Home News 35 Pilihan Kdrama 2012-2021, Dengan Rating Tinggi Sepanjang Masa

35 Pilihan Kdrama 2012-2021, Dengan Rating Tinggi Sepanjang Masa

0

Kdrama Rating Tinggi untuk Tontonan di Rumah tahun 2012-2021

 

1. The World of the Married (2020)
Rating: 28,37%

IMG 0221

Sesuai dengan tajuknya, The World of The Married merupakan drama Korea tentang kehidupan perkahwinan yang diwarnai dengan kisah kecurangan. Jalan ceritanya yang epik sekaligus berhasil membuatkan emosi para penontonnya tidak menentu.

 

2. SKY Castle (2018)
Rating: 23,78%

IMG 0222

Drama Korea terbaik selanjutnya bercerita tentang sengitnya persaingan dalam dunia pendidikan di Korea Selatan. Menampilkan kisah para ibubapa yang mempunyai impian dan bercita-cita tinggi. Mereka rela melakukan apa sahaja agar anak-anak mereka dapat memasuki tiga universiti paling berprestij, SKY (Seoul National University, Korea University, dan Yonsei University). Kisah ini berhasil menarik perhatian warga Negeri Gingseng di tahun 2018 dan meraih rating tertinggi pada masanya.

 

3. Crash Landing on You (2019)
Rating: 21,68%

IMG 0223

Merupakan drama siri dengan rating tinggi yang tayang pada tahun 2019. Dibintangi Hyun Bin dan Son Ye-jin, ia bercerita tentang kisah cinta pasangan dari negara yang tengah berkonflik, Korea Selatan dan Korea Utara.

 

4. Reply 1988 (2015)
Rating: 18,80%

IMG 0224

Merupakan drama genre slice of life yang berhasil meraih rating tertinggi pada masanya. Siri ini mengisahkan tentang lima sahabat yang hidup berdampingan sejak kecil di sebuah kompleks perumahan bernama Ssangmundong.

 

5. Goblin (2016)
Rating: 18,68%

IMG 0225

Drama fantasi yang dibalut komedi ini juga ternyata memperoleh rating tinggi. Selain jalan ceritanya yang menarik dan buat penonton berteka-teki, siri ini juga dibintangi oleh para selebriti terkenal. Sebut sahaja Gong Yoo, Kim Go Eun, Lee Dong Wook, sehingga Yook Seungjae dari boyband BTOB, siapa tak kenal mereka?

 

6. Mr. Sunshine (2018)
Rating: 18,13%

IMG 0226

Tak ramai yang tahu, drama yang dibintangi Lee Byung Hun dan Kim Tae Ri ini juga memperoleh rating tinggi. Mengambil latar waktu di tahun 1871, Kdrama ini juga berhasil menarik perhatian penonton Korea Selatan.

 

7. Mr. Queen (2020)
Rating: 17,37%

IMG 0227

Berikut ini merupakan Kdrama komedi yang patut anda tonton bersama keluarga. Berkisah tentang seorang koki terkenal bernama Jang Bong Hwan.  Suatu hari, dia terlibat dalam masalah sehingga membuatnya dikejar oleh polis. Kejadian itu membuatkan Bong Hwan terjatuh ke sebuah kolam renang. Namun, ketika terbangun, dia tiba-tiba telah merentas waktu ke era kerajaan Joseon. Jiwanya juga kini memasuki tubuh seorang ratu bernama Kim So Yong.

 

 

8. Love (Ft. Marriage and Divorce) 2 (2021)
Rating: 16,58%

IMG 0228

Drama siri tentang perkahwinan ini memang menarik perhatian peminat genre makjang. Setelah berjaya dengan musim pertama, drama Korea Love (Ft. Marriage and Divorce) musim kedua ini pun diteruskan.
Menariknya, bilangan penonton musim kedua ini melonjak dibanding musim sebelumnya. Terbukti dengan perolehan rating dua digit yang diterima.

 

9. Itaewon Class (2020)
Rating: 16,55%

IMG 0229

Kdrama siri yang diadaptasi dari Webtoon ini berhasil menarik perhatian penonton. Bercerita tentang Park Saeroyi (Park Seo Joon) yang bertekad membangunkan restoran makanan di Itaewon demi membalas dendam atas kematian sang ayah.

 

10. Vincenzo (2021)
Rating: 14,64%

IMG 0230

Kdrama yang dilakonkan Song Joong Ki ini juga termasuk dalam senarai rating tertinggi sepanjang masa. Kdrama ini bercerita tentang seorang mafia Itali bernama Vincenzo yang pergi ke negara asalnya, Korea Selatan. Di sana, dia bertemu dengan seorang peguam perempuan bernama Hong Chae Young untuk melawan mafia yang kejam.

 

 

11. 100 Days My Prince (2018)
Rating: 14,41%

IMG 0231

Merupakan Kdrama yang bercerita tentang seorang raja yang amnesia dan menjalani harinya sebagai rakyat biasa.

 

12. Hospital Playlist (2020)
Rating: 14,14%

IMG 0232

Kdrama tentang kehidupan para doktor ini juga menarik banyak perhatian warga Korea Selatan. Dibintangi Jo Jung Suk, Hospital Playlist musim kedua kembali tayang pada tahun 2021.

 

13. Hospital Playlist 2 (2021)
Rating: 14%

IMG 0233

Mengikuti musim pertamanya, Hospital Playlist juga berhasil memperoleh rata-rata rating yang membanggakan. Kdrama yang dibintangi Jo Jung Suk CS ini meraih rating 14% di musim keduanya.

 

14. Hometown Cha-Cha-Cha (2021)
Rating: 12,54%

IMG 0234

Kdrama siri romantik komedi yang dibintangi Kim Seon Ho dan Shin Min Ah ini juga berhasil meraih drama Korea dengan rating tinggi sepanjang masa.

 

15. Signal (2016)
Rating: 12,54%

IMG 0235

Merupakan drama Korea misteri dan jenayah yang menjadi perbualan hangat pada masanya. Kdrama ini mempunyai jalan cerita dan plot unik sehingga membuatkan penonton sentiasa berteka-teki.

 

16. The Lady in Dignity (2017)
Rating: 12,06%

IMG 0236

Berkisah tentang seorang perempuan kaya raya. Suatu hari, seorang wanita misteri melibatkan dirinya dalam kehidupannya dan mengaku sebagai jururawat bapa mertuanya yang sedang sakit.

 

17. Hotel del Luna (2019)
Rating: 12,00%

IMG 0237

Dibintangi oleh idola K-Pop popular IU, Hotel del Luna merupakan Kdrama yang membawa genre fantasi. Berkisah tentang sebuah hotel khusus yang hanya menerima roh-roh yang telah mati sebagai tetamu.

 

18. Reply 1994 (2013)
Rating: 11,51%

IMG 0238

Merupakan sebahagian dari Reply Series. Dibintangi oleh Go Ara dan Jung Woo, Reply 1994 juga berhasil mendapat rating tertinggi di tahun 2013.

 

19. Prison Playbook (2017)
Rating: 11,19%

IMG 0239

Mengisahkan tentang kehidupan para banduan di penjara. Kdrama ini diarahkan oleh Shin Won Ho yang juga menggarap Kdrama slice of life popular seperti Reply Series dan Hospital Playlist.

 

20. The Uncanny Counter (2021)
Rating: 11%

IMG 0240

Mengisahkan tentang beberapa pelayan restoran yang ternyata memiliki kekuatan super. Mereka bertugas untuk menghalau roh yang selalu menghasut manusia untuk berbuat kejahatan.

 

21. The Crowned Clown (2019)
Rating: 10,85%

IMG 0241

Dibintangi Yeo Jin Goo dan Lee See Young, The Crowned Clown merupakan Kdrama tentang kerajaan yang juga memperoleh rating tinggi pada masanya. Nyawa Raja Yi Heon dalam bahaya apabila politik istana menjadi tidak terkawal di Joseon. Untuk menyelamatkannya, istana memerintahkan Ha-seon, seorang badut yang kelihatan seperti raja, untuk menggantikannya buat sementara waktu.

 

22. My Kids Give Me a Headache (2012)
Rating: 10,71%

IMG 0242

Merupakan Kdrama yang menceritakan kehidupan keluarga dari tiga generasi berbeza. Walaupun menampilkan beragam konflik pelik, tetapi drama siri ini juga diwarnai komedi untuk menghiburkan penontonnya.

 

23. Mine (2021)
Rating: 10,51%

IMG 0243

Tayang di tvN, Kdrama ini mengisahkan tentang peliknya kehidupan orang kaya. Seorang perempuan keturunan konglomerat berusaha untuk mencari makna cinta dan kebahagiaan walaupun dikelilingi orang yang tidak jujur dan hanya mementingkan harta.

 

24. Encounter (2018)
Rating: 10,33%

IMG 0244

Encounter merupakan Kdrama romantik yang dibintangi Park Bo Gum dan Song Hye Kyo. Walaupun agak underrated, Kdrama ini tetap sahaja mendapat rating yang cukup tinggi pada 2018.

 

25. Memories of the Alhambra (2018)
Rating: 10,02%

IMG 0245

Kdrama fantasi ini dibintangi Hyun Bin dan Park Shin Hye. Kos pembikinan drama ini dilaporkan salah satu yang termahal sehingga membuatkan penontonnya terpukau dengan keindahan props dan latarnya.

 

26. Another Oh Hae Young (2016)
Rating: 9,99%

IMG 0246

Merupakan Kdrama yang disatukan dalam tiga genre, romantik, komedi, dan fantasi. Dibintangi oleh Eric Mun, Seo Hyun Jin, dan Jeon Hye Bin.

 

27. Bossam: Steal the Fate (2021)
Rating: 9,75%

IMG 0247

Drama Korea tentang kerajaan ini dilakonkan oleh Jung Il Woo, Kwon Yu Ri, dan Shun Hyun Soo. Mengisahkan Ba Woo menyamar untuk menculik seorang janda untuk berkahwin semula. Keadaan berubah apabila dia secara tidak sengaja menculik Puteri Soo Kyung.

 

28. The Light in Your Eyes (2019)
Rating: 9,73%

IMG 0248

Merupakan Kdrama tentang perjalanan waktu atau time travel yang dilakonkan oleh Nam Joo Hyuk dan Han Ji Min.

 

29. Strong Woman Do Bong Soon (2017)
Rating: 9,67%

IMG 0249

Berkisah tentang seorang perempuan bernama Bong Soon yang mempunyai kekuatan super.

 

30. Love (Ft. Marriage and Divorce) (2021)
Rating: 9,65%

IMG 0250

Kdrama ini menceritakan betapa peliknya kehidupan perkahwinan. Bermula dari perceraian, isu curang, sehinggalah isu rumah tangga yang telah musnah.

 

31. Stranger 2 (2020)
Rating: 9,41%

IMG 0251

Musim pertama siri ini tidak tersenarai diantara rating tinggi, tetapi musim keduanya berhasil mendapat rating yang memberangsangkan. Ini merupakan Kdrama siri misteri yang boleh ditonton di Netflix.

 

32. Lawless Lawyer (2018)
Rating: 8,94%

IMG 0252

Merupakan Kdrama tentang kehidupan peguam yang sangat menarik. Pelbagai konflik dan penyelesaian dapat anda saksikan.

33. Record of Youth (2020)
Rating: 8,74%

IMG 0253

Kdrama Record of Youth ini bercerita tentang kehidupan anak muda yang berusaha untuk meraih impian mereka.

 

34. What’s Wrong with Secretary Kim (2018)
Rating: 8,66%

IMG 0254

Merupakan salah satu siri komedi romantik terbaik. Berkisah tentang jalinan cinta seorang majikan dengan setiausahanya.

 

35. Graceful Family (2020)
Rating: 8,47%

Kdrama

Jika anda suka menonton Sky Castle atau World of The Married, maka siri Graceful Family ini wajib ditonton juga. Kdrama siri ini mengisahkan persaingan di dunia keluarga dari kelas elit. Serta, turut ada konflik rumah tangga dan keluarga yang pastinya membuatkan emosi para penonton naik turun.

Baca lagi: 9 Watak dalam Kdrama yang Boleh Bertukar Jadi Makhluk Lain
Baca juga: 12 Kdrama Seperti Reply 1988, Komedi dan Air Mata Silih Berganti