Home Artis Korea 3 Artis Korea ini Didapati Bersalah Kerana Melanggar Undang-Undang pada Tahun 2024

3 Artis Korea ini Didapati Bersalah Kerana Melanggar Undang-Undang pada Tahun 2024

0

Nampaknya pada awal tahun 2024 ini, terdapat banyak juga berita yang tidak sedap didengar dari industri hiburan Korea Selatan.

Terdapat beberapa orang artis yang terlibat dengan kes jenayah dan telah dijatuhkan hukuman atas perbuatan salah mereka.

Tiga orang artis Korea Selatan berikut ini telah menerima hukuman dengan keputusan mahkamah yang dilaksanakan pada awal tahun 2024. Siapakah mereka? Jom sama-sama kita lihat maklumat lanjut di bawah ini!

 

1. Nam Tae Hyun bekas ahli WINNER

c8f07d06 e087 4dc4 8e66 a96ab5bee031Bekas anggota kumpulan WINNER, Nam Tae Hyun dijatuhi hukuman penjara 1 tahun, masa percubaan dan sekatan dari aktiviti seni selama dua tahun dan juga menjalani sesi pemulihan selama 40 jam serta denda. Dia wajib menjalani sesi pemulihan kerana kes penyalahgunaan dadah. Keputusan mahkamah tersebut dikeluarkan pada 18 Januari 2024 yang lalu.

Tae Hyun didakwa telah menggunakan ubatan terlarang pada bulan Ogos 2022 bersama dengan bekas teman wanitanya, Seo Min Jae (kini telah mengganti nama kepada Seo Eun Woo). Dia juga mengakui kembali menggunakan dadah pada bulan Disember 2022.

Baca lagi: Selain Lee Sun Kyun, 7 Artis Korea Ini Juga Menamatkan Riwayat Mereka dengan Tragis

2. Domo bekas ahli LAM (Like A Movie)

Artis koreaDomo dijatuhi hukuman dua tahun masa percubaan dan melakukan khidmat masyarakat selama 80 jam atas kes tidak melakukan tugas latihan ketenteraan wajib dengan cara memanipulasi rekod kesihatan. Dia memalsukan ujian kesihatan dengan mendakwa dia mempunyai kecacatan intelektual.

Kes Domo menggemparkan masyarakat Korea pada pertengahan bulan Januari 2024. Dia kemudian mengumumkan menarik diri dari kumpulan LAM pada 17 Januari 2024 yang lalu.

Baca juga: 14 Artis Korea Paling Laris Pada Tahun 2023

3. Jung Chang Wook

18893000 a90a 4aea 81c8 6f8c891f0bccJung Chang Wook dikenali sebagai chef selebriti yang menyertai program JTBC Chef and My Fridge pada tahun 2014. Dia dijatuhi hukuman empat bulan penjara atas kes menyerang dan mengancam seseorang dengan senjata. Keputusan tersebut dinyatakan pada 22 Januari 2024 baru-baru ini.

Kes Jung Chang Wook tersebut berlaku pada bulan Ogos 2021, sewaktu sedang di Hawai untuk keperluan penggambaran untuk skot YouTube. Dia melakukan serangan dan sempat menghunuskan senjata kepada produsernya dan salah seorang rakan yang lain.

Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima balasan. Pihak mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sesuai dengan kes yang dilaporkan berlaku. Semoga artis-artis yang dijatuhkan hukuman di atas dapat merenung kembali kesalahan mereka dan insaf.

Baca lagi: Berita Bahagia Untuk Peminat, 5 Selebriti Korea Ini Tamatkan Zaman Bujang Pada Tahun 2024
Baca juga: Artis-Artis Korea Ini Menggemparkan Dunia Hiburan 2023 Dengan Kisah Cinta Mereka