Home Anime 5 Watak Anime yang Menjelajah Waktu Berkali-kali, Kisah yang Pilu

5 Watak Anime yang Menjelajah Waktu Berkali-kali, Kisah yang Pilu

0
Anime

Penjelajahan waktu merupakan salah satu tema yang sangat popular dalam dunia anime. Watak-watak akan melakukan pengembaraan waktu ke masa depan atau masa lalu demi sesuatu tujuan yang besar.

Perjuangan setiap watak dalam anime ini juga kerap menyentuh hati para penonton, lebih-lebih lagi lima watak berikut ini. Mereka rela melakukan penjelajahan waktu berkali-kali untuk menolong seseorang yang sangat bermakna bagi mereka.

Siapakah lima watak anime yang menjelajah waktu berkali-kali tersebut?

 

1. Rintaro Okabe (Steins;Gate)

69dd4504 9593 4579 8030 fc72dc7545a6Kerana obsesinya terhadap sains, Rintaro Okabe dari anime Steins;Gate (2011) berjaya mencipta sebuah alat penjelajah waktu. Namun, siapa sangka alat yang dibuat dari microwave tersebut akan menyebabkan malapetaka. Kehidupan Rintaro menjadi berubah secara drastik hingga dia tenggelam dalam penderitaan yang tiada penghujung.

Salah seorang sahabatnya, Mayuri Shiina mati secara tragis. Rintaro yang tidak dapat menerima kenyataan cuba untuk kembali ke masa lalu demi menyelamatkan Mayuri. Namun, dia selalu gagal dan berulang kali melihat Mayuri mati.

 

2. Subaru Natsuki (Re:Zero − Starting Life in Another World)

3046b869 9ae2 4b82 b752 977c5b04a035Subaru Natsuki dari anime Re:Zero − Starting Life in Another World (2016) hanyalah seorang pemuda biasa. Namun, semuanya berubah apabila dia secara ajaib dipanggil ke dunia yang disebut Lugunica. Awalnya, Subaru merasa bahagia kerana dapat berada di dunia yang sebelum ini diimpikan.

Namun, semua kebahagiaan tersebut hilang apabila dia diberi satu kuasa untuk kembali dari kematian. Seperti menjelajah waktu, Subaru akan pergi ke beberapa waktu ke belakang sewaktu dia masih hidup. Kuasa tersebut membuatkan Subaru menderita kerana perlu menghadapi rasa sakit dari kematian berulang kali.

 

3. Homura Akemi (Puella Magi Madoka Magica)

be6ecac2 b796 408c 97aa d4badea2949cDemi menyelamatkan sahabatnya, Homura Akemi dari anime Puella Magi Madoka Magica (2011) rela menjelajahi waktu. Homura memiliki kemampuan untuk memanipulasi waktu dan menjelajahinya sesuka hati. Dia juga merupakan manusia yang abadi.

Walau demikian, perjalanan Homura tidak mudah. Homura mengalami kegagalan sebanyak 100 kali. Homura menempuh kegagalan demi mencegah Madoka Kaname, sahabat yang sangat disayangi dari menjadi seorang Magical Girl.

 

4. Shinpei Ajiro (Summer Time Rendering)

f436c71d f402 409c baa8 61bfe8fd743cDemi menyelamatkan orang ramai, Shinpei Ajiro dari anime Summer Time Rendering (2022) perlu melakukan penjelajahan waktu berulang kali. Manusia menghadapi sebuah endemik misteri yang menyebabkan kematian. Endemik tersebut adalah kehadiran sebuah entiti jahat yang menyerupai setiap orang.

Kemampuan Shinpei untuk melakukan pengembaraan waktu itu tiba-tiba muncul tanpa diketahui penyebabnya. Shinpei cuba untuk memahami keadaannya sambil mencari dalang di sebalik endemik tersebut. Sayangnya, Shinpei tidak memiliki kuasa magik untuk melawan entiti jahat tersebut sehingga mengalami kegagalan berkali-kali.

 

5. Takemichi Hanagaki (Tokyo Revengers)

AnimeSiapa sangka, Takemichi Hanagaki dari anime Tokyo Revengers (2021) yang merupakan seorang lelaki biasa akan mengalami perjalanan panjang ke masa lalu. Semuanya bermula sewaktu Takemichi ditolak jatuh oleh seseorang ke arah landasan hingga dilanggar keretapi. Waktu itu, Takemichi sangka dia akan meninggal dunia.

Namun, tiba-tiba sahaja dia terbangun dengan tubuh remajanya yang masih belajar di bangku sekolah. Kemudian, Takemichi menyedari bahawa dua secara ajaib memiliki kebolehan menjelajah waktu untuk kembali ke masa lalu. Takemichi lalu menggunakan kebolehan tersebut untuk menolong bekas kekasihnya yang mati kerana sebuah insiden yang berkaitan dengan masa lalu.

Sayangnya, usahanya tersebut tidak berjalan dengan lancar. Takemichi berulang kali kembali ke masa lalu dan merasakan penderitaan yang tidak berpenghujung.

Boleh pergi ke masa lalu ataupun masa depan tidak semestinya menyenangkan. Kesengsaraan yang dialami oleh kelima-lima watak di atas menjadi bukti nyata bahawa penjelajahan waktu itu mengerikan. Namun, mereka tetap menerima kebolehan tersebut dan memanfaatkannya untuk menolong ramai orang.

Baca lagi: Super Peace Busters Mengumumkan Filem Anime Fureru, Tayang 2024
Baca juga: 5 Watak Anime Wanita yang Nampak Bodoh, Namun Sebenarnya Sangat Kuat