Home Kdrama/Kmovie 14 Kdrama 2023, Genre Slice of Life, Terbaru Welcome to Samdalri

14 Kdrama 2023, Genre Slice of Life, Terbaru Welcome to Samdalri

0

Welcome to Samdalri sudah mula ditayangkam di JTBC sejak 2 Disember 2023 lalu. Kdrama tersebut mengisahkan tentang Cho Yong Pil (Ji Chang Wook) dan Cho Sam Dal (Shin Hye Sun) yang terjerat kisah kasih lama bertaut kembali kerana mereka putus hubungan sewaktu masing-masing masih sayang.

Kisah mereka dan watak-watak lain dalam kdrama ini juga mengajar banyak perkara tentang hidup. Pada tahun ini, slice of life juga merupakan genre yang dibawa oleh beberapa buah Kdrama. Kebanyakan kisah sangat ringan dengan dipenuhi nasihat kehidupan yang dapat dijadikan pedoman.

Jom sama-sama kita lihat 14 Kdrama 2023 yang membawa genre slice of life seperti berikut ini!

 

Kdrama1. Berlatarkan Pulau Jeju, Welcome to Samdalri menampilkan pertemuan antara bekas pasangan kekasih di kampung halaman selepas 8 tahun berpisah

 

e920d664 08d8 4950 9cdd 59f16a7247612. Raih populariti tinggi, Castaway Diva mengikuti kisah menggapai impian yang dilakukan oleh seorang gadis yang terdampar di pulau terpencil selama 15 tahun

 

e0348c22 1217 4d91 bbe1 4cd5287903a23. Bergenre medikal, Daily Dose of Sunshine mengangkat kisah kehidupan seorang juru rawat yang dipindah bertugas ke klinik kesihatan mental

 

670f97fd 4b24 45d1 901e dda71ce22a3e4. Ditayangkan pada 26 Disember akan datang, Between Him and Her menggambarkan emosi dan keperitan sebuah hubungan yang berlangsung selama bertahun-tahun

 

5f6f883a bf72 43a0 a956 c0c04f296a885. Bertemakan sukan, My Lovely Boxer berkisar pada seorang petinju genius yang menghilang selama 3 tahun dan menjalani kehidupan baru

 

3ffef47d 0c7d 470b a20b 7ce27cc197916. Seterusnya adalah Cold Blooded Intern yang menceritakan tentang suru rumah tangga yang kembali meneruskan kariernya setelah lama menyepi

 

e119c176 f2c9 4b21 b731 1eb399b97db87. Tell Me That You Love Me tampilkan pertemuan seniman pekak dan pelakon wanita. Mereka saling belajar mengenai pengalaman hidup yang baru

 

db3cfaa7 466b 4bde b758 174e04e61004

8. Mengangkat kisah penjelajahan waktu, Twinkling Watermelon adalah tentang kehidupan pelajar sekolah yang berusaha meraih impian dan cinta mereka

 

be2f2a69 a82c 4d41 ab2e 3826672af4029. A Time Called You juga bertemakan penjelajahan waktu. Kisah fokus pada seorang gadis yang merindui kekasihnya yang telah tiada

 

30ed7504 38f5 4748 882e dcb5f9c5d82310. Hanya berjumlah 8 episod, One Day Off mengikuti kisah seorang guru yang melakukan perjalanan satu hari pada hari Sabtu untuk menyembuhkan jiwanya

 

6ffe66ce bd74 4fe6 ad9a 71ef7c3bd0a311. Mengangkat isu pendidikan, Crash Course in Romance menceritakan kehidupan seorang gadis yang menjadi penjual lauk pauk

 

3068e043 6be3 4e0a 9b62 55c73f5c3c6f12. Tayang di awal tahun, Agency menyoroti perjuangan seorang wanita yang menjadi eksekutif wanita pertama di syarikat iklan ternama

 

edce9281 df10 4e51 84da d2bba8057ec513. Oasis mengikuti perjalanan hidup seorang lelaki dari keluarga miskin dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam cinta dan karier

 

Kdrama14. Tampilkan kisah kecurangan, Doctor Cha menceritakan tentang seorang suru rumah tangga yang meneruskan latihan kedoktoran selepas 20 tahun

Genre slice of life yang diangkat dalam kdrama siri 2023 di atas membuatkan drama-drama ini menampilkan banyak pengajaran dalam hidup. Ada nasihat tentang kehidupan seharian hingga masalah percintaan. Konflik yang boleh dianggap ringan sehingga tidak akan membuatkan para penonton memerah otak.

Baca lagi: 10 Pelakon Korea yang Kecap Populariti Selepas Muncul Sebagai Second Lead dalam Kdrama 2023
Baca juga: 10 Watak Kdrama Era Joseon yang Datang ke Masa Depan