yang bergenre romantik, ada banyak Kdrama thriller yang ditayangkan sepanjang tahun ini. Bahkan penonton semakin menyukai drama genre ini kerana kisah mereka yang penuh plot twist dan bervariasi.

Di antara semua drama korea dengan genre thriller yang tayang pada 2023, ada 24 buah Kdrama yang disukai ramai orang dan meraih pujian. Jom kita lihat cadangan Kdrama thriller terbaik 2023 berikut ini!

1. The Glory

e123f31b 8233 42ba 9cc4 a324b8232a9cTahun 2023 ini dibuka dengan The Glory Part 2 yang meneruskan kisah dari bahagian pertama. Drama yang tayang di Netflix ini meneruskan perjuangan seorang mangsa buli yang bernama Moon Dong Eun (Song Hye Kyo) yang ingin balas dendam kepada para pembulinya.

 

2. The Worst of Evil

038ccb27 c656 41bf b7aa eee1f428afc2The Worst of Evil mengikuti kisah Park Jun Mo (Ji Chang Wook), seorang polis yang kecewa dan akhirnya menyamar ke dalam organisasi pengedaran dadah. Dia perlu berhadapan dengan ketua mafia disebalik perdagangan dadah terlarang tersebut iaitu Jung Gi Cheol (Wi Ha Joon).

 

3. Taxi Driver 2

Drama koreaGeng Teksi Pelangi akhirnya kembali lagi dengan Taxi Driver 2 pada tahun 2023 ini. Selepas musim pertama, ahli Teksi Pelangi berpisah dan menjalani kehidupan masing-masing. Namun, Kim Do Gi (Lee Je Hoon) akhirnya berkumpul lagi untuk menyelesaikan berbagai-bagai kes jenayah.

 

4. Revenant

3043514d 67a6 4f7c 9180 c32dd383ac3dRevenant merupakan drama lakonan Kim Tae Ri yang epik kerana menampilkan cerita yang unik dan di luar kebiasaan. Gu San Yeong (Kim Tae Ri) adalah seorang wanita yang dirasuk roh. Perangainya terus berubah ketika roh tersebut ada di dalam dirinya.

 

5. Death’s Game

241e419b bc58 4ae6 bdaa 4421a12b0f5bDeath’s Game yang baru sahaja ditayangkan ini mengikuti kisah seorang lelaki bernama Choi Yi Jae (Seo In Guk). Selama 7 tahun dia sukar mendapat pekerjaan tetap. Yi Jae yang kecewa dan memutuskan untuk bunuh diri. Namun, ternyata Yi Jae tetap tidak aman di alam roh. Dia perlu menghadapi Death (Park So Dam) yang merasa tersinggung kerana dia mempermainkan kematian. Death menghukum Yi Jae hingga dia perlu menghadapi 12 kematian lain di tubuh yang berbeza-beza.

 

 

6. Duty After School

2b4af91d 997c 4bca 8bfd 3551519054d4Duty After School yang tayang di TVING ini terbahagi kepada dua bahagian. Drama ini menceritakan perjuangan pelajar kelas 3 yang perlu menghadapi serangan makhluk asing yang membunuh banyak manusia.

 

7. Mask Girl

0ec41c02 c9fe 46ba 80c2 b3e5fbb9354d 1

Mask Girl menceritakan kisah Kim Mo Mi (Lee Han Byul) seorang pekerja pejabat yang seumur hidupnya dihina kerana dianggap tidak cantik. Walau begitu, dia bercita-cita ingin menjadi seorang diva. Untuk menunaikan impian kecilnya, dia menjadi seorang streamer dengan mengenakan topeng. Namun perkara itu kemudian menyeretnya ke kancah yang lebih hina.

 

8. Vigilante

28a8f646 9ca5 4cef 857c 85dd0f8ab515Vigilante adalah drama yang diadaptasi dari webtoon. Kisahnya fokus pada Kim Ji Yong (Nam Joo Hyuk) yang memiliki pengalaman trauma kerana melihat ibunya dipukul gangster hingga mati. Dia memendam amarah kerana gangster itu hanya mendapat hukuman ringan. Kim Ji Yong akhirnya mempunyai dua kehidupan. Di siang hari, dia adalah seorang pelajar di Akademi Polis. Tetapi di malam hari, dia bersembunyi di sebalik hoodie hitam, memburu penjahat yang tidak dihukum undang-undang.

 

9. Night Has Come

8903c83a fa84 45ba a187 e51ff84cdc90Night Has Come merupakan salah sebuah drama akhir tahun yang mencuri perhatian karena plot cerita yang sukar diteka. Drama thriller-seram ini menceritakan tentang sekumpulan pelajar sekolah yang menyertai lawatan sekolah. Namun di sana, mereka dipaksa untuk bermain permainan yang berakhir dengan kematian. Mereka perlu memecahkan misteri ini supaya terselamat.

 

 

10. Bitch X Rich

KdramaBitch X Rich menyajikan misteri kematian seorang pelajar sekolah. Ada ramai pelajar yang dicurigai sebagai pembunuh. Disebalik kematian ini, ada berbagai-bagai masalah lain yang dialami oleh para pelajar.

 

11. Lies Hidden In My Garden

IMG 7239

Walaupun hanya 8 episod, drama siri Lies Hidden in My Garden mempunyai banyak plot twist tentang pembunuh sebenar, mangsa, dan rahsia yang disimpan oleh setiap watak

 

12. Battle for Happiness

IMG 7240

Misteri kematian seorang wanita kaya dan rahsia yang dipendam oleh kumpulan kejiranan elit toksik yang menjadi tema drama siri Battle for Happiness

 

 

13. My Perfect Stranger

IMG 7241

Dua orang asing pergi ke masa lalu untuk mencegah pembunuhan bersiri dalam drama Korea My Perfect Stranger. Identiti psikopat menjadi plot twist utama dalam drama siri ini

 

14. Sweet Home 3

IMG 7242

Ditayangkan pada 1 Disember 2023, Sweet Home Musim 2 meneruskan cerita perjuangan para penghuni apartment dalam bertahan hidup dari raksasa dan juga kejahatan manusia

 

15. Gyeongseong Creature

IMG 7243

Sudah lama dinanti-nantikan, bahagian 1 pada 22 Disember 2023 Gyeongseong Creature akan menampilkan pertarungan antara para pemuda dan makhluk yang lahir dari nafsu jahat manusia

 

 

16. A Bloody Lucky Day

IMG 7244

Terbahagi dalam 2 bahagian, drama Korea A Bloody Lucky Day menampilkan pertemuan seorang pemandu teksi dan seorang psikopat dan pembunuh bersiri kejam yang menaiki teksi tersebut

 

 

17. D.P 2

IMG 7245

D.P. Musim 2 meneruskan kisah musim pertamanya tentang divisyen D.P. yang menangani kes tentera yang melarikan diri sewaktu latihan ketenteraan

 

18. Evilive

IMG 7246

Membawa genre jenayah-thriller, drama Korea Evilive menampilkan sisi gelap seorang peguam selepas dia berdepan dengan seorang banduan yang mempunyai jiwa psikopat

 

19. Moving

IMG 7247

Merupakan antara drama Korea yang berjaya pada tahun ini, Moving mengikuti kisah orang-orang yang mempunyai kuasa super yang terlibat dalam konspirasi rahsia badan perisikan negara

 

20. Detective Shadow 2

IMG 7248

Meneruskan musim pertamanya, drama Korea Shadow Detective 2 menceritakan tentang kisah seorang detektif veteran yang dituduh sebagai pembunuh

 

21. Song of the Bandits

IMG 7249Berlatarkan tahun 1920-an, drama Korea Song of the Bandits menunjukkan aksi para penyamun yang memperjuangkan tanah air dan kemerdekaan

 

22. The Perfect Deal

IMG 7250

Berjumlah 8 episod semuanya, drama Korea The Perfect Deal menceritakan tentang seorang lelaki muda yang secara tidak sengaja terlibat dalam kes penculikan kawannya sendiri

 

23. Bloodhounds

IMG 5223 1

Drama Korea Bloodhounds ini dibintangi oleh Woo Do-hwan sebagai Kim Gun Woo dan Lee Sang-yi sebagai Choi Woo Jin. Kedua-duanya akan bergandingan sebagai anak muda yang berusaha melawan para lintah darat yang sangat kejam

 

24. Celebrity

IMG 7252

“Celebrity” ialah drama Korea siri Netflix yang menggambarkan realiti sebenar kehidupan glamor dan berdaya saing dikalangan selebriti yang ditemui oleh Seo Ah-ri. Seo Ah-ri melompat ke dunia mereka di mana kemasyhuran membawa kekayaan tetapi dipenuhi dengan skandal gelap.

Drama Korea thriller terbaik 2023 di atas boleh ditonton di pelbagai platform OTT masing-masing. Jika anda belum menonton, cadangan Kdrama thriller di atas boleh menjadi tontonan anda di akhir tahun ini!

Baca lagi: 14 Kdrama 2023, Genre Slice of Life, Terbaru Welcome to Samdalri
Baca juga: 10 Drama Korea Adaptasi dari Siri Barat Terbaik yang Wajib Ditonton