Home Artis Korea Berita Bahagia Untuk Peminat, 5 Selebriti Korea Ini Tamatkan Zaman Bujang Pada...

Berita Bahagia Untuk Peminat, 5 Selebriti Korea Ini Tamatkan Zaman Bujang Pada Tahun 2024

0

Nampaknya pada awal tahun 2024 ini, industri hiburan Korea Selatan dimeriahkan dengan banyak berita yang menggemparkan.

Baik berita bahagia, mahupun berita yang mengundang kontroversi. Salah satu berita bahagia yang sering ditunggu-tunggu adalah berita tentang beberapa pasangan artis dan selebriti Korea Selatan yang akan menamatkan zaman bujang pada tahun ini.

Pada tahun 2024 nampaknya ada lima orang artis dan selebriti yang telah mengesahkan bahawa mereka akan melangsungkan perkahwinan. Siapakah mereka?

 

1. Tia bekas ahli ChoColat dan penyanyi DAVII

50a38567 98fe 4d5c b7ad e0e2c794e158Bekas anggota kumpulan ChoColat dan penyanyi DAVII melangsungkan resepsi perkahwinan pada 2 Januari 2024. Upacara perkahwinan mereka dihadiri oleh sanak saudara dan kawan-kawan rapat.

Sebagai seorang ahli muzik, Tia dan DAVII mengabadikan saat bahagia perkahwinan dengan melancarkan sebuah lagu bertajum “Bouquet”. Lagu tersebut dimainkan tepat pada hari bahagia mereka.

 

2. Gohn bekas ahli TOP DOGG dan Daya bekas ahli A.KOR

445b23fe 8a77 4f0a b698 84195ac52348Pada 22 Januari 2024, Daya melalui lama. Instagram peribadi miliknya telah mengumumkan berita perkahwinannya dengan bekas anggota kumpulan Top Dogg iaitu Gohn. Mereka telah menjalin hubungan cinta selama sepuluh tahun. Gohn dan Daya akan melangsungkan perkahwinan pada 27 Januari 2024 nanti.

 

3. Yuna bekas ahli AOA dan komposer muzik Kang Jung Hoon

5ef8f6bb 3968 4893 aa42 154dca5b51d0Yuna dan Kang Jung Hoon disahkan akan mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2024. Kang Jung Hoon dikenali sebagai komposer muzik yang terlibat dalam kumpulan GALACTICA. Dia juga dikenali dengan nama pentas Friday.

Selepas menarik diri dari FNC Entertainment pada tahun 2021, Yuna beralih menjadi juru latih pilates dan yoga. Dia sudah cukup lama tidak membuat kemunculan dalam dunia muzik dan juga lakonan.

 

4. Thunder bekas ahli MBLAQ dan Mimi bekas ahli Gugudan

a6f55f69 7e53 403e 88dd 18c97b500924Thunder dan Mimi bakal menamatkan zaman bujang mereka selepas lebih empat tahun menjalin hubungan asmara. Mereka disahkan akan melangsungkan perkahwinan pada 26 Mei 2024.

Sebelum mendirikan rumah tangga, Thunder dan Mimi mengumumkan akan kembali aktif dalam dunia seni suara dengan membentuk kumpulan duo yang dinamakan CATtRIEVER. Mereka tampil pada 21 Januari 2024, dengan melancarkan lagu debut bertajuk “Sunflower”

 

5. Jo Se Ho dan pasangan bukan selebriti

SelebritiA2Z Entertainment mengesahkan bahawa pelakon komedi Jo Se Ho akan menamatkan zaman bujang. Dia sedang menjalin hubungan serius dengan wanita bukan selebriti yang memiliki jarak usia sembilan tahun lebih muda.

Jo Se Ho merancang untuk berkahwin pada tahun 2024 ini, tetapi untuk tarikh sebenar hari bahagia itu belum ditetapkan. Jo Se Ho telah lama berkecimpung dalam industri hiburan Korea dan kini usianya telah mencapai 41 tahun.

Kelima-lima berita perkahwinan pasangan selebriti di atas mendapat sambutan hangat dari para peminat setia. Semoga berbahagia dan dapat membina keluarga yang harmoni.

Baca lagi: 9 Selebriti Wanita Ini Dianggap Melanggar Kriteria Kecantikan Korea Selatan
Baca juga: 5 Selebriti Lelaki Ini Curang Dengan Pengasuh Anak Mereka Sendiri