Home Artis Korea Choi Woo Shik Bintang Kesayangan Ramai, Berikut Ini 11 Kdrama Lakonannya

Choi Woo Shik Bintang Kesayangan Ramai, Berikut Ini 11 Kdrama Lakonannya

0

Para peminat drama dan filem Korea tentu tidak asing lagi dengan nama pelakon Choi Woo Shik. Pelakon yang pernah bernaung dengan JYP Entertainment ini telah membuat kemunculan sulung sebagai pelakon pada tahun 2011 dan sangat aktif dalam dunia hiburan Korea hingga sekarang. Popularitinya semakin bersinar dari tahun ke tahun.

Choi Woo Shik ini juga pernah memenangi beberapa anugerah berprestij seperti di Blue Dragon Film Awards dan Korean Association of Film Critics Awards pada tahun 2015 sebagai Pelakon Baru Lelaki Terbaik. Selain itu, pada tahun 2024 ini, dia akan muncul dalam drama terbaru bergenre thriller.

Berikut ini merupakan beberapa buah kdrama lakonan Choi Woo Shik:

 

a60b5761 30de 484f 98f2 322d8e741f8e1. Mengisahkan tentang cinta tiga segi antara roh dan manusia, drama Who Are You (2013) menampilkan Choi Woo-shik sebagai cameo dalam episod 10,12 dan juga 13

 

5c219f62 78a9 45ff 855e 728265a1aba52. Dalam drama Someday, Choi Woo-shik bergandingan bersama Jo A Young, drama ini membawa genre romantik, buat penonton cair hati!

 

68d61210 e034 4f17 aced d98feb73fbdb3. Dalam drama Fated to Loved (2014), Choi Woo-shik bergandingan dengan Jang Hyuk dan Jang Na Ra. Drama ini membawa genre romantik komedi, anda pernah menontonnya?

 

3c9ebc6a e0e1 49c2 a2b0 8b189f4113db4. Pada tahun yang sama (2014) Choi Woo-shik muncul sebagai cameo dalam drama You’re All Surrounded di episod 4

 

170a7777 abd4 43c1 8a6d 745375b861d55. Pride and Prejudice merupakan drama dengan rating tinggi pada tahun 2014, Choi Woo Shik membawa watak sebagai pendakwa raya yang menegakkan keadilan

 

3445348e 8ea7 4a1f bc45 ff589a23e4866. Pelakon yang berusia 33 tahun ini juga berlakon dalam drama Hugo’s Love (2015), membawa watak Ha Goo merupakan lelaki baik hati yang selalu gagal dalam percintaan

 

cf45b369 ad3c 42e0 b9c7 00755fe6f6e77. Masih pada tahun yang sama, Choi Woo Shik muncul sebagai cameo dalam drama Dream Knight (2015), dia membawa watak sebagai mahasiswa

 

f9639683 a11e 405e afb6 87d3a850dcf2

8. Membawa genre romantik komedi, Choi Woo Shik dalam drama The Boy Next Door (2017) membawa watak sebagai Park Gyu Tae seorang pelajar dari keluarga yang kaya raya

 

Choi woo shik9. Choi Woo Shik merupakan pelakon utama dalam drama The Package (2017), watak Kim Gyung Jae yang dibawa olehnya adalah seorang pelancong di Paris

 

ad679e36 921a 453d 9c53 38a5561537de10. Dalam drama Our Beloved Summer (2021) Choi Woo Shik bergandingan dengan Kim Da Mi yang mengisahkan tentang pasangan yang bertemu kembali

 

7a2a02df 3d05 4054 8f01 2be291d4666e11. Merupakan pelakon utama dalam drama A Killer Paradox (2024), Choi Woo Shik membawa watak sebagai Lee Tang iaitu seorang pelajar yang mempunyai kebolehan supernatural

Walaupun pada awal kemunculannya dia hanya membawa watak pembantu dalam drama Korea sebagai cameo. Tetapi bakat lakonannya sangat dihargai sampai sekarang dan dia kini sering diberi kepercayaan untuk membawa watak utama dalam beberapa buah Kdrama.

Baca lagi: Kdrama Thriller Mac 2024, “Let’s Get Grabbed by the Collar” Menampilkan Kim Ha Neul
Baca juga: Watak-Watak Second Lead dalam Kdrama Januari 2024 Ini Berjaya Mencuri Hati Penonton