Selepas disahkan sebagai salah seorang suspek dalam kes penyalahgunaan dadah, Lee Sun Kyun kelihatan hadir untuk soal siasat pertama di Balai Polis Nonhyeon, Incheon pada Sabtu, 28 Oktober 2023.

Ini merupakan kemunculan pertama pelakon itu di khalayak ramai selepas terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah.

Dalam kesempatan tersebut, Lee Sun-kyun juga untuk pertama kalinya membuka mulut di hadapan orang ramai. Dia meminta maaf dan menyesali kesalahannya.

Berikut dibawah ini adalah kenyataan Lee Sun Kyun.

 

1. Lee Sun Kyun meminta maaf kepada orang ramai atas tindakannya

8d1e8a7a 05c2 4f35 8cef 0463c6f12a66

Pada Sabtu, 28 Oktober 2023, Lee Sun-kyun muncul di Balai Polis Nonhyeo, Incheon untuk menjalani proses soal siasat pertama. Perkara ini adalah berkaitan dengan kes penyalahgunaan dadah yang membabitkannya baru-baru ini.

Di kesempatan tersebut untuk pertama kalinya Lee Sun-kyun tampil di khalayak ramai dan bercakap di hadapan wartawan ketika berada di luar balai polis. Dalam kemunculan pertamanya itu, pelakon tersebut meminta maaf kepada masyarakat atas tindakannya dan menundukkan kepalanya.

“Pertama, saya dengan sepenuh hati meminta maaf atas kesilapan besar yang saya lakukan kepada ramai orang kerana terlibat dalam insiden yang tidak menyenangkan ini. Saya ingin meminta maaf kepada semua orang yang telah mempercayai dan menyokong saya selama ini,” kata Lee Sun-kyun dipetik dari Newsen.

 

 

2. Lee Sun Kyun akan mematuhi proses undang-undang

657f44fe cc34 43e5 a8b5 2df9bc12ccaf

Lee Sun Kyun mengaku akan bekerja sama dengan pihak berkuasa selama proses penyiasatan. Bahkan dia menegaskan akan mematuhi proses undang-undang yang berlaku serta akan menjawab semua pertanyaan yang diajukan dengan jujur.

“Seperti yang saya sampaikan melalui agensi saya, saya akan bekerjasama dalam penyiasatan dengan sikap yang jujur. Saya merasa sangat bersalah kepada keluarga saya, yang sangat menderita sekarang ini. Saya akan dengan jujur menjawab (pertanyaan) selama proses penyiasatan,” lanjut pelakon tersebut.

 

 

3. Lee Sun Kyun akan menjalani ujian dadah

Lee sun kyun

Sewaktu berada di balai polis, Lee Sun Kyun juga akan menjalani ujian untuk mengetahui adakah dia memang menggunakan dadah atau tidak. Apabila dia terbukti mengambil dadah, maka akan diketahui jenis dadah apakah yang dia gunakan.

Lee Sun Kyun disyaki menggunakan dadah, termasuk ganja, sejak awal tahun 2023 di rumah “A” (29 tahun, wanita). Telefon bimbit pelakon tersebut juga telah disita dan polis akan melakukan siasatan forensik digital untuk mencari bukti siasatan.

Nantikan lagi kemaskini tentang kes lanjutan Lee Sun-kyun ya!

Baca lagi: 10 Kdrama yang Dibintangi Lee Sun Kyun, Pelakon yang Terjerat Kes Dadah
Baca juga: 8 Teori The Escape of The Seven Episod 12, Bang Da Mi Masih Hidup?
Previous articleDisuruh Buat ‘Urine Test’ Ketika Sedang Rehat, Pemilik Kedai Kongsi Cerita Apa Yang Terjadi
Next articleAkibat Tidur Waktu Asar, Wanita Rekod Reaksi Anak Baru Bangun Tidur Buat Ramai Terhibur