Home Kdrama/Kmovie Boyhood: 8 Nasib Malang Karakter In Siwan Yang Jadi Mangsa Buli

Boyhood: 8 Nasib Malang Karakter In Siwan Yang Jadi Mangsa Buli

0

Boyhood adalah drama siri yang mengisahkan tentang seorang anak remaja yang bernama Jang Byeong Tae (Im Si Wan) yang sering menjadi mangsa buli. Dia selalu dipukul walau di mana pun dia berada.

Suatu ketika, Jang Byeong Tae berjaya menjadi ketua geng kerana sebuah salah faham. Semua orang menyangka dia adalah Harimau Putih Ansan, kaki pukul yang sangat digeruni dan tidak pernah kalah. Dia keawang-awangan dan sangat bahagia waktu itu kerana dilindungi oleh anggota geng.

Tidak lama selepas itu, rahsia Jang Byeong Tae terbongkar kerana Harimau Putih Ansan yang sebenar bersekolah di tempat yang sama dengannya. Dia sudah mula pulih dari amnesia kerana kemalangan. Jang Byeong Tae perlu menghadapi kemarahan Harimau Putih Ansan sebenar dan kawan-kawannya yang sudah dibohongi. Dia dipukul dan tertindas lagi.

Selain perkara itu, apakah nasib malang Jang Byeong Tae yang lain dalam drama Boyhood ini? Jom sama-sama kita lihat!

 

Boyhood1. Walau di mana dia berada, dia selalu dibuli oleh kawan-kawannya yang suka memukul dan berlagak samseng

 

6ba108a9 cc96 422d 9ddd 5e85b16c04082. Lahir dari keluarga miskin yang ayahnya adalah penipu dan selalu melarikan diri kerana dikejar pihak polis serta ibunya hanya penjual susu58d9fbfe c329 47c0 a80b ca5209e33bae3. Pada awalnya cintanya terhadap Kang Seon Hwa berbalas. Sayangnya, dia diketahui berbohong dan gadis itu meninggalkannya

 

1a346fb9 6a9d 41ac a465 0cb322f902534. Masih diambil kesempatan oleh Kang Seon Hwa untuk meminjamkan duit untuk membelikan hafiah kepada lelaki lain walau dia telah ditinggalkan gadis itu

 

6bc96f52 0714 49e1 a63b c1f5fd7830975. Dipukuli dengan teruk oleh geng samseng yang dulu memujanya kerana pembohongannya terbongkar

 

444a61f9 0fa7 4b66 8fc7 8bb47caad1806. Terpaksa memukul satu-satunya kawan yang sangat prihatin padanya, hanya kerana dia perlu mengumpulkan duit untuk diberikan kepada ketua geng

 

8b542bfb 5b33 4b18 87c2 d1e2de1216d2

7. Bekerja keras menghasilkan duit bersama kawan-kawannya, tapi bukan mereka yang menikmati hasil duit tersebut

 

6ada9e11 7a61 41b0 8b79 794f27ccb7f08. Menjadi orang suruhan dan perlu melakukan apa-apa sahaja permintaan ketua geng yang suka menindas dan menghinanya

Jang Byeong Tae terus mendapatkan perlakuan buruk. Setelah ketahuan berbohong, dia sampai tak masuk sekolah. Namun, akhirnya dia memberanikan diri masuk sekolah, dan merelakan dirinya dipukuli habis-habisan serta menjadi pesuruh yang mau melakukan apa saja. Jang Byeong Tae hanya boleh menuruti semua itu. Namun, dia kini sedang belajar bagaimanakah cara untuk mengalahkan mereka-mereka yang berbuat jahat padanya, keluarganya, dan orang-orang terdekatnya. Adakah Jang Byeong Tae akan berjaya?

Baca lagi: Fakta Menarik 4 Watak Utama dalam Boyhood, Ada Im Siwan Lee Si Woo
Baca juga: Im Siwan menjadi Budak Kampung yang Naif dan Kelakar dalam “Boyhood”