Home Movie Tarikh Akhir Tayangan Filem Korea Jo Pil Ho, 19 Januari 2024

Tarikh Akhir Tayangan Filem Korea Jo Pil Ho, 19 Januari 2024

0

 

Jo Pil Ho ialah sebuah filem Korea 2019 yang diarahkan oleh Lee Jeong Beom (Man from Nowhere, No Tears For The Dead). Filem itu merupakan projek pertamanya sejak 2014 dan ia dibintangi oleh mendiang pelakon Lee Sun Kyun (Parasite) bersama pelakon Jeon So Nee dan Park Hae Joon.

Kisah tentang seorang polis bernama Jo Pil Ho

IMG 0150

Filem ini mengisahkan seorang anggota polis jahat dan korup bernama Jo Pil Ho (Lee Sun Kyun) yang mengutip rasuah daripada penjenayah. Dengan cara itu, Pil Ho terpaksa menutup mata terhadap kegiatan haram yang mereka lakukan.

Jo pil ho

Tetapi semasa rancangan jahat yang dia lakukan pada suatu hari, satu letupan tidak disengajakan berlaku, membunuh orang kanannya Ki Cheol (Jung Gan Ram). Jo Pil Ho, yang turut berada di tempat kejadian, menjadi suspek utama kemalangan itu, dan pihak pendakwa mula mencari bukti untuk mendakwanya.

Dalam pada itu, Jo Pil Ho mendapati bahawa sebelum Ki Cheol meninggal dunia akibat letupan, dia telah menghantar klip video kepada dua orang dan mungkin satu-satunya bukti yang boleh membuktikan kebenaran di sebalik kemalangan itu.

IMG 0153

Salah seorang penerima klip itu ialah teman wanita Ki Cheol, Mi Na (Jeon So Nee), seorang pelajar sekolah menengah. Ketika kedua-dua Jo Pil Ho dan pihak pendakwa mula mengejar Mi Na, JonPil Ho mendapati bahawa terdapat skim yang lebih besar di sebalik “kemalangan” yang telah memerangkapnya itu.

Akibatnya, dia perlu mencari bukti dan menyiasat suspek asal bagi membersihkan nama baiknya.

IMG 0155

Sebahagian penonton mungkin dirundung keresahan sejak awal filem apabila melihat sosok yang diharapkan menjadi watak antagonis itu, rupa-rupanya dia adalah seorang leftenan yang memiliki moral yang rosak.

Namun begitu, watak Jo Pil Ho menarik untuk ditonton. Dia bukanlah seorang yang baik tetapi dia juga tahu apa yang betul dan salah.

Secara keseluruhan, ia adalah filem thriller aksi jenayah yang agak berjaya walaupun ia terasa agak panjang dan “slow burn” tetapi kebanyakannya pada separuh masa pertama sahaja.

Filem ini akan ditamatkan siarannya pada 20 Januari. Jadi anda boleh strim filem ini di Netflix sehingga 19 Januari 2024 ya!

Baca lagi: Kenali Pelakon dan Watak “A Shop for Killers”, Bakal Menemui Anda 17 Januari 2024
Baca juga: Pembunuh Bersiri Mengerikan, 3 Watak Kejam Dalam Kdrama Januari 2024