Home Kdrama/Kmovie Sajo Seung Lelaki Paling Kejam dalam Love Song For Illusion, Watak Bengis...

Sajo Seung Lelaki Paling Kejam dalam Love Song For Illusion, Watak Bengis Yang Dibenci

0

Episod perdana Love Song for Illusion sudah ditayangkan pada hari Selasa 2 Januari 2024 yang lalu.

Love Song for Illusion atau nama dalam versi webtoon dia Fantasy Sonata, mengisahkan tentang putera mahkota Sajo Hyun (Park Ji Hoon) yang mempunyai banyak identiti.

Pada satu masa, dia menyamar menjadi pereka busana di sebuah butik. Di waktu yang lain, dia adalah lelaki tampan yang membuat ramai orang terpesona yang bernama Ak Hee.

Ada juga Yeon Wol (Hong Ye Ji) yang menggantikan identitinya sebagai Gye Ra dan bergabung dengan kumpulan pembunuh. Perkara ini dilakukannya untuk membalas dendam ayahnya. Suatu hari, Gye Ra memasuki istana untuk melancarkan aksinya tetapi dia terjebak pula menjadi gundik putera mahkota.

Di awal penayangan Love Song for Illusion, drama fantasi komedi romantik ini sudah menampilkan beberapa masalah yang pelik yang menjadi penyebab kepada banyak konflik yang terjadi dan menimpa Yeon Wool (Hong Ye Ji).

Yeon Wool adalah satu-satunya anak perempuan kepada Yeon Poong Hak, orang yang dibunuh secara kejam dan tidak adil oleh Sajo Seung. Sajo Seung adalah orang yang melakukan banyak kejahatan dalam hidupnya. Dia juga merebut secara paksa kuasa istana kerajaan sebelum ini.

Selain itu, berikut ini merupakan tujuh kejahatan lain yang dilakukan oleh Sajo Seung dalam Love Song for Illusion, jom sama-sama kita lihat!

 

Love song for illusion
1. Sajo Seung selalu memukul dan mendera anaknya sendiri iaitu Sajo Hyun hanya kerana Sajo Hyun suka melukis rekaan busana sejak kecil lagi

 

 

Love song
2. Sajo Seung juga melakukan gerakan pengkhianatan kepada keluarga diraja sebelum ini, dan merebut takhta sebagai seorang raja

 

 

Fantasy sonata
3. Dia dengan kejam turut membunuh seluruh keluarga Yeon Poong Hak yang menolak untuk mengakui kedudukannya sebagai raja

 

 

9fbe9be6 8197 4b87 ab0a cba4fa216efd
4. Sewaktu kejadian itu, dia membawa secara paksa anak lelakinya, dan menyuruh anak lelakinya itu untuk menyaksikan kekejiannya sewaktu membunuh Yeon Poong Hak

 

 

1e126fcf 36c8 44df 95ad 92a695663c8c
5. Kerana kejadian ngeri dan tragis ini, jiwa anak lelakinya itu sangat terganggu dan membuatkan anak itu trauma dengan bau darah

 

 

be0a9a0d d477 4309 a093 cdadb06b28fc
6. Kerana kejahatan Sajo Seung, Yeon Wool yang merupakan satu-satunya anak perempuan Yeon Poong Hak menjadi yatim piatu dan hidup sebatang kara

 

 

e8a953d6 a9de 4a32 b0ad 1c8d9ccea450
6. Selepas naik takhta dia langsung tidak menjalankan kewajipannya, dia hanya sibuk berfoya-foya dan mabuk bersama wanita penghibur setiap masa

 

 

51618c10 36ed 4704 94b1 0d95b81d25e3
7. Dia juga mengabaikan rakyatnya dan terus membiarkan pegawai-pegawai istana di bawah pemerintahan untuk terus melakukan rasuah dan pecah amanah

Kejahatan dan aksi pengkhianatan Sajo Seung pada masa lalu membuatkan Yeon Wool, anak tunggal Yeon Poong Hak hidup dengan penuh dendam terhadapnya. Kini Yeon Wool sudah beranjak dewasa, dia sudah merancang aksi balas dendam kepada Sajo Seung. Kali terakhir dia hampir berjaya membunuh Sajo Seung namun aksinya itu gagal. Apakah rancangannya seterusnya?

Jangan lupa saksikan kisah selanjutnya Love Song for Illusion setiap hari Isnin dan Selasa di KBS2 dan Bilibili ya!

Baca lagi: 10 Drama Korea Paling Popular Pada Awal Tahun 2024 Berdasarkan Institut Tinjauan Good Data Corporation
Baca juga: 3 Kdrama Sageuk Tayang Januari 2024