Home Video Sujud Syukur Lepas Dapat Makanan Percuma, Reaksi Penunggang Motosikal Ini Buat Ramai...

Sujud Syukur Lepas Dapat Makanan Percuma, Reaksi Penunggang Motosikal Ini Buat Ramai Sebak

0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok nabimira_ishak, dan telah ditular baru-baru ini di media sosial.

Dalam video klip ini menunjukkan reaksi seorang penunggang motosikal mengambil bungkusan makanan yang telah disediakan di atas meja secara percuma. Namun tindakan penunggang motosikal ini juga membuatkan penonton sebak melihat beliau sujud syukur apabila mendapat makanan itu secara percuma.

Video klip ini juga telah tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Screenshot 2024 01 12 212528
(Gambar hiasan)

Netizen turut memberi komen mengenai video klip ini, mengatakan reaksi penunggang motosikal tersebut sememangnya membuatkan para penonton sebak melihat beliau sujud syukur apabila mendapat makanan percuma. Ada juga yang mengatakan reaksi lelaki tersebut kemungkinan dalam keadaan susah. Serta netizen turut berterima kasih kepada individu yang meletakkan bungkusan makanan yang disediakan di tepi jalan secara percuma.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 359.4K penonton, 17.6K sukaan dan 1050 komen.

Baca lagi: Depan Belakang Hilang, Pemuda Kecewa ‘Rim’ Motosikal Kena Rembat

Baca lagi: Letak Batu Bata Dalam Jalan Berlubang, Tindakan Penunggang Motosikal Ini Dapat Pujian Ramai

Lihat klip durasi pendek reaksi penunggang motosikal ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Kak Oyee6911: dia nmpk tgh susah..tp dia ambik satu je…terus sujud syukur… terima kasih org baik

@Qaisara_U3: jika boleh memilih untuk jadi apa..sy pilih utk jd org yg baik..

@Permata Biru: mesti saat itu dia amat memerlukan ..tapi dia xtamak langsung…ambil 1 ja..Allahuakbar..smoga dipermudahkan segala urusan nya

@Azmandiah: dia blh amik byk tp dia amik 1 sbb dia tau ramai Lagi org susah

@BlackSun: mula tgk rasa biasa ja tapi part dia sujud tu auto air mata aku bergenang

@deanjefre: Pada yg mampu teruskan bantu orang yg memerlukan

@Idawatie Wahab: pernah rasa dlm situasi terlalu lapar,tiba2 ada yg memberikan makanan dgn senyum, aku menangis dan syukur, vtt bt aku

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Daebaking juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram