Home News 10 Kdrama yang Dibintangi Lee Sun Kyun, Pelakon yang Terjerat Kes Dadah

10 Kdrama yang Dibintangi Lee Sun Kyun, Pelakon yang Terjerat Kes Dadah

0

Khabar mengejutkan datang dari pelakon terkenal Korea iaitu Lee Sun Kyun.

Baru-baru ini bintang filem Parasite ini terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah dan sedang disiasat oleh pihak polis.

Lee Sun Kyun merupakan salah seorang pelakon yang namanya sudah tidak asing lagi dalam dunia lakonan Korea. Lee Sun-kyun membintangi banyak filem Korea popular di antaranya adalah filem A Hard Day (2014), Take Point (2018) dan juga Parasite (2019).

Bukan hanya filem, berikut ini adalah senarai drama Korea popular yang dibintangi oleh Lee Sun Kyun.

 

887a7afb 6d27 4ab5 9585 59d0adbeedd51. Lee Sun-kyun turut membintangi drama popular sepanjang zaman iaitu Coffee Prince (2007). Gandingan bersama Gong Yoo, Yoon Eun Hye, dan Chae Jung An

 

1ba4cae5 931e 4072 b3e2 6abfbe1951fe2. Bukan hanya bekerja di tempat yang sama, Lee Jung Jae, Lee Sun-kyun, dan Yoon Kye Sang tinggal bersama Min Hyo Rin dalam drama Triple (2009)

 

90039878 dbec 4819 97fe df17b9e3bc7f3. Lee Sun-kyun adalah seorang chef kenamaan yang jatuh cinta dengan Gong Hyo Jin, pembantu dapurnya dalam drama Pasta (2010)

 

00373684 64d5 4756 b599 3cf00b74a8914. Membawa genre perubatan, Lee Sun-kyun yang berjiwa bebas bekerja sebagai doktor wad kecemasan bersama Hwang Jung Eum dalam drama Golden Time (2012)

 

7a12440c a371 4a29 a6a7 ef311ce50df05. Untuk mengatasi hutang syarikat, Lee Sun-kyun melatih Lee Yeon Hee untuk menyertai pertandingan ratu cantik dalam drama Miss Korea (2013)

 

69c7867f 83d3 4d83 afcd a0b224fb009d6. Lee Sun-kyun menyedari bahawa isterinya curang dalam drama My Wife Is Having an Affair This Week (2016)

 

4a736ca4 1592 4f42 8057 5806cb05bdbb7. Hidup Lee Sun Kyun yang membosankan, tiba-tiba berubah apabila terlibat dalam hubungan tidak dijangka dengan IU dalam drama My Mister (2018)

 

2f83ac4f 5bdd 45ca b587 cd39be9982c18. Berasal dari keluarga kaya raya, Lee Sun Kyun bekerja sebagai pendakwa raya dengan pengalaman berbelas tahun dalam drama Diary of a Prosecutor (2019)

 

Lee sun kyun

9. Lee Sun Kyun berusaha mencari kebenaran tentang kematian anaknya dengan melihat dan membaca fikiran orang lain dalam drama Dr. Brain (2021)

 

Lee sung kyung10. Lee Sun Kyun bekerja sama dengan Moon Chae Won untuk mencari sebab kematian ibunya Moon Chae Won dalam drama Payback (2023)

Lee Sun Kyun merupakan pelakon yang sudah berkecimpung selama 22 tahun. Namanya mula dikenali dan popular ketika membintangi drama Coffee Prince. Kini, media melaporkan bahawa Lee Sun Kyun sedang disiasat pihak polis kerana penyalahgunaan dadah.

Di tahun 2023, Lee Sun-kyun sendiri membintangi film Sleep (2023) dan Killing Romance (2023).

Baca lagi: Kdrama Perfect Marriage Revenge, Adaptasi Webtoon Tentang Balas Dendam
Baca juga: 35 Pilihan Kdrama 2012-2021, Dengan Rating Tinggi Sepanjang Masa