Home Disney+ A Shop for Killers, Musuh Dalam Selimut Muncul dalam Episod 4

A Shop for Killers, Musuh Dalam Selimut Muncul dalam Episod 4

0

Siri aksi A Shop For Killers ditayangkan pada Rabu, 17 Januari 2024. A Shop For Killers ialah adaptasi daripada novel karya Kang Jiyoung. Siri aksi thriller misteri ini ditulis oleh Ji Ho-jin dan Lee Kwon, dan diarahkan oleh Lee Kwon.

A Shop For Killers ialah sebuah drama Korea yang mengisahkan kisah menarik dan misteri tentang jenayah. Sesuai dengan tajuknya, ia adalah sebuah kedai misteri dimana pembunuh upahan bertemu untuk membeli senjata api dan menjalankan misi maut.

Episod 3 dan 4 A Shop for Killers telah ditayangkan pada 24 Januari 2024. Penonton dihidangkan dengan sambungan kisah Jeong Jian yang bertahan apabila diserang oleh para pembunuh upahan selepas kematian bapa saudaranya, Jeong Jinman.

Ending episod 4 membuatkan penonton mempunyai trust issue dengan karakter Bae Jeong Min yang dilakonan Park Ji Bin. Lalu, siapa sebenarnya Bae Jeong Min?

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

1. Orang yang mengurung Jeong Jian semasa di sekolah rendah adalah Bae Jeong Min

A shop for killersSewaktu masih di sekolah rendah, Jeong Jian (Kim Hye Jun) berpindah sekolah. Disebabkan trauma, Jeong Jian tidak boleh bercakap walau sepatah kata pun. Kerana kekurangan itu, dia selalu dibuli di sekolahnya, paling teruk dia dikurung di sebuah bilik.

Episod 4 mendedahkan bahawa orang yang mengurung Jeong Jian (Ahn Se Bin) pada waktu itu adalah Bae Jeong Min (Kim Ye Gyeom). Bae Jeong Min yang memberitahu Jeong Jinman (Lee Dong Wook) bahawa Jeong Ji An dikurung.

Selain itu, semasa ending episod 4, ditunjukkan babak kucing peliharaan Jeong Jian yang mati. Mungkin Bae Jeong Min adalah penyebab kucing itu mati.

 

2. Babak Bae Jeong Min tiba-tiba muncul di depan rumah Jeong Jinman tampak sangat mencurigakan

59cb0b8e ef31 494d adfa 8acf3770a7adKemunculan Bae Jeong Min pertama kali di rumah Jeong Jian juga sangat mencurigakan. Tiba-tiba dia berkunjung ke rumah Jeong Jinman semasa Jeong Jian baru sampai ke situ. Tambahan pula mereka berdua tidak terlalu akrab.

Selain itu, Bae Jeong Min menawarkan diri untuk membersihkan bilik mandi yang merupakan tempat kejadian kematian Jeong Jinman. Kecurigaan para penonton menghilang setelah Bae Jeong Min mengembalikan telefon bimbit Jeong Jinman yang ditemui di bilik mandi kepada Jeong Jian.

 

3. Brother mendedahkan bahawa Jeong Jinman mati selepas bertemu Bae Jeong Min

fb449eb2 4318 4b8f b3a4 6d87f58d69e0Di akhir episod 3, watak baru yang bernama Brother (Lee Tae Young) diperkenalkan. Dia adalah pekerja Murthehelp yang selama ini tinggal di gudang tempat ‘pusat beli belah’.

Brother mengatakan bahawa Jeong Jinman tidak mungkin bunuh diri. Tapi Jeong Jin Man tiba-tiba sahaja ditemui mati selepas bertemu dengan Bae Jeong Min. Brother turut menyimpan bukti di dalam sebuah fail yang bertajuk ‘0404’.

 

4. Di akhir episod 4, Bae Jeong Min menyuntik Jeong Jian dengan cecair pelali

03f79056 1d6f 4407 b8bc 708d3e4e5b31Lebih mempercayai Bae Jeong Min, Jeong Jian menyuruh Brother ke luar untuk memberikan ubat dan peluru kepada Son Min Hye (Geum Hannah). Selepas Brother pergi, Bae Jeong Min menyuntik Jeong Jian dengan cecair pelali.

Masih belum jelas tentang alasan Bae Jeong Min menyuntik Jeong Jian. Adakah dia memang merancang untuk menggodam server Murthehelp? Atau mungkin dia adalah sebahagian dari kumpulan pembunuh yang mahu menguasai Murthehelp?

Masih menjadi misteri siapakah sebenarnya Bae Jeong Min. Tambahan pula dia berusaha membuatkan Jeong Jian mencurigai Brother. Bae Jeong Min juga melarang Jeong Jian membuka fail ‘0404’.

Selain itu, di akhir episod 4, kelihatan sekumpulan penjahat yang mula membuka drone dan peralatan canggih mereka. Adakah mereka juga ada kaitan dengan Bae Jeong Min?

Baca lagi: Kim Hye Jun Hampir Mengundur Diri dari “A Shop For Killers” Kerana Latihan Aksi Yang Terlalu Sukar
Baca juga: 4 Fakta Menarik A Shop For Killers, Misteri Pusat Beli Belah Dimiliki Lee Dong Wook, Anak Saudara Jadi Sasaran Bunuh