Home Artis Korea Kenali Pelakon dan Watak “A Shop for Killers”, Bakal Menemui Anda 17...

Kenali Pelakon dan Watak “A Shop for Killers”, Bakal Menemui Anda 17 Januari 2024

0

A Shop for Killers merupakan drama siri Korea Selatan terbaru yang telah lama ditunggu-tunggu, bakal ditayangkan tidak lama lagi!

Kisah cerita drama “A Shop for Killers” ini diambil dari novel karya penulis Kang Ji Young yang dilancarkan pada tahun 2020.

A Shop for Killers mengisahkan tentang seorang anak saudara yang berada dalam krisis kerana warisan dan peninggalan berbahaya mendiang bapa saudaranya.

IMG 0143

Beberapa petikan dari para pelakon drama ini sudah pun disiarkan. Jom sama-sama kita lihat barisan pelakon yang membintangi drama siri A Shop for Killers sambil berkenalan dengan watak-watak yang dibawa oleh mereka.

 

33dcd69c fb0c 41f3 8566 8989283f9ae41. Lee Dong Wook membawa watak sebagai Jeong Jin Man. Dia menjalankan pusat perniagaan pasaraya khas untuk para pembunuh sambil membesarkan anak saudaranya

 

 

da91067a a61d 4256 b372 252bd99df1742. Jeong Ji An yang merupakan anak saudara kepada Jin Man dilakonkan oleh Kim Hye Jun. Dia hidup bersama bapa saudaranya itu setelah ibu bapanya meninggal dunia sejak dia masih kecil lagi

 

 

7f162bb4 f0af 4d02 95c1 b24ec47baa9e3. Seo Hyun Woo akan membawa watak sebagai salah seorang pemangsa yang mencari Ji An selepas kematian Jin Man, lelaki itu adalah seorang penembak tepat yang bernama Lee Seong Jo

 

 

8056e0cb e4f3 47a0 be8e d5683ec98c534. Semua insiden tersebut dimulakan oleh Veil, watak yang dibawa oleh Jo Han Sun. Hubungan buruk dengan Jin Man pada masa lalu merupakan pencetus segala huru-hara

 

 

83e72f1b ecdc 4d5b bca0 88d085a00f875. Park Ji Bin membawa watak sebagai Bae Jeong Min iaitu kawan sekelas Ji An. Dia akan menguak pusat perniagaan pasaraya Jin Man dengan menggunakan bakatnya menggodam!

 

 

05243e98 164d 46c1 9a79 44f7c015f6716. Geum Hae Na akan muncul sebagai Min Hye, pembunuh kelas S yang mampu bertarung dengan tangan kosong atau dengan menggunakan pisau dan senjata api

72f6a177 d127 4ae0 9806 cae8aa3d8f347. Pelakon yang menutup wajahnya ini adalah Lee Tae Young. Dia membawa watak sebagai Brother, seorang pekerja sambilan di pasaraya milik Jin Man

 

 

Shop for killers8. Kim Min membawa watak sebagai Pa Sin yang merupakan kawan lama Jin Man dan juga guru Muay Thai Ji An

Misteri tentang pasaraya milik Jin Man dan sebab musabab di sebalik kematiannya akan diungkap oleh Ji An. Tayangan drama A Shop for Killers dijadualkan pada 17 Januari 2024 akan datang dengan jumlah lapan episod semuanya, para penonton akan disajikan dengan banyak adegan aksi dan penuh babak-babak yang memaparkan suasana yang tegang. Nantikan ya!

Baca lagi: Lee Dong Wook Tampil Dingin Dalam Drama Aksi Thriller ‘A Shop for Killers’ 17 Januari 2024
Baca juga: Persamaan Marry My Husband dan Perfect Marriage Revenge, 2 Kdrama Adaptasi Webtoon Yang Digilai Ramai