Home News Selain Lee Sun Kyun, 7 Artis Korea Ini Juga Menamatkan Riwayat Mereka...

Selain Lee Sun Kyun, 7 Artis Korea Ini Juga Menamatkan Riwayat Mereka dengan Tragis

0

Berita mengejutkan tentang artis Korea dan pelakon terkenal Lee Sun Kyun ditemui tidak bernyawa pada Rabu, 27 Disember 2023 di dalam keretanya di sebuah taman. Bintang filem parasite ini ditemui oleh penduduk setempat yang kemudiannya melaporkan perkara itu ke Balai Polis Songbook.

Baca lagi: Lee Sun Kyun Tampil untuk Soal Siasat Pada 28 Oktober, Minta Maaf kepada Orang Ramai
Baca juga: Rentetan Kes Dadah Lee Sun Kyun, Isteri Pengsan dan Pindahkan Anak Ke Luar Negara

Kematian artis Korea akibat bunuh diri bukanlah perkara baru dalam dunia hiburan. Kejadian tragis seperti ini berlaku di mana-mana sahaja dan industri hiburan Korea Selatan tidak terkecuali mempunyai noda hitam akibat kes-kes bunuh diri para artis yang menderita penyakit jiwa dan mental terutamanya kemurungan (depresi).

Suka duka dan pahit getir dalam kehidupan setiap individu hanya diketahui dan dideritai oleh individu itu sendiri. Dalam dunia seni dan dunia hiburan yang penuh pancaroba, sesiapa sahaja yang jiwa tidak kuat dan tidak kental hati sememangnya sukar untuk bertahan dan menempatkan diri dalam industri.

Baca juga: Pelakon Lee Sun Kyun ditemui mati kerana membunuh diri

Ramai artis yang telah kecundang dan meninggalkan legasi mereka begitu sahaja, meninggalkan tanda tanya kepada dunia, sejauh manakah tekanan yang mereka hadapi dalam dunia glamor mereka yang serba mencabar.

Berikut ini adalah 7 orang artis Korea malang yang telah mengakhiri hidup mereka sendiri dengan tragis.

1. Lee Eun Jo

Artis koreaPelakon dan artis Korea Selatan Lee Eun Joo lahir pada 22 Dismeber 1980 dan meninggal dunia pada 22 Februari 2005 di kediamannya di Bundang, Seongnam. Dia ditemui tidak bernyawa cara menggantung diri dan memutus urat nadi tangannya. Lee Eun Joo meninggal dunia pada usia 24 tahun.

 

2. Choi sulli

Lee sun kyunAnggota kumpulan Kpop f(x) Choi Sulli meninggal dunia pada 14 Oktober 2019. Di sebuah hospital di Seoul, Sulli ditemui tidak bernyawa. Sulli berusia 25 tahun telah membunuh diri setelah dia mengeluh tentang penindasan dunia maya tanpa henti yang dia hadapi. Ketika itu Sulli sedang bersama-sama dengan kumpulan feminis yang menganjurkan dan mewar-warkan kempen untuk tidak mengenakan bra.

Baca lagi: Suri Hati Lee Sun Kyun, Merupakan Bekas Miss Korea dan Salah Seorang Pelakon Paling Kaya di Korea

3. Jeon mi seon

Bunuh diriPeminat siri Kdrama pasti mengingati wajah Jeon Mi-seon yang sering menghiasi kaca TV dan skrin tontonan masing-masing dalam pelbagai siri Kdrama lakonannya. Jeon Mi-seon bukan calang-calang pelakon, dia telah memenangi pelbagai anugerah sejak terjun ke dalam industri seni. Jeon Mi-seon ditemui meninggal dunia di dalam bilik hotelnya di bandar Jeonju pada Hari Sabtu, 29 Jun 2019. Pelakon itu meninggal dunia pada usia 49 tahun akibat membunuh diri.

 

4. Jeon Tae Soo

30d2ae90 de1f 4597 b778 689c2e9bde0c

Pelakon korea ini meninggal dunia karena tekanan perasaan. Dia dilaporkan meninggal dunia kerana tekanan dan kemurungan yang cukup lama. Pelakon Jeon Tae Soo lahir pada 2 Mac 1984. Dia meninggal dunia pada 21 Januari 2018, pada usia 34 tahun. Mengalami kemurungan, mendiang beberapa kali mendapatkan rawatan perubatan. Keluarga dan kawan rapat sangat berduka atas berita yang tidak dijangka ini.

Baca juga: Kenali Mendiang Lee Sun Kyun, Pelakon Bersuara “Husky”, Yang Membunuh Diri Pada 27 Disember 2023

5. Kim Jonghyun

152f1d4b 662b 4b78 8d71 0c5d9a087765Merupakan anggota kumpulan Kpop SHINee, adalah seorang penyanyi dan penulis lagu Korea Selatan. Dia mengakhiri hidupnya pada 18 Disember 2017 selepas menghidu dan menyedut gas karbon monoksida dari asap arang yang dibakarnya di kediamannya. Polis tiba di apartment Kim Jonghyun di Cheongdam-dong, Gangnam, Seoul, dan menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri. Polis juga menemui arang yang dibakar di tempat kejadian. Pihak polis percaya bahawa Kim Jonghyun meninggal dunia kerana menghhidu asap karbon monoksida dari arang yang dibakar tersebut.

 

6. Goo Ha-ra

IMG 8132

Penyanyi dan bekas anggota kumpulan KARA, Goo Ha-ra ditemukan meninggal dunia di kediamannya pada 24 November 2019 pada pukul 18.00 waktu tempatan. Beberapa hari sebelum meninggal dunia, Hara sempat memuat naik swafoto sedang berbaring di atas tilam dengan caption “Selamat beradu” dalam tulisan hangul.

Goo Ha-ra dilaporkan pernah mencuba untuk membunuh diri sebelum-sebelumnya. Ketika itu, pengurus artis tersebut menemui Goo Ha-ra dalam keadaan pengsan dan tidak sedarkan diri lalu segera membawa artis itu ke hospital.

Goo Ha-ra dikatakan menderita penyakit kemurungan kerana bekas teman lelakinya Choi Jong-bum yang telah melakukan revenge porn. Jong-bum didapati bersalah atas tuduhan merosakkan harta, serangan fizikal, ancaman, dan pemaksaan. Sayangnya dia didapati tidak bersalah atas tuduhan revenge porn.

Baca juga: 9 Kdrama dan Filem Terbaik Lakonan Lee Sun Kyun, Pasti Kekal Terpahat Dihati

7. Yoo Ju Eun

IMG 8133

Yoo Ju Eun sememangnya bukan nama besar dalam industri hiburan Korea, namun kematiannya tetap menambah jumlah bilangan selebriti Korea Selatan yang mengakhiri hidupnya dengan cara membunuh diri. Kematian artis akibat bunuh diri semakin menonjolkan sisi gelap dan kerasnya kehidupan para artis ini.

Selain nama-nama artis yang tersenarai ini, masih ramai lagi artis dari Korea selatan yang menghabiskan nyawa mereka akibat tertekan dan kemurungan. Semoga kita semua terhindar dari masalah besar dan dugaan tragis seperti ini.

Jika anda mempunyai masalah dan memerlukan sokongan moral, pastikan anda mencari tempat untuk bergantung dan meluahkan perasaan. Di Malaysia, anda boleh menghubungi Befrienders di talian 03-76272929 untuk membantu anda menenangkan fikiran dan meminta khidmat nasihat jika anda sudah tidak ada tempat lagi untuk dituju.

Baca lagi: Suspek Yang Memeras Ugut Mendiang Lee Sun Kyun Telah Ditahan dan Disyaki Menggunakan Helah Keji Untuk Memeras Ugut
Baca juga: Pendedahan Terbaru Susulan Kes Kematian Lee Sun Kyun, Mengejutkan dan Mengecewakan