Home Artis Korea Pembunuh Bersiri Mengerikan, 3 Watak Kejam Dalam Kdrama Januari 2024

Pembunuh Bersiri Mengerikan, 3 Watak Kejam Dalam Kdrama Januari 2024

0

Genre pembunuh bersiri ialah sejenis fiksyen jenayah yang berpusat di sekitar perbuatan pembunuh bersiri.

Terdapat lebih daripada beberapa rancangan TV yang memaparkan beberapa subjek yang agak gelap seperti pembunuh bersiri sama ada fiksyen atau daripada kejadian yang pernah berlaku di sana.

Dan bukan rahsia lagi bahawa drama Korea sangat popular di seluruh dunia dan menambah menariknya lagi, industri perfileman/drama Korea cukup sinonim dengan kisah-kisah bergenre misteri, psikopat, penyiasatan dan pembunuhan.

Contohnya dua watak penting dalam Death’s Game Part 2 yang telah tamat pada 5 Januari 2023 lalu telah berjaya membuat penonton merasa ngeri dan seriau dengan perbuatan mereka. Kedua-duanya ialah watak lelaki psikopat gila yang telah melakukan pembunuhan bersiri sadis terhadap berbelas orang mangsa.

Selain dalam drama Death’s Game, terdapat juga watak pembunuh bersiri lain dari drama yang sedang ditayangkan. Mereka ini juga boleh disebut sebagai psikopat dan lelaki kejam kerana melakukan pembunuhan sesuka hati.

Berikut ini adalah 3 watak yang paling kejam yang merupakan pembunuh bersiri dalam drama Korea yang ditayangkan pada bulan Januari 2024.

 

1. Noh Suk Min (Kim Tae Hoon)

Pembunuh bersiriKejahatan Noh Suk Min akhirnya terungkap dan dia adalah dalang disebalik semua kes pembunuhan yang terjadi dalam drama My Demon. Kes kemalangan yang meragut nyawa ibu bapa Do Do Hee juga dilakukan oleh Noh Suk Min. Kemudian, dua juga merupakan pembunuh salah seorang pekerja di syarikat keluarganya.

Puncak kegilaan Noh Suk Min adalah ketika dia sanggup membunuh ibu kandungnya sendiri. Pembunuh yang selama ini merupakan orang kanan Noh Suk Min juga mati di tangah lelaki iblis itu apabila dia dibakar hidup-hidup.

Kini, Noh Suk Min terus memberi ancaman serta melakukan tindakan berbahaya untuk membunuh Do Do Hee. Selepas melakukan semua kejahatannya, Noh Suk Min akan tersenyum puas. Dia juga langsung tidak menunjukkan perasaan takut atau rasa bersalah atas perbuatannya.

 

2. Jeong Gyu Cheol (Kim Jae Wook)

3a5d6bd8 8046 40f2 b061 a6d1cdbb2748Terbawa-bawa dengan perasaan sendiri yang merasakan seperti bakatnya tidak dihargai oleh dunia, Jeong Gyu Cheol dalam Death’s Game mengubah dirinya menjadi pelukis paling gila dan sadis. Semua kegilaan ini bermula ketika dia tanpa sengaja melihat orang yang bunuh diri.

Dia langsung tidak menolong mangsa tersebut, namun Jeong Gyu Cheol melukis keadaan mangsa bunuh diri yang dalam keadaan mengerikan itu. Tanpa disangka, lukisan tersebut mendapat pujian hingga terjual dengan harga yang sangat mahal. Dari situ, Jeong Gyu Cheol menganggap bahawa penderitaan manusia mampu membuatnya dihargai sebagai pelukis hebat.

Demi mendapatkan penghargaan atas bakat melukisnya, Jeong Gyu Cheol sanggup melakukan pembunuhan bersiri sebagai inspirasi dan juga objek dalam karyanya. Semua lukisan yang dihasilkan dari pembunuhan-pembunuhan kejam mendapat sambutan hangat dan sangat disukai oleh para peminat lukisan.

Pada titik itu, rasa kemanusiaan dalam diri Jeong Gyu Cheol seperti telah hilang. Dia telah berubah menjadi pelukis kejam yang berjiwa psikopat.

 

3. Park Tae Woo (Kim Ji Hoon)

ba773b40 efaf 4cdf b332 4326c9f161e4Semuanya bermula semasa dia menyaksikan mangsa tidak berdaya yang tanpa sengaja dilanggarnya, Park Tae Woo dalam Death’s Game mula merasa bahagia dan keawang-awangan. Dia juga merasa puas dengan kematian lelaki itu yang seolah-olah meminta belas darinya.

Bermula waktu itu, setiap kali dia hendak mencari kepuasan untuk meredakan kemarahannya, Park Tae Woo akan membunuh manusia sesuka hati. Dia pernah menikam secara brutal orang asing yang ditemui di jalanan, hanya kerana sedang dirundung amarah yang meluap-luap. Lebih gila lagi, Park Tae Woo juga sanggup membunuh adik kandungnya sendiri.

Bukan tanpa sebarang sebab, watak-watak kejam ini disebut sebagai psikopat dan pembunuh bersiri bukan hanya kerana melakukan kejahatan sahaja, tetapi kerana mereka juga menunjukkan kepuasan dan langsung tidak rasa bersalah melakukan pembunuhan-pembunuhan yang mengerikan.

3 watak atas telah membawakan peranan mereka sebagai pembunuh bersiri mengerikan yang dijamin akan membuatkan anda terpikat!

Baca lagi: Jang Na Ra Dibelenggu Pelbagai Masalah dalam My Happy Ending, Sakit Bertubi-tubi Ditikam Belakang

Baca juga: 9 Konflik Suami Isteri Paling Dahsyat dalam Kdrama, Mengejutkan dan Penuh Helah