Home Artis Korea Artis-Artis Korea Ini Menggemparkan Dunia Hiburan 2023 Dengan Kisah Cinta Mereka

Artis-Artis Korea Ini Menggemparkan Dunia Hiburan 2023 Dengan Kisah Cinta Mereka

0

Tahun 2023 dihiasi dengan kisah cinta beberapa orang artis Korea. Artis-artis ini mengumumkan dan mengesahkan bahawa mereka menjalin hubungan asmara. Para peminat setia menyambut berita gembira tersebut dengan perasaan bahagia dan penuh sokongan.

Ada beberapa pasangan artis Korea tersebut mengejutkan banyak pihak kerana hubungan mereka dianggap sangat tidak dijangka. Siapakah mereka?

 

1. Lee Do Hyun dan Lim Ji Yeon

14221197 2109 4d85 b6bd e0f43922de9cBerita percintaan antara Lee Do Hyun dan Lim Ji Yeon menggemparkan dunia hiburan pada awal tahun lalu. Berdasarkan laporan eksklusif dari Dispatch pada Mac 2023, kedua-dua artis tersebut dikhabarkan menjalin hubungan semasa berlakon drama The Glory (2022–2023).

Selepas dilaporkan bercinta, kedua-duanya terus mengesahkan berita tersebut. Hingga kini, hubungan Lee Do Hyun dan Lim Ji Yeon berjalan lancar tanpa sebarang gosip liar.

 

2. Hwasa MAMAMOO

b55a299d a41b 44f4 b1f5 9ba393bade1aHwasa MAMAMOO juga dilaporkan menjalin hubungan dengan seseorang dari kalangan bukan artis. Lelaki tersebut adalah seorang ahli perniagaan. Kedua-duanya telah menjalin hubungan selama 5 tahun.

Pasangan Hwasa dikhabarkan lebih tua 12 tahun daripadanya. Berita cinta yang dilaporkan media Korea Selatan ini menyaksikan agensi Hwasa iaitu P Nation tidak mengesahkan dan juga tidak membantahnya. Mereka hanya mengatakan bahawa itu adalah kehidupan peribadi artis tersebut.

Baca juga: 14 Artis Korea Paling Laris Pada Tahun 2023

3. Yujeong BB GIRLS dan Lee Kyu Han

9ad598a6 a119 48d5 84e2 6d658f657073Anggota kumpulan BB Girls, Yujeong digosipkan bercinta dengan Lee Kyu Han pada bulan September lalu. Pada awalmya, mereka menafikan berita tersebut. Tetapi tidak lama selepas itu, Yujeong dan Lee Kyu Han telah mengesahkan hubungan mereka.

Yujeong dan Lee Kyu Han pada awalnya saling bertemu kerana membintangi variety show yang sama. Kemudian, perasaan mereka berkembang hingga saling suka. Agensi Cremate Media dan Warner Music Korea mengatakan, “Kedua-duanya kini menjalin hubungan dengan perasaan suka antara satu sama lain.”

Baca juga: Selain Lee Sun Kyun, 7 Artis Korea Ini Juga Menamatkan Riwayat Mereka dengan Tragis

4. Yubin bekas anggota Wonder Girls dan Kwon Soon Woo

edb79334 19a4 463c 84e8 3db6110c7543

Yubin bekas ahli kumpulan Wonder Girls juga memeriahkan berita hiburan Korea Selatan dengan kisah cintanya. Gosip ini muncul pada bulan Mei 2023 yang lalu. Dia ternyata menjalin hubungan dengan seorang pemain tenis popular iaitu Kwon Soon Woo yang 9 tahun lebih muda darinya.

Agensi Yubin mengesahkan berita tersebut walau tidak dapat memberikan maklumat lebih terperinci. Mereka menyatakan, “Benar bahawa mereka bercinta. Namun kami tidak boleh memberikan maklumat lebih lanjut kerana ini merupakan kehidupan peribadi artis kami.”

Baca juga: 8 Artis Korea yang Bawa Watak Penyanyi Berbakat dalam Kdrama 2023

5. Jisoo BLACKPINK dan Ahn Bo Hyun

Artis koreaBerita mengenai Jisoo BLACKPINK dan pelakon kacak Ahn Bo Hyun yang bercinta boleh dikatakan sangat mengejutkan. Netizen tidak menyangka bahawa kedua-duanya saling mengenali.

Dispatch buat pertama kali melaporkan kisah percintaan kedua-duanya pada bulan Ogos 2023. Selepas itu, Jisoo dan Ahn Bo Hyun mengesahkan berita itu.

Sayangnya, hubungan mereka tidak kekal lama. Jisoo dan Ahn Bo Hyun dilaporkan putus pada Oktober 2023 kerana kesibukan masing-masing.

 

6. Song Seung Yeon dan Choi Jae Rim

870ec0df d8ba 42e0 85fa 155199409149Pada 2 Ogos 2023, Choi Jae Rim dan penyanyi Song Seung Yeon dilaporkan menjalin hubungan cinta oleh 10Asia. Menurut laporan tersebut, sudah ramai rakan artis yang mengetahui hubungan mereka.

Kedua-duanya juga dikhabarkan saling suka sepas terlibat dalam beberapa buah projek bersama. Pada awalnya Choi Jae Rim menafikan berita tersebut. Namun, menurut khabar angin, tindakan ini dilakukan kerana Song Seung Yeon pernah terpalit kontroversi CEO agensi The Givers, Ahn Sung Il dan FIFTY FIFTY.

Baca lagi: 19 Artis Korea Mendirikan Rumah Tangga Pada 2023, Ada Kecundang Di Tengah Jalan

7. Thunder dan Mimi bekas anggota Gugudan

048c39c0 61d5 4398 8ad4 d84101e0198fPada bulan Julai 2023 yang lalu, pasangan idol ini mengumumkan hubungan mereka melalui sebuah reality show. Pasangan Thunder bekas anggota MBLAQ dan Mimi bekas anggota gugudan memang kelihatan manis bersama.

Selain mengumumkan hubungan mereka, Thunder juga melamar Mimi dalam program tersebut. Mereka mengatakan mengatakan bahawa akan melangsungkan perkahwinan pada Mei 2023. Netizen turut berbahagia dengan hubungan kedua-duanya kerana Thunder dan Mimi kelihatan saling mencintai.

Artis-artis Korea di atas diumumkan bercinta pada tahun 2023. Walau ada hubungan yang kandas di tengah jalan, diharapkan mereka berbahagia dan dapat ke alam perkahwinan.

Baca lagi: Kim Woo Bin Terlepas Cakap, Dia dan Shin Min Ah Bakal Mendirikan Rumah Tangga?
Baca juga: Welcome To Samdalri, Semakin Menarik Perhatian, Raih Rating Tinggi